Isu mengenai faraid atau harta sepencarian sering kali menjadi topik yang dibincangkan lantaran masih ada yang masih kurang kesedarang mengenai hak-hak yang sepatutnya diketahui.

Malah ada segelintir wanita yang kematian suami tidak mengetahui haknya ke atas harta peninggalan suami sehingga di tindas.

Perkongsian ini dipaparkan oleh wanita ini mendidik agar wanita atau balu alert mengenai apa yang harus dilakukan apabila pemergian suami. Ia bukan semata harta, tetapi untuk mendedahkan mengenai hak balu dan anak yang ditinggalkan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Moga dijadikan iktibar bersama di bulan mulia ini.

 

Di dalam Islam nafkah kepada wanita yang kematian suami dan anak-anaknya selama tempoh edah 4 bulan 10 hari dipertanggungjawabkan ke atas bapa si arwah. Jika bapa si arwah sudah meninggal dunia, maka adik-beradik lelaki si arwah BERTANGGUNGJAWAB memberi nafkah kepada si balu dan anak-anak yatim itu dalam tempoh edah berkenaan.

PEMBERIAN NAFKAH PADA BALU

Gambar sekadar hiasan

Pemberian nafkah bukan bermakna sekali datang melawat bagi RM 50. Pemberian nafkah bermaksud pastikan makanan mencukupi untuk si balu dan anak-anaknya selama 4 bulan 10 hari. Rumah dibayar bulanannya kepada pihak bank selama 4 bulan 10 hari. Jika rumah sewa, bapa si arwah dan adik-beradik lelaki si arwah bayar sewa rumah yang diduduki si arwah bersama isterinya itu selama 4 bulan 10 hari. Si balu ada duit minyak kereta untuk hantar anak-anak ke sekolah. Itu maksud nafkah dalam edah bagi balu yang kematian suami.

Pemberian nafkah kepada balu semasa dalam edah selepas kematian suaminya TIDAK BOLEH membabitkan harta yang ditinggalkan arwah KECUALI si bapa arwah dan adik-beradik lelakinya itu TERLALU MISKIN.

Maka dibolehkan mengambil harta si arwah sekadar mencukupi untuk menanggung nafkah si balu dan anak yatim itu dalam tempoh edah. Bapa si arwah TIDAK BOLEH mengambil untuk diri sendiri apatah lagi untuk dibahagi-bahagikan dengan anak-anak yang lain kerana SANGAT JELAS HAK ANAK YATIM ADA DALAM HARTA BERKENAAN. Sila buka kitab Bab Anak Yatim, terlalu jelas huraiannya, cuma yang pasti SATU SEN PUN HAK ANAK YATIM KITA TIDAK BOLEH AMBIL. Si balu sebagai penjaga anak-anak yatim itu mempunyai hak ke atas harta peninggalan arwah suaminya.

Tempoh edah 4 bulan 10 hari dikurniakan Allah SWT kepada si balu, anak-anak yatim dan keluarga si arwah supaya “semua orang” dapat bertenang dan tak perlu “gelabah beruk” dalam memikirkan apakah langkah seterusnya untuk masa depan anak yatim itu, bukannya tempoh edah itu untuk saudara-mara mengeluh-ngeluh “kami ni nak merasa juga harta si arwah”. Masa arwah masih hidup kenapa “malu-malu untuk mintak hartanya”. Mengapa perlu tunggu dia mati???

Hukum ini sudah terlalu lama diabaikan oleh orang Melayu Islam di Malaysia.
Bab Hadiah Dari Suami Kepada Isterinya SEMASA SUAMI MASIH HIDUP, tak kiralah dalam bentuk apa seperti wang tunai dalam akaun bank bersama, atau jam tangan, atau rumah, atau apa sahaja hadiah tanda cinta si suami kepada isterinya maka KESEMUA YANG DIHADIAHKAN ITU TIDAK BOLEH DIFARAIDKAN. Ianya sudah menjadi HAK MUTLAK SI BALU.

Saya nak tanyalah, korang yang lelaki ni okay ker dalam kubur nanti apabila tahu hadiah yang korang beri kepada isteri semasa anniversary dengan harapan isteri bertambah cinta pada korang, menjadi rebutan adik-beradik korang bila korang dah mati?? Korang okay ker dalam kubur tu jika korang tahu isteri korang tengah bergelut mencari duit untuk memberi makan anak-anak benih korang dalam keadaan adik-beradik korang sebok berebut harta korang?? Korang okay ker dalam kubur tu?? 🤔

Satu lagi perangai buruk orang Malaysia adalah sangat suka “acah takut” apabila berhadapan dengan balu yang tidak pernah bekerja sepanjang perkahwinan. Kononnya “acah bimbang” si balu tidak pandai menguruskan harta si arwah yang sedikit itu. Alangkan masa hidup si arwah beri kesemua gajinya kepada si isteri, takkanlah si isteri masih tidak pandai menguruskan harta suaminya? Kenapa si arwah tidak beri duit gajinya setiap bulan kepada adik-beradik dia jika dia tidak percaya kepada isterinya?

IKLAN

Harta sepencarian 

KEPADA SEMUA WANITA..Apabila anda berhadapan dengan kemelut begini, TUNTUT HARTA SEPENCARIAN di mahkamah.

Harta Sepencarian adalah harta berupa wang, rumah, tanah, barangan atau APA SAHAJA yang dibeli atau diperolehi sepanjang perkahwinan berlangsung dan isteri mempunyai HAK KE ATAS SEPARUH HARTA berkenaan WALAUPUN si isteri TIDAK PERNAH BEKERJA sepanjang perkahwinan berlangsung. Ada dalam undang-undang negara kita.

Seorang rakan saya yang mempunyai 5 orang anak pernah berjaya dalam tuntutannya ke atas Harta Sepencarian apabila ianya menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya. Kemelut tuntutan dari adik-beradik arwah suaminya, sehinggakan hakim menetapkan jika ada 12 batang sudu di dalam rumah yang didiami bersama arwah suaminya, maka rakan saya dapat 6 batang sudu dan adik-beradik arwah mendapat baki 6 batang sudu lagi.
Sofa ada 3 biji, pertama 3 seat, kedua 2 seat dan ketiga 1 seat, maka semasa pembahagian itu yang dipantau oleh wakil mahkamah dan wakil peguam kedua belah pihak, rakan saya berjaya mengambil sofa 3 seat kerana dia kata arwah suaminya selalu berbaring di atas ribanya di sofa 3 seat itu selama 15 tahun perkahwinan mereka.

IKLAN

Rakan saya mengalirkan airmata semasa meminta sofa 3 seat itu diberikan kepadanya. Rumah yang didiami bersama arwah suaminya dan mempunyai kenangan indah buat anak-anak yatim itu terpaksa dijual dan wang hasil jualan dibahagi dua antara rakan saya dan adik-beradik arwah suaminya. Saya melihat 5 anak yatim itu menangis semasa mengangkat beg baju mereka keluar dari rumah yang dibeli bapa mereka.

Saya perhatikan pembahagian berlaku dengan tenang walaupun adik-beradik arwah suaminya menghenyeh-henyeh rakan saya itu sebagai “janda kaya tak sedar diri” kerana mahu sofa (buka kamus apa makna menghenyeh). Rakan saya itu bukan tidak sedar diri, dia sedang rindu kepada arwah suaminya.
Apabila hitamnya hati, sehinggakan airmata anak-anak yatim itu tidak lagi mampu melembutkan bapa-bapa saudara yang sangat tamak hinggakan berkeras mahu sudu yang pernah menyuap makan anak-anak yatim itu selama 15 tahun juga mahu direbut.

Nasihat untuk lelaki

KEPADA ORANG LELAKI..
Pertama:
Ingatlah, sebaik mana pun hubungan anda dengan adik-beradik anda, JANGAN SESEKALI ANDA BERKATA “kalau aku takde nanti kau tolong tengok-tengokkan wife dan anak-anak aku, maklumlah wife aku tak pernah kerja”. Bila anda mati yang ditengok cumalah harta. Lapar atau tidak anak-anak anda tidak lagi menjadi perhatian mereka. Ayat anda tentang isteri anda yang “tidak pernah bekerja”, “lurus bendul” itu sahaja yang akan dijaja. Lebih baik semasa anda masih bernyawa, anda ajar isteri anda menguruskan harta bersama-sama, ajar isteri anda memandu, membaiki kereta dan lain-lain. Bukankah di dalam Islam tanggungjawab suami itu mendidik isterinya??
Kedua:
INGATLAH walau baik macamana pun hubungan anda dengan kawan-kawan lelaki anda, JANGAN SESEKALI ANDA CAKAP “bila aku takde nanti kau tolong tengok wife dan anak aku maklumlah wife aku tu lurus bendul”. Yaaa!! Kawan anda akan tengok wife anda, tetapi dalam pandangan yang berbeza. Ini kami biasa jumpa ketika membantu balu yang kesusahan. Dalam erti kata lain, tunggu masa nak ngap isteri korang sahaja. “Try Try Je, Kalau Dapat, Alhamdulillah” kata orang lelaki. Tak semua begitu ya, jadi kalau korang bukan perangai begitu, tak payahlah nak terasa hati dengan penulisan saya ini.

Pengajaran

Pengajaran kepada kita, jika seorang suami masih hidup, bertegaslah dengan adik-beradik sendiri tentang kewajipan semasa isteri dalam edah, BUAT WASIAT SIAP-SIAP. Dapat harta buat wasiat terus bukannya tunggu Izrael Datang Memanggil baharu nak sign wasiat. Utamakan hak isteri dan anak-anak kerana jika isteri dan anak-anak yatim tidak redha kehilangan hak mereka selepas anda mati, maka ianya akan berpanjangan hingga ke Akhirat. Anda mahu tersangkut ke Syurga kerana diadili dalam masa yang panjang di hadapan Allah SWT dan hampir terjerumus ke Neraka hanya kerana adik-beradik anda terambil 6 batang sudu hak anak anda yang merupakan anak yatim?? Fikir-fikirkanlah.

Sumber:  Norhadilah Mohd Ishak via Kayra Putrajaya