Wanita Ni Amalkan Masker Bedak Sejuk. Kulit Jadi Lembut & Hilang Parut Jerawat!

Share
Perasan tak opah kita  dulu-dulu, kalau pakai bedak sejuk semacam satu kemestian lebih-lebih lagi kalau waktu malam. Mungkin sebab ini juga  kulit wajah mereka mulus dan bersih walaupun tidak menggunakan produk-produk khusus dalam penjagaan kecantikan seperti kita pada hari ini.
Untuk itu, apa kata kita cuba kembali menggunakan bedak sejuk dengan sedikit penambahan bahan untuk tujuan hilangkan parut. Hal ini telah dikongsikan oleh Nurtieja dan bolehlah dicuba. Mana tahu serasi, makin berseri-serilah jadinya wajah kita.

OLIVE OIL ni sangat sesuai untuk lembapkan kulit. tapi ternyata berkesan juga untuk hilangkan parut jerawat. lagi cepat hilang berbanding campuran madu yang biasa tieja buat sebelum ni.

Untuk yang ada masalah kulit yang lebih berminyak dan parut, boleh gunakan bedak sejuk, bedak sejuk sangat bagus untuk kulit tau. semua jenis kulit boleh pakai bedak sejuk ni. Orang dulu dulu kan suka pakai bedak sejuk je.

Lemon pon bertindak untuk serap kan lebihan minyak dekat muka dan beri kesan lebih cerah untuk kulit.

cara buat masker seperti dibawah

Bahan-bahan :

Bedak sejuk (tieja pakai bedak sejuk MUKA BABY) ambik agak agak untuk muka korang. nak dot dot atas parut sahaja pun tak ade masalah.

Sepotong nipis Lemon

1 sudu teh Olive oil

Cara penyediaan :

  1. Ambil bedak sejuk dan masukkan ke dalam bekas.
  2. Perahkan hirisan lemon.
  3. Masukkan sedikit minyak zaiton.
  4. Gaul sebati dan sedia untuk digunakan.

 

konsisten pakai setiap hari sekali. insyaallah parut jerawat akan hilang/pudar dalam masa 3 hari.

Ni kesannya selepas 2 hari konsisten pakai masker bedak sejuk ni.
Ini pula kesannya selepas 3 hari.

Tapi macam tieja ajar sebelum ni la. Pemakanan kena jaga juga. Waktu ade jerawat atau sekarang ade parut , korang perlu kurang/berhenti dulu ambil minuman berkafien. ini bantu untuk atasi dan mempercepatkan proses hilangkan parut korang.

sumber :Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

IKLAN