Meninggal akibat sengatan tebuan. Seorang suri rumah maut dipercayai akibat terkena sengatan tebuan dalam kejadian yang berlaku di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah.
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam Ahad telah meragut nyawa mangsa seorang wanita berusia 61 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail memaklumkan, mangsa Rohani Mohd Shariff, 61, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Gambar sekadar hiasan
Menurutnya, kejadian disedari anak lelaki mangsa ketika pulang ke rumah sebelum mendapati ibunya sedang menanggung kesakitan.
“Semasa anak lelaki mangsa pulang ke rumah mendapati ibunya sedang kesakitan dan dimaklumkan oleh mangsa bahawa terkena sengatan tebuan,”katanya.
Ads
Wan Azharudin berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan.
“Bagaimanapun, pasukan perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia semasa dalam perjalanan,” katanya.
Ads
Difahamkan, mangsa terkena satu sengatan tebuan di bahagian badan semasa berada di rumah.
Beliau berkata, tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.
Memetik info berkaitan dengan bahaya sengatan tabuan yang disiarkan oleh Astro Awani, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, selain langkah pencegahan, masyarakat juga perlu tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya disengat tebuan atau serangga berbisa.
Berikut merupakan tindakan kecemasan atau langkah awal bagi mengelakkan nyawa melayang jika terkena sengatan:
Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
Basuh dengan air dan sabun atua cecair antiseptik.
Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
Bawa mangsa ke kecemasan dengan segera.
Selain itu, Dr Samhan berkata, beberapa langkah pencegahan perlu diamati dalam usaha untuk menjauhi ancaman serangga berbisa ini yang boleh meragut nyawa. Elakkan anak bermain dalam hutan.
Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak memakai baju lengan panjang, seluar panjang dan bertopi.
Elakkan menggunakan pakaian berwarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan.
Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan.
Sumber: Sinar Harian & Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bedah siasat sahkan punca kematian murid Tahun Empat akibat tekanan pada leher. Bedah siasat ke atas murid lelaki Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah rendah di Senawang pada Rabu mengesahkan punca kematian berpunca daripada tekanan pada bahagian leher.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut pada Khamis mendapati tiada kecederaan lain ditemui pada tubuh pelajar berusia 10 tahun itu.
Beliau memaklumkan sehingga kini, seramai 27 individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian serta keadaan semasa mangsa ditemui di dalam tandas.
“Polis menggesa agar diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus dan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak-kanak yang dilindungi di bawah peruntukan Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan turut melibatkan saksi kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh mengganggu kelancaran siasatan pihak berkuasa.
Sebelum ini, polis mengesahkan kes berkenaan masih disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang diteruskan untuk mengetahui punca sebenar tragedi tersebut.
Pada Rabu, media melaporkan murid terbabit ditemui tidak sedarkan diri di tandas sekolah sebelum guru disiplin membawanya ke sebuah klinik swasta. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
El-Nino Malaysia terpanas dijangka melanda negara dengan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius, satu perkembangan yang pastinya menimbulkan kebimbangan ramai, terutama ibu bapa yang memikirkan keselamatan anak-anak serta kesejahteraan keluarga.
Dalam keadaan cuaca dunia yang semakin tidak menentu, fenomena El-Nino bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ia bukan sekadar menyebabkan hari terasa lebih panas daripada biasa, tetapi boleh membawa pelbagai kesan lain yang lebih serius seperti kemarau, kebakaran hutan, jerebu dan peningkatan risiko strok haba.
Menurut Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim, Prof Emeritus Dr Fredolin Tangang, peningkatan suhu global sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan trend yang semakin membimbangkan.
Malah, dunia juga telah merekodkan tahun-tahun kebelakangan ini sebagai antara tempoh paling panas dalam sejarah, sekali gus menguatkan jangkaan bahawa El-Nino Malaysia terpanas boleh berlaku dalam masa terdekat.
Ramai yang mungkin menganggap El-Nino hanya berkait dengan cuaca panas biasa. Hakikatnya, fenomena ini merujuk kepada keadaan pemanasan alam sekitar yang lebih ekstrem apabila suhu permukaan laut meningkat melebihi paras normal.
Keadaan ini boleh memberi kesan langsung kepada suhu persekitaran dan rutin harian masyarakat. Dalam situasi tertentu, suhu boleh meningkat dengan ketara hingga menyebabkan cuaca menjadi terlalu kering dan tidak selesa.
Antara kesan awal yang boleh dirasai ketika El-Nino Malaysia terpanas berlaku ialah:
Menurut beliau, fenomena ini bukan sekadar ramalan biasa, sebaliknya sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
“Mengikut ramalan semasa, kebarangkalian El-Nino berlaku pada musim barat daya ini melebihi 70 peratus dan boleh meningkat sehingga 80 hingga 90 peratus menjelang penghujung tahun,” jelasnya.
Beliau turut menjangkakan fenomena itu mula berlaku sekitar pertengahan tahun sebelum berterusan sehingga awal tahun hadapan. Berdasarkan pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang penyelidikan iklim, negara berkemungkinan berdepan El-Nino Malaysia terpanas yang berintensiti kuat.
Apa yang lebih membimbangkan, kesan El-Nino Malaysia terpanas bukan hanya dirasai dari segi suhu semata-mata. Fenomena ini juga boleh memberi kesan besar kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan kehidupan seharian masyarakat.
Antara risiko yang sering dikaitkan dengan fenomena ini ialah:
Apabila cuaca terlalu panas dan kering untuk tempoh yang lama, ia bukan sahaja menjejaskan keselesaan, malah boleh memberi tekanan kepada kesihatan tubuh.
Kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan antara golongan yang paling berisiko apabila El-Nino Malaysia terpanas berlaku.
Dalam masa sama, mereka yang bekerja di luar seperti petani, pekerja pembinaan, penghantar barangan dan pelajar yang menjalani aktiviti luar juga perlu lebih berhati-hati.
Bagi ibu bapa, inilah masa untuk mula mengambil langkah berjaga-jaga ketika berdepan El-Nino Malaysia terpanas.
Pastikan anak-anak minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar ketika cuaca terlalu terik dan elakkan pendedahan terus kepada matahari dalam tempoh terlalu lama.
Jika perlu keluar rumah, pakai pakaian yang ringan, longgar dan sesuai dengan keadaan cuaca. Jangan tunggu sehingga badan terasa terlalu letih atau haus kerana itu mungkin petanda awal tubuh mula kehilangan air.
Antara tanda awal keletihan haba atau strok haba yang perlu diberi perhatian termasuk:
Sekiranya gejala seperti ini berlaku, segera dapatkan rawatan dan elakkan berlengah.
Fenomena cuaca ekstrem mungkin tidak dapat dielakkan, namun kesedaran awal mampu membantu mengurangkan risiko. Dalam keadaan dunia yang semakin panas, setiap keluarga perlu lebih bersedia dari segi kesihatan, pengurusan aktiviti harian dan keselamatan di rumah.
Apa yang penting, jangan ambil mudah perubahan cuaca yang berlaku. El-Nino Malaysia terpanas bukan hanya soal rasa tidak selesa, tetapi boleh membawa implikasi besar kepada kesihatan dan kesejahteraan keluarga.
Semoga dengan persediaan yang betul, kita semua dapat melalui tempoh cuaca mencabar ini dengan lebih tenang dan selamat.
Gara-gara khayal selepas hisap vape, seorang pelajar Tingkatan Dua dilaporkan cedera ringan selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya di sini.
Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Ariffin, memaklumkan bahawa insiden berlaku sekitar jam 11 pagi di bangunan sekolah tersebut.
“Berdasarkan keterangan pelajar itu, dia mengaku menggunakan vape di dalam kelas sewaktu hujung waktu rehat. Akibat berasa tidak stabil, dia turun ke bumbung dari tingkat satu bangunan, tetapi kemudian terjatuh ke tanah, menyebabkan luka ringan di bahagian kakinya,” jelasnya ketika dihubungi Astro Awani.
Tambah beliau, selepas insiden itu, pelajar tersebut menunjukkan tingkah laku tidak terkawal sehingga pihak sekolah terpaksa menghubungi polis.
“Pelajar berkenaan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kangar untuk pemeriksaan lanjut, termasuk ujian saringan dadah. Bagaimanapun, keputusan ujian air kencingnya didapati negatif. Dia kemudiannya diserahkan kepada warisnya dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Menurut Rose Aza, pihak sekolah bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sedang bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat kejadian ini dengan lebih mendalam.
“Guru disiplin telah diarahkan untuk menyiasat punca kejadian, termasuk mengenal pasti individu yang mungkin membekalkan vape kepada pelajar tersebut. Laporan awal juga akan dihantar kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa jabatan akan memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menyediakan laporan awal dan tindakan susulan di bawah Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Pelajar tersebut juga akan terus dipantau bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraannya terjamin. – Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.