Masalah batuk memang merunsingkan baik berlaku pada anak-anak mahupun orang dewasa. Nak nak lagi jika ia berlarutan lama.

Masalah batuk yang berpanjangan jika dibiarkan kerana ia  boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Justeru, anda harus cepat-cepat mendapatkan rawatan supaya ia tidak merebak.

Wanita ini kongsikan petua  untuk mengurangkan masalah batuk berpanjangan dengan menggunakan limau.

Jom baca perkongsian oleh Ruziani Radzi


Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah

Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak.

————————-
Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim

Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.

IKLAN

ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ

Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Cara-caranya:

1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.

*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.

2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.

IKLAN

* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)

3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.

4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.

*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin

Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
.
*** sekadar perkongsian ***
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

IKLAN

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.

Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber:
Jes Tham, Solu Heal

Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah batuk yang berpanjangan. Cuba tau!! InshaAllah.

#Usahatawakal

#Sayadahcuba
#dahsihat
#bebastibi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI