Sebelum ini pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril ada memuat naik bahawa dia menerima bungkusan misteri daripada seorang wanita. Pada bungkusan tersebut terdapat satu kad daripada pemberi yang mengatakan merindui dirinya dan mengaku sebagai isteri Dr Say beserta gambar.

Dalam entri terbaharu, Dr Say telah memuat naik satu kad ucapan sama seperti sebelum ini dengan penulisan yang lain telah dihantar oleh individu yang sama tetapi diajukan kepada isterinya, Dr Azura pula. Malah, tertera dalam perkongsiannya itu tangkap layar dari wanita tersebut yang telah meninggalkan komen dalam perkongsian sebelum ini.

Wanita yang mendakwa namanya Ayu itu mengakui bahawa dia sebenarnya salah seorang mangsa penipuan yang terpedaya dengan pujuk rayu individu tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai Dr Say.

Wanita Mengaku ‘Isteri’ Tampil Mohon Maaf, Dr Say – “Bila Saya Amati Baru Tahu Betapa Bahaya Boleh Terjadi”

Dalam pada itu, Dr Say di ruangan kapsyennya berkata, setelah mengamati semula hantarannya, dia sedar bahawa tindakan Ayu itu sememangnya merbahaya dan bukannya bahan jenaka.

“Maafkan sy on the recent incident peeps. Bila sy baca komen2 kalian & bila sy fikir2 balik ada banyak betulnya apa yg kalian nasihatkan. Yang this is a serious matter. Sy cukup bertuah bini sy dapat bungkusan untuk dirinya juga (cuma tanpa bunga, balloon & gambar Ayu).

IKLAN

“Bayangkan bungkusan tu hanya kepada diri sy seorang, mau naya sy dikerjakan soalan bertubi2 tanpa henti “explain yourself, who is this lady” bini. Dan sy bertuah juga bini sy seorang yg calm & composed yakni dia tak berhasrat ingin menyerang Ayu tersebut.

“Satu lagi yg penting sy rasa is trust in the relationship. Kalau kita sesama pasangan takde apa jua rahsia nak dirahsiakan, cerita semua perkara yg perlu diceritakan then InsyaAllah tiada apa yg dapat mengganggu rumah tangga itu tapi again macam kalian cakap (walaupun Ayu tak buat), orang boleh letak / baca apa jua kepada barang yg dikirim & walaupun sy kurang percaya dengan benda2 sebegini, possibility itu masih ada jadi penting juga tuk kita sentiasa berwaspada.

“Sy buat post ni bukan nak aibkan Ayu, in fact sy dah sorok muka Ayu tapi Ayu sendiri yg berani ke hadapan untuk mengaku dirinya Ayu. Tujuan sy buat post ni adalah ye pada awalnya sebagai fun fun cuma bila sy cuba amati keadaan ni elok2 baru sy tahu betapa bahaya it could have been.

“Admire orang lain is fine tapi to approach them in such manner/ saying such things is a NO NO. Boleh menimbulkan fitnah, boleh merosakkan rumah tangga, boleh menimbulkan syak wasangka jadi kepada Ayu, i forgive you but lepas ni simpan dalam hati ye? Thank u again peeps atas nasihat & concern kalian. Ferero wife sy habiskan dah semua, sy tak makan satu pun, ehhh.” tulis Dr Say.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)


Meninjau di ruangan komen, ada juga dalam kalangan pengikut Dr Say mengakui sukakan dirinya juga tetapi tidaklah sampai tahap mengaku menjadi isterinya. Malah, ada juga yang menasihati Dr Say untuk buat laporan sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Wanita Mengaku ‘Isteri’ Tampil Mohon Maaf, Dr Say – “Bila Saya Amati Baru Tahu Betapa Bahaya Boleh Terjadi” Wanita Mengaku ‘Isteri’ Tampil Mohon Maaf, Dr Say – “Bila Saya Amati Baru Tahu Betapa Bahaya Boleh Terjadi”

IKLAN

Sumber: Instagram Say_shazril

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI