Wanita bekerjaya, tidak mudah untuk berjaya dalam dua sudut. Kebanyakan mampu jadi pekerja cemerlang di pejabat tetapi gagal sebagai isteri yang mampu melengkapkan kehidupan seorang suami.
Allah… minta dijauhkan kita terus hanyut!
Kalau sudah kahwin rencah rasa dalam mana-mana perhubungan mana nak sama. Sudah tentu ada rasa bosan, gembira, masam manisnya dan menjuruskan kepada gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan perhubungan.
Wanita Jangan Hanya Berjaya Dalam Pekerjaan
Cuba tanya dengan pasangan-pasangan yang berada dalam tiga hingga lima tahun usia perkahwinan: “bahagia tak kahwin?”
Ada yang jawab, “pening betul menguruskan keluarga, kerjaya, macam nak gila.” Itu dia belum dengar jawapan saya yang sudah 24 tahun berumah tangga.
Ini nasihat untuk golongan wanita yang jadi isteri dalam usia muda. Walau sesibuk mana tugas di tempat kerja, jangan sesekali mengabaikan rumah tangga. Antaranya aspek fizikal rumah seperti kebersihan. Jangan biarkan rumah berselerak dengan baju, bantal, kain, cawan pinggan memenuhi ruang tamu rumah.
Kalau masuk rumah tengok ruang tamu, punyalah berselerak sampai tamu datang pun nak balik. Itu belum masuk dapur, pinggan mangkuk, periuk belanga, tulang temulang ikan, makanan basi seminggu lepas pun masih bersangga di singki dan periuk belanga yang tidak berbasuh!
Peti sejuk jangan ceritalah. Sayur, buah, minuman berselerakan hingga sejuk peti sudah tidak berbekas pada makanan. Bilik tidur yang merupakan bilik kasih sayang suami isteri macam bau kucing beranak,. Bertebaran dengan pakaian, lampin pakai buang, najis anak dalam lampin tidak sempat dibuang. Baju-baju dilonggokkan, memang memualkan.
Di Rumah Gagal Bahagiakan Suami & Anak
Ini semua senario benar sebahagian rumah pasangan muda yang sibuk bekerja. Tetapi sesibuk mana pun kita sebagai isteri atau suami, kalau kita bekerjasama membantu membersihkan rumah dan menyusun atur perancangan kebersihan. Pasti rumah akan kelihatan bersih teratur.
Soalnya JANGAN MALAS dan JANGAN SUKA BERI ALASAN
Wanita, tolonglah jangan jadi isteri yang berjaya dalam pekerjaan tetapi gagal menjadi isteri yang membanggakan suami di rumah. Ada suami mengadu, rumah berselerak, memasak sekali-sekala sahaja. Minuman suami segelas pun suami buat sendiri.
Ads
Sebelum kahwin suami makan di kedai, dah kahwin pun tidak ada bezanya. Bila isteri hendak keluar berjalan atau bekerja, solekannya bukan main. Wanginya bertebaran satu rumah. Langkahnya bukan main cantik tapi cantik itu hanya untuk orang lain dan bukan untuk suami!
Ya, ini yang boleh membuatkan hati si suami semakin tawar untuk balik rumah. Jadi lebih suka pergi kursus dan tinggal di hotel yang lebih menyenangkan hatinya. Makan minum dengan rakan sekerja yang penuh gurau senda daripada situasi di rumah yang menjadi penolak kepada dirinya.
Tetapi semua itu boleh dijayakan jika kita tahu satu ayat ‘power’ yang mesti kita uruskan iaitu MASA.
Ads
M – Mengurus kehidupan dengan teratur.
A – Amanah dengan tugas. Sebagai isteri, jalankanlah tugas-tugas isteri dengan baik mengikut keupayaan kita. Jangan bongkak kerana kita bergaji besar dan berpangkat tinggi kerana itu tidak memberi makna jika tugas isteri tidak kita laksanakan dengan jaya.
S – Suai padankan aktiviti-aktiviti yang hendak kita jalankan di tempat kerja agar seimbang dengan keluarga.
A – Aspirasi kita untuk menjadi isteri mithali adalah pemangkin usaha untuk menjadi isteri dan ibu yang berjaya dan bahagia!
Saat memberikan peringatan dan nasihat pada anak-anak, diri kita sebagai ibu ayah begitu mudah mengucapkannya. Semuanya demi kabaikan anak-anak yang kita sayangi.
Pun begitu, jangan terlupa bahawa diri kita juga perlu sering diingatkan. Dan di sini dikongsikan beberapa pesanan buat ingatan bersama.
Pesan buat diri
1. Jika kita seorang ibu atau ayah, kena selalu pesan pada diri, jangan cepat terasa dengan anak-anak.
2. Sejak kecil kita jaga, tatang mereka dengan penuh kasih sayang, beri segala keperluan dan korban segala kemahuan. Kita buat kerana Allah. Kelak jangan kita ungkit, jangan cakap anak tak kenang budi, anak tak pandai hargai, anak menyusahkan…Jangan sekali kita ungkit, takut lebur segala amal baik yang telah kita tabung sekian lama.
3. Jika kita kerap diuji dengan perangai anak-anak.. Minta dengan Allah ” Ya Allah.. Bimbinglah aku menjadi ibu ayah yang baik” Menangislah semahunya pada Allah kerana hanya DIA yang selayaknya mendengar rintihan kita.
4. Cinta dan kasih sayang ini sifatnya memberi bukan menerima, jika kita mencintai dan menyayangi anak sepenuh hati, belum tentu mereka dapat mencintai dan menyayangi kita dengan cara yang sama. Jadi doalah pada Allah ” Ya Allah sayangilah diriku sebanyak mana kasih dan sayang seorang ibu kepada anaknya.. Jagalah diriku ketika tua sebagaimana seorang ibu menatang penuh anaknya ketika kecil” Pasti Allah akan datangkan seseorang untuk menyayangi dan menjaga kita.
5. Allah uji kita dengan anak yang nakal, degil, tak solat, kuat melawan bukan asbab dosa kita… Bukan.. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. kadang didatangkan ujian dari seorang anak kerana Dia mahu kita menjadi seorang ibu yang matang, seorang ayah yang sanggup berkorban.
Mahalnya syurga, nilainya sebuah kesabaran.
Sumber : Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.
Sebagai seorang wanita yang menggalas tanggungjawab menjadi suri rumah sepenuh masa pasti bukannya sesuatu yang mudah.
Tugas mereka ini bagaikan tiada waktu rehat, dari terbitnya matahari sehinggalah waktu malam ada sahaja urusan yang perlu dilakukan demi menguruskan keluarga.
Namun, segelintir masyarakat pada hari ini seringkali memandang rendah terhadap suri rumah hanya kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak bekerja.
Wanita Kongsi Cerita Diperlekehkan Oleh Ibu Sendiri
Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila dia berkongsi mengenai kisah dirinya yang diperlekeh oleh ibu kandungnya kerana hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Menerusi hantaran klip video sedutan rancangan ‘Wanita Hari Ini’ yang dimuat naik di laman TikTok, wanita itu berasa amat kecik hati dengan persepsi ibu sendiri terhadap dirinya.
Difahamkan, wanita tersebut sudah menjadi suri rumah sepenuh masa selama lapan tahun.
Ibu Bagi Kata-kata Menyakitkan Hati Setiap Kali Keluar Bersama
Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.
“Setiap kali keluar dengan adik beradik dan mak, bila mereka beli baju cantik-cantik, saya pun tengok juga baju tu dengan niat nak beli bukannya pakai duit diorang pun.
“Tapi mesti mak saya cakap ‘Buat apa kau nak beli baju baru? Kau bukannya bekerja.’ Kat situ dah buat saya kecik hati,” katanya.
Suri Rumah Takda Hak Nak Beli Baju Dan Berhias?
Kata-kata daripada ibunya itu membuatkan wanita tersebut berfikir adakah seorang suri rumah tidak mempunyai hak untuk membeli pakaian dan berhias?
Wanita itu juga berkata ibunya kerap memerli konon dirinya hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa.
“Kadang-kadang dia perli ‘Kau duduk rumah bukan buat apa pun’ hmm saya betul-betul terasa hati.”
“Jadi Suri Rumah Lagi Penat Dari Bekerja” – Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memahami perasaan wanita tersebut malah mereka turut berkongsi pengalaman yang dilalui oleh mereka sebagai suri rumah.
Kasih Iris Leona tidak lekang dengan kontroversi apabila dilihat sering memuat naik gambar bersama teman-teman dan sewaktu percutian.
Apa yang meraih perhatian netizen adalah cara pemakaian Leona yang dilihat terlalu moden dan terbuka. Tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memakai bikini putih ketika sedang mandi manda di sebatang sungai semasa percutiannya bersama rakan di Warleigh Weir, United Kingdom.
Susulan itu, Leona telah dikecam hebat netizen dan ada netizen yang mengatakan bahawa Azhar tidak menasihati anaknya itu. Oleh itu, Azhar dalam satu video TikTok tampil menasihati anaknya secara terbuka.
Menurut Azhar, ‘rahsia’ untuk terus dikenali dan diingati peminat adalah sentiasa sensitif dan peka dengan apa yang ditunjukkan dalam media sosial.
“Jadi bijak la, macam Daddy kalau pergi parti, pergi Changkat ke berjimba ke, private party, tak kongsi di media sosial.” ujar Azhar.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen merasakan Azhar sudah mencuba untuk menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya tetapi tindakan anaknya itu bukanlah boleh dikawal sepenuhnya.