Bilik air antara ruang yang paling penting dalam sebuah rumah. Walaupun ia merupakan tempat untuk isi rumah mandi, membersihkan diri dan membuang najis tetapi tidak seharusnya ia dibiarkan kotor tidak berjaga.
Tak kira sama ada rumah di bandar ataupun di kampung, bilik air seharusnya dijaga dengan baik supaya sentiasa bersih. Barulah kita semua selesa setiap kali menunaikan hajat di situ.
Bila tetamu datang berkunjung ke rumah pun tak adalah kita segan bila mereka nak tumpang masuk ke bilik air.
Bagi yang pernah membesar di rumah kampung ketika kecil tentu masih ingat lagi keadaan bilik air lama di rumah ibu bapa kan? Biasanya bilik air di rumah kampung mempunyai kolah tempat tadahan air dan sekadar mempunyai ruang asas untuk mandi. Kadangkala keadaan bilik air yang lama membuatkan agak kurang selesa untuk menggunakannya.
Apa kata anda cuba ubahsuai bilik air di rumah kampung ibu bapa atau ibu bapa mentua seperti yang dikongsikan oleh Nurul Syifaa dan suaminya ini.
Bilik air di rumah mentuanya sudah berubah wajah dan nampak baharu, lebih kemas dan teratur. Jom tengok perkongsian mengenai ubah suai bilik air dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.
Alhamdulillah ubah suai blik air mertua dari kmi suami isteri dgn kos bajet utk nmpk bersih dah 25tahun lebih rsanya..kolam air pun mak mrtua dgn arwah ayah buat sndri .suami cat dan sya psang wallpper..kos rm200+..
Wallpper rm15 (guna 3roll)
Lapik lantai hitam shopee rm50
Ads
set ubat gigi&brus gigi rm4.80
vinly floor eco code A015 rm36 Cat putih brand Matex kami tak cmpur Air RM38 cermin eco suami cat hitam sndri rm2.10 besi rak beli kt eco,ptong papan letak wllpper
Doakan kami murah rezeki
Rupa Asal Tandas Rumah Mentua
Beginilah keadaan rupa asal tandas di rumah mentua. Biasalah rumah kampung memang tandas macam ni. Tapi kami tidak sanggup lagi nak tengok keadaan tandas sebegini.
Sebab itu kami ingin melakukan ubahsuai agar rupa tandas kampung ini nampak berlainan daripada rupa tandas yang asal.
Ads
Kolam air ni antara hasil kerja mak mentua dan juga arwah ayah yang dilakukan secara sendiri
Proses mengubahsuai tandas ni dimulakan terlebih dahulu dengan membersih dan menyental kotoran yang degil.
Inilah dia hasil menyental dengan kuat. Sekurangnya bersihlah jugak kan? Seterusnya selepas menyental dan membersihkan bahagian tandas ni, si suami akan mengecat tandas dengan warna baharu manakala si isteri pula akan memasang wallpaper stiker pada dinding tandas tersebut.
Ads
Rupa Dan Hasil Bilik Air Selepas Ubah Suai
Inilah dia hasil akhir ubah suai rupa tandas kampung rumah mentua ini. Sebenarnya kami tak banyak buat apa-apa kerja kerat pun. Cuma sekadar mengecat warna yang baharu, memasang stiker wallpaper dan membersihkan bahagian tandas yang kotor.
Semoga perkongsian idea ubah suai bilik air Nurul Syifaa ini boleh dicontohi oleh orang lain yang mungkin hendak mengubah suai bilik air rumah sendiri atau rumah keluarga di kampung.
Adakah anda sedang hamil? Sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Umumnya masalah pendengaran dikalangan warga emas adalah satu perkara biasa dan untuk mengatasi masalah tersebut lazimnya kita lihat seseorang itu akan menggunakan alat bantuan pendengaran yang dilekapkan pada bahagian telinga.
Namun lain pula yang digunakan oleh wargaemas ini yang juga merupakan pasangan adik beradik bagi memudahkan berbual antara satu sama lain di dalam majlis perkahwinan yang dihadiri mereka.
Perkongsian oleh @laysyah di aplikasi TikTok telah menarik perhatian umum setelah dia memuatnaik video berkenaan dua nenek ini sedang berbual di dalam majlis perkahwinan yang dihadiri dengan menggunakan Stethoscope.
Difahamkan kedua-dua pasangan adik beradik ini mempunyai masalah pendengaran dan sedikit pun tidak menghalang mereka untuk berbual mesra bertanya khabar di pertemuan tersebut dengan menggunakan stethoscope.
Video ini sekali gus telah tular sehingga meraih lebih 1 juta tontonan.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati dan tidak kurang juga terhibur melihat aksi kedua-dua nenek tersebut. Ramai menyifatkan idea menggunakan stethoscope ini sangat kreatif dan bolehlah digunakan bila mereka berada di situasi yang sama dengan pasangan adik beradik ini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
“Saya akui memang penat, letih membesarkan anak-anak seorang diri namun saya perlu bijak menyusun jadual saya. Apapun yang terjadi, saya harus bekerja untuk menyara hidup dan anak-anak di samping membesarkan mereka. Saya hidup untuk anak-anak jadi saya perlu utamakan mereka dalam segala hal,” kata pelantun filem Mami Jarum Junior ini lagi.
Ditanya mengenai pengorbanannya sebagai ibu tunggal dan mengetepikan rasa bahagia yang seharusnya dikecapinya kini, Rita menolaknya secara matang. Baginya, anak-anak harus diutamakan tanpa sedikit pun rasa terbeban atau putus asa dalam memberikan yang terbaik untuk kedua-duanya.
“Saya tak pernah rasa hilang arah atau putus asa dalam membesarkan mereka. Bagi saya, hidup saya sudah tidak penting lagi, apa yang lebih penting sekarang adalah hidup anak-anak saya yang semakin membesar. Mereka perlu merasa bahagia dalam apa jua keadaan dan saya janji takkan biarkn sedikit pun ruang kosong dalam hidup mereka.
“Untuk merasa bahagia, saya rasa itu sudah tidak penting lagi. Saya sudah lama hidup dan sudah merasa macam-macam dugaan bahagia, suka dan duka, jadi pada saya kebahagiaan sekarang adalah hak Rayyan dan Arjuna yang baru mula mengenal dunia. Perjalanan mereka masih panjang dan saya perlu memberikan satu perjalanan indah untuk mereka.
“Melihat keletah Rayyan dan Arjuna saban hari sudah cukup membahagiakan saya. Rayyan seorang yang sensitif namun dia bersifat sangat melindungi saya dan adiknya. Dia juga sangat fokus dan disiplin namun tegas dalam manja. Rayyan sangat suka belajar dan gembiranya saya kerana dia cukup sukakan Al-Quran.
Berbeza pula dengan Arjuna yang masih kecil. Dia cukup manja namun gemar bermain saban waktu, sesuai usianya. Arjuna lebih gemarkan makanan barat berbanding abangnya yang lebih kemelayuan, sukakan makanan kampung,” kata Rita bercerita mengenai anak-anaknya.
Didik Ilmu Agama
Melihat Rita mendidik kedua-dua anak dengan ilmu agama seperti mengajar anak bersolat dan mengaji Al Quran dilihat sebagai satu perjuangan hebat dan terpuji untuk seorang ibu moden sepertinya. Perkongsian Rita di laman instagramnya membuatkan ramai wanita mula menyanjungi wanita cantik ini.
“Saya cuma ikut cara saya dibesarkan oleh keluarga saya dan begitulah saya terapkan pada anak-anak. Sebenarnya dengan cara begini juga dapat mengajar mereka berfikir yang mana buruk dan baik. Insyaallah kalau mereka rapat dengan Al Quran mereka tidak akan buat benda-benda yang tidak elok.
“Di rumah saya memang tegas dan berdisiplin. Solat Rayyan dan Arjuna memang saya jaga. Alhamdulillah Rayyan sudah pandai solat sendiri malah dia juga sudah menghafal Surah Al-Baqarah. Di rumah saya juga sudah tetapkan masa untuk belajar, bermain dan menonton tv. Saya juga ajar mereka untuk berdikari misalnya mengemas barang-barang sendiri dan bersiap sendiri tanpa saya. Bagi saya seorang lelaki kena kuat dan bertanggungjawab malah harus punya ilmu seperti mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Semua itu untuk kesenangan mereka bila besar kelak atau bila mereka berada di asrama misalnya. Semua perkara asas itu tentu sahaja membantu mereka kelak,” luahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susulan video miliknya tular, pemilik video di mana seorang wanita dilihat memukul kanak-kanak berusia 4 tahun kerana enggan makan tampil menceritakan situasi di rumah berkenaan.
Menerusi satu video baharu yang dimuat naik Aqiel, selebriti TikTok itu mengakui bahawa memang dia sendiri yang merakam video berkenaan dengan niat untuk menularkannya kerana tidak tahan melihat kanak-kanak itu didera.
Aqiel yang bekerja dengan wanita berkenaan berkata, dia melihat kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Alia, didera dan dipukul hampir setiap kali waktu makan berpunca daripada alasan yang tidak munasabah.
Ya, saya yang merakam video itu secara senyap-senyap.
Saya dan kawan saya empat orang, duduk di rumah itu dan berkerja.
Kami dah tak tahan tengok Alia dipukul sebegitu setiap kali makan… bukan dipukul sebab nakal… Alia dipukul setiap hari hanya disebabkan makan lambat, tak nak makan, kenyang.
Menurut Aqiel, dia dan rakan-rakan membuat keputusan untuk merakam dan menularkan video tersebut bagi mendapatkan keadilan buat kanak-kanak tersebut.
Dalam pada itu, Aqiel juga memaklumkan bahawa Alia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga tersebut kurang daripada setahun iaitu sekitar bulan Februari, tahun ini.
Buat laporan polis
Selain itu, Aqiel difahamkan bertindak merakam video tersebut tanpa pengetahuan majikannya sehari sebelum mereka membuat laporan polis.
Aqiel serta rakan-rakan telah mendapatkan bantuan orang luar untuk membawa mereka keluar daripada rumah tersebut dan ke balai polis bagi membuat laporan.
Semalam saya dah buat report dekat IPD Kajang, saya dan kawan saya 4 orang semua pergi sekali.
Pada pukul 4 pagi, pihak polis telah membuat serbuan di rumah pelaku dan tangkap mereka.
Saya dan kawan-kawan saya akan bertarung sedaya upaya bagi mendapatkan keadilan buat Alia.
Pelaku sudah ditahan
Setakat ini, pasangan suami isteri berusia 28 dan 30-an telah ditahan dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.
Susulan daripada itu, perakam yang juga merupakan TikToker terkenal telah membuat penjelasan mengapa dia dan beberapa orang rakannya berani melaporkan kegiatan jahat pasangan tersebut kepada pihak polis.