Pastinya kita semua nak sihat namun siapa sangka, penyakit tetap juga datang tanpa diundang. Salah satunya penyakit batu karang.
Ia adalah sejenis penyakit yang membawa maksud batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.
Tanda anda dikatakan menghidap batu karang antaranya sakit didi sisi bawah tulang rusuk, kencing kotor,sakit ketika buang air kecil, kencing berdarah dan. loya serta muntah.
Ads
Selain mendapatkan rawatan dari pegawai perubatan, tidak salah untuk kita iktihar dengan beberapa petua.
Ads
Sebagaimana perkongsian petua oleh wanita ini, LilyRose yang berkongsi resepi untuk membuat jus minuman anti batu karang.
Menurutnya lagi, setelah 4 bulan memgamalkan petua ini, penyakit batu karang yang dialami oleh suaminya semakin pulih.
Alhamdulillah, dgn izin Allah hampir 4 bln amalkan jus ni suami sy tidak lagi diserang sakit batu karang.. Disini sy kongsikan resepi Jus ni mana tau sesuai untuk pesakit2 batu karang diluar sana. Doakan suami sy bebas dr penyakit batu karang ye kawan2.. Aamiin.
Resepi Jus Batu Karang
Lobak putih sebatang
Daun Sup/saderi 5 btg
Epal Hijau 2biji
Blend kesemua bahan di atas dan tapis hampasnya…
Minum 2x sehari (Pagi dan Malam)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin menjadi buah mulut orang selepas dilaporkan sudah meninggal dunia oleh sebuah portal berita di media sosial.
Perkara ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah tuan badan sendiri dan tertanya-tanya apa tujuan sebenar yang cuba dilakukan pihak berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Zarina, 53 berkata dia mengetahui mengenai perkongsian berita tidak berasas itu pada pagi ini daripada seorang adik angkatnya di Johor dan ia diakui cukup memeranjatkan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih lagi sihat dan boleh bekerja. Saya berada di lokasi penggambaran drama Bukan Puteri Lindungan Bulan untuk slot Samarinda TV3 dan perlu menyiapkan lakonan yang belum selesai.
“Tapi, saya amat terkejut dengan berita tidak betul yang disebarkan itu dan saya juga tidak faham apa niat sebenar mereka. Sebenarnya mereka nak minta kita popularkan laman sesawang ke atau blog ke, itu yang saya tak faham.
“Apapun, mohon doa-doakan saya agar panjang umur, sihat dan keluarga saya diberi perlindungan,” katanya mengakui bimbang jika berita itu dilihat dan dibaca anak istimewanya, Azal yang kini berada di Singapura.
“Sejak semalam, Azal berada di Singapura membantu saya menguruskan jualan pulut kuning dalam karnival di sana. Saya risau kalau dia terbaca dan terus bimbangkan saya juga. Dia (Azal) di sana sehingga 10 April ini.
“Saya tidak boleh menyertai karnival jualan itu sekarang kerana terikat dengan penggambaran drama. Jadi, Azal dan beberapa orang lain ke Singapura dulu untuk membantu jualan kami,” katanya.
Menurut Zarina, berita kematian yang mengaitkannya itu baru kali pertama terjadi.
Katanya, dia mendoakan agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu diberikan kesedaran dan keinsafan pada bulan mulia ini.
Terdahulu, Zarina membuat hantaran di Instagram miliknya dengan memaklumkan dia kini di lokasi menjalani penggambaran drama dan meminta semua mendoakan dirinya panjang umur dan murah rezeki.
Perkongsian dibuat Zarina itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menyifatkan ia perbuatan biadab dan tidak bermoral dilakukan pihak terbabit yang dianggap tiada akhlak apabila orang hidup dikatakan meninggal dunia.
Sumber : harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memikirkan apa aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama keluarga pada hujung minggu selain keluar ke pusat membeli belah, apa kata hari ini kita buat aktiviti riadah dengan bermain bubble.
Menjadikan lebih menarik, sebelum bermain kita hasilkan terlebih dahulu cecair buih tersebut yang bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan berbanding beli siap.
Ini telah dikongsikan oleh Puan Norshahida Lambri.
BUBBLE HOMEMADE
Hari cuti rumah mesti meriah, mommies mesti pening. Pikir aktiviti untuk anak-anak, diaorang pun mesti boring.
Ok apa kata kita buat bubble homemade. Kalau main dekat luar, semangkuk sabun tu lima hengget hokay. Kalau anak sorang selamat lagi, yang macam shyda nih ada 4 ketoi, rabakkk. Buat sendiri siap boleh simpan lagi, jimattttt.
Anak-anak pun puas main, sampai naik pedih bijik mata, rasakannn hahaha. Bahan-bahan simple yang ada dekat dapo, tak payah susah-susah.
Bahan-bahan
✔ Air 1.5 liter
✔ 4 sudu besar tepung jagung
✔ 250ml (Joy)
* Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, cuma joy dia pekat siket.
✔ Pewarna (jika perlu)
✔ Bubble wands (yang ni kena ada kalau tak jenuh nak niup nanti)
Cara-cara
1. Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen.
2. Masukkan joy, kacau hingga sebati. Siappp!!
Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman.
Shyda buat tak sempat nak simpan, dah kena serang dengan 4 ketoi nih
Jadi mommies boleh buat keje dengan tenang, anak-anak pun hepi. Percayalah (ct nurhalijah) kita pun terjebak dok main sekali
sumber :Norshahida Lambri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang-kadang ada juga terjadi kita tersalah ambil bahan masakan dek kerana bentuknya yang hampir sama. Tidak dinafikan agak sukar juga untuk kita membezakan antara garam dan gula, jintan manis dan jintan putih, susu tepung coklat anak dengan serbuk coklat dan beberapa bahan lain yang ada di dapur jika tanpa kita merasanya terlebih dahulu.
Memang sekali pandang, kita rasa sudah yakin tapi jika tersalah lain pula jadinya. Untuk itu, daripada mengelakkan terus terjadi. Ada baiknya bekas bahan makanan tersebut dilebalkan dengan stiker. Selain memudahkan anda, dapat juga memberi gaya perletakkan bahan masakan di ruangan dapur lebih bergaya dan menarik.
Oleh itu, ketahui cara untuk melakukannya sebagai mana yang dikongsikan oleh Nadiah ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan apa yang menariknya dapat juga membantu anda selamat daripada mengeluarkan kos RM 35 untuk membeli label-label tersebut dipasaran. Jom semak!
Haritu saya ada survey nak print sticker dapur untuk label barang-barang kat dapur tu pun harga RM35. Jadi, kalau boleh berjimat kenapa tidak kan?
TAPI perlu sedikit kerajinan la nak buat benda ni.
Cara nak buat ni saya tengok dekat video orang putih haritu. Saja lah try. Bila menjadi kita pun excited nak share. Mungkin ramai pun dah tengok video tu. Ok takpa, untuk yang belum tengok boleh tengok kat post saya ni ya.
Cara step by step :
1. Bukak microsoft WORD taip semua benda yang kita nak tulis label tu. Cari font cun-cun sikit. Saya guna font ‘Born Ready’.
2. Pastu print atas kertas biasa (bukan kertas licin).
3. Pastu potong ikut saiz yang anda nak, dan lekat dengan salotape.
4. Tekan sikit bagi rata salotape dengan kertas tadi.
5. Rendam label tadi dalam air paip. Tunggu sampai jadi bergulung label tu.
6. Then, ambik label tu, gosok bagi buang kertas dia dan tinggal tulisan saja dekat salotape tu.
7. Pastu, SIAP! Boleh dah lekat kat mana anda mahu
*update: Saya buat guna laser jet printer.
Kalau yang tak ada laser jet. Pakai sahaja printer biasa TETAPI selepas itu singgah kedai fotostat dan minta copy. Ini tricknya pada yang tak ada laserjet ye.
Ha pastu kita pun boleh berangan semua barang berlabel cantik kemas gitu.
Airit Rayyan Rizqin berjaya mencipta rekod baharu acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026, sekali gus membanggakan ibunya, Rita Rudaini.