Orang Johor memang cukup sinonim dengan sambal kicap ni. Sehinggakan ada yang cicah dengan macam-macam termasuklah pisang goreng selain dimakan bersama sup, soto, nasi goreng, mee goreng, ikan bakar dan banyak lagi. Memang terangkat!
Sekali pandang Nampak macam mudah sahaja nak sediakan sambal kicap ni kan. Tapi kalau salah step takkan dapat sesedap yang dimakan di kedai. Bukan sahaja rasanya seperti mentah, ada kalanya terlebih cair dan sebagainya.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri sambal kicap ini, admin ada kongsikan resepi sambal kicap original dari Johor yang sedap dan tahan lama.
Resipi ini dikongsikan oleh Oh Lisa menerusi Facebook.
Saya nak kongsikan resepi sambal kicap yang confirm sedap dan tahan lama. Resepi dari mak. Selalu kalau makan kat kedai sup, sambal kicap cair lepas tu rasa mentah.
Resepi sambal kicap pedas lagi sedap:
Bahan
Ads
1 genggam lada merah
1 labu bawang putih
2 sudu besar gula
Secubit garam
Kicap manis secukupnya
Cara membuat:
Ads
1) Lada Cili dalam segenggam, bawang putih selabu. Kupas. Bawang putih ni penyedap sambal kicap tau. Gorengkan sekejap.
Ads
2) Masukkan item 1 dalam blender, letak gula 2 sudu besar, garam secubit dengan kicap. Saya guna kicap jalen. Kicap manis ye.
3) Blender smpai hancur. Dah siap.
Cubalah. Kalau tetiba nak makan ikan bakar, perah je limau dekat sambal kicap ni. Settle
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli ini juga merupakan bekas isteri Ally Iskandar. Beliau yang mesra disapa Farah Lee juga rajin memuat naik perkongsian dan tip keibubapaan di laman instagramnya.
Terbaru, Farah berkongsi gambarnya bersama anaknya disisi kereta yang berniai ratusan ribu ringgit Malaysia itu yang difahamkan baru sahaja menjadi miliknya.
.
Dalam entri tersebut, Farah menceritakan cabaran dan kata-kata hinaan yang diterima sebelum berjaya dalam perniagaan.
“Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka,
“Katanya, ‘tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…’
“Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually.
“Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot
“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.
“Now that the wall was demolished — I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah,” katanya.
Kata Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu, selama ini ibu bapanya pendorong kepada untuk terus berjaya dalam hidup.
“Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”.
“Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang,” luahnya.
Tambah Farah lagi, seorang wanita memerlukan sokongan yang padu dari orang terdekatnya seperti keluarga dan rakan-rakan untuk berjaya.
“Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat.
“Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, with hardship comes ease.
“Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia,” kata ibu kepada Maream Esabell yang kini berusia 6 tahun.
Air cendol merupakan salah satu minuman yang cukup popular dan menjadi antara minuman yang menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Minuman ini terhasil daripada olahan tepung beras bercampur dengan santan dan gula merah. Manakala menurut di laman cnngo.com, cendol dikatakan lebih mirip sebagai disert. Walau apa pun tafsirannya, apa yang pasti sajian nan satu ini cukup enak dan menyegarkan.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Sumber : Mamak Haji
[su_highlight background=”#f2144a” color=”#242121″]5 lokasi cendol pilihan KELUARGA[/su_highlight]
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandang kanak-kanak berkulit putih dan berambut perang membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, cukup mencuri tumpuan ramai. Sekali pandang seperti anak ‘mat salleh, namun bila berbicara cukup petah dengan loghat Kelantan.
Menurut apa yang dilaporkan di Harian Metro, kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Adam Harris,7, Muhammad Azim Hafiz, 6 dan pasangan kembar, Muhammad Aiman Haziq, 4 dan Muhammad Amirul Haziq, 4 yang merupakan anak kepada Puan Suzita,37 tahun.
“Mereka sangat istimewa dan anugerah terindah dari Allah buat saya,” kata Suzita Zakaria berhubung empat daripada tujuh akanya yang dilahirkan dengan penyakit Hidradenitis Suppurativa atau albino.
Tambahnya lagi, selain dilahirkan dengan penyakit albino, empat anaknya itu turut mempunyai masalah penglihatan iaitu silau yang menyebabkan mereka tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Bercerita lanjut, Suzita yang menetap di Kampung Jejuluk, di sini mengakui terkejut selepas melahirkan anak keempat kerana pertama kali mendapat zuriat yang menghidap penyakit albino.
Bagaimanapun, Suzita berkata, doktor ada memberitahu kemungkinan dia mendapat zuriat dengan penyakit sama jika hamil anak kelima dan seterusnya, menyebabkan dia lebih bersiap sedia.
“Anak pertama hingga ketiga saya normal dan disebabkan itu terkejut apabila yang keempat (Muhammad Adam Harris) menghidap albino.
“Saya ada lakukan ujian imbasan dalam tempoh kehamilan tetapi doktor hanya dapat mengesan jantina, bukan penyakit berkenaan.
“Jadi, saya hanya tahu mengenainya selepas melahirkan mereka namun terima ketentuan itu dengan reda,” katanya lagi.
Menurut Suzita, memang ada individu sekeliling yang hairan apabila melihat empat anaknya itu hingga membuat andaian mereka menghidap penyakit kronik seperti leukemia dan tidak cukup darah.Bagaimanapun, Suzita bersyukur kerana keempat-empat anaknya itu sihat dan bebas daripada penyakit kronik.
“Biasalah, ada orang akan memandang pelik malah tiga anak saya yang normal juga ada bertanya pada peringkat awal dulu kerana menyangka adik mereka sakit.
“Sebagai ibu, saya cuba terangkan kepada anak-anak dan Alhamdulillah, mereka dapat menerima adik mereka dengan baik.
“Sejak bayi lagi anak-anak sudah didedahkan dengan matahari walaupun kulitnya begitu dan mereka sihat, tiada penyakit atau sebarang alahan kecuali masalah silau.
“Mereka perlu gunakan cermin mata. Saya dan suami pula harus membawa empat anak kami itu bertemu pakar mata sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Menurut Suzita, dia tidak sangka kisah empat anaknya itu mendapat perhatian netizen selepas sepupunya, Muhammad Faisal Muhammad Yusoff, 18, memuat naik video di TikTok.
“Saya dan suami terkejut apabila dapat tahu kisah anak tular kerana tiada niat ke arah itu (tular). Bagaimanapun, saya bersyukur dan anggap ia rezeki buat anak istimewa jadi dikenali dalam sekelip mata,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faisal berkata, dia memang rapat dengan anak kepada sepupunya itu sejak mereka kecil lagi.
“Mereka tinggal di sebelah rumah saya jadi kami kerap bertemu satu sama lain. Mereka memanggil saya dengan gelaran Pok Sa dan ikutkan saya pernah kongsi kisah mereka di TikTok sebelum ini.
“Cuma, video baru-baru ini meraih tontonan jauh lebih tinggi hingga membuatkan lebih ramai netizen mahu tahu lebih lanjut mengenai kisah empat beradik itu,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.