Idea menggantung periuk di ruangan dapur agar terlihat kemas dan teratur, tentunya memerlukan rak atau tempat penggantung yang moden rekaannya.
Pun begitu, semakin canggih rekaannya tentu sahaja ada nilai harga yang tinggi untuk produk tersebut.
Namun jika dihasilkan sendiri dengan menggunakan apa yang ada, tentu sahaja ia cukup unik dan menjimatkan.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Norrul Izani dalam menghasilkan rak penyangkut kuali miliknya.
Menurutnya, tempat penyangkut yang dihasilkan itu tiada modal diperlukan. Menarik bunyinya bukan?
Jom semak.
DIY tempat gantung kuali/pan/senduk/sodek/botol susu dan tempat letak botol2 sos masakan tanpa keluar duit. Hanya guna apa yg ada… Saya ni memang suka simpan benda-benda yang saya pikir berguna..sebab saya tahu, nanti mesti akan ada idea untuk dijadikan sesuatu..
Sebelum ni gantung je kat grill tingkap dapur.. asal boleh sangkut je..tapi tu lah..semak jer.. buat rak macam ni, baru la sedap mata memandang..
Ads
Gantung atas sinki sebab nanti lepas cuci terus sangkut, air yang menitik tak risau sebab terus jatuh dalam sinki..botol susu pun boleh sangkut situ.. jimat ruang.. pengudaraan
bagus..bersih. Cepat kering..
Bahan-bahan:
Jaring BRC
Bilah buluh
Playar
Cable tie
Cat kayu putih
Drill
Skru cangkuk
Gergaji
Penyangkut S
Cara buat :
Ads
1. Lipat BRC ilkut saiz yang anda suka.. yang tajam-tajam tu lipat guna playar. Jangan potong, nanti tajam..luka tangan.
2. Gunakan buluh sebagai tulang untuk menguatkan struktur binaan guna cable tie saja untuk ikat dan kemaskan..
Ads
3. Selepas cat, jemur bagi kering dulu..
4. Lepas tu boleh lah drill bahagian mana yang kita nak.. ukur ikut kesesuaian. Biar sesuai dengan tinggi tukang masak, kalau tinggi sangat takut nak kena panjat pulak nak ambik kuali kalau rendah sangat tunduk pula..
Apabila sudah berkahwin, setiap orang akan target nak bahagia dengan pasangan hingga ke Jannah. Tetapi macam mana nak mula dan apa ‘tali’ yang boleh simpulkan hubungan untuk membentuk jadi keluarga bahagia?
Lumrah dalam kehidupan berumah tangga, bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Pergeseran dalam rumah tangga perkara biasa. Namun, jangan biarkan berlarutan kena ia boleh meninggalkan impak negatif.
Bagi setiap isteri, jika mampu buat suami bahagia dan bangga dengan anda, itulah bonus terbesar buat anda. Soalnya bagaimana?
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, semua wanita harus belajar untuk menjadi kebanggaan suami masing-masing. Inilah rahsia kunci bahagia dalam rumah tangga. Ini yang disarankan oleh beliau.
1. Taat Pada Allah
Taat pada Allah sebagai asas untuk taat kepada suami. Jika perintah Allah dituntut dengan sebaiknya pasti semua isteri akan tahu tanggungjawabnya pada suami. Walau suami tak pernah puji dalam hatinya dia bangga bila mana memiliki seorang isteri yang patuh pada agama!
2. Perbaiki Pakej Diri
Pakej diri seorang wanita tentunya cantik luar dan dalam. Jadi perbaikilah diri anda secara dalaman dan luaran. Kalau hati bersih dan tak ada buruk sangka atau niat yang tidak baik ditambah pula dengan luaran yang cantik, suami pasti sangat bangga.
3. Ikhlas Taat
Taat kepada suami dengan seikhlas hati adalah satu ibadah. Mana-mana suami pasti bangga jika miliki seorang isteri yang taat dan patuh dengan apa yang dimintanya. Tapi pastinya ketaatan anda dilakukan dengan seikhlas hati. Ikhlas hati kita boleh dilihat dengan jelas. Suami apatah lagi.
4. Berhias Diri
Jadi isteri kenalah pandai berhias diri, cantik dan wangi untuk suami. Kalau suami hendak balik daripada kerja, bersiaplah secantik mungkin untuk suami. Semburlah apa yang patut untuk lebih wangi. Suami bangga punya isteri begini. Usaha anda bukan sia-sia!
5. Sayang Mertua Dengan Ikhlas
Hormat dan sayangilah keluarga mertua anda dengan ikhlas hati. Jadi diri sendiri dan sayangilah mereka seperti keluarga anda sendiri. Walaupun suami tidak pernah beritahu tetapi dalam hatinya dia cukup bangga apabila isterinya jadikan ibu dan ayahnya sebagai keutamaan.Ini penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa ini begitu tepat sekali untuk dikaitkan dengan usaha Amiereo Adipati, penyewa sebuah rumah kampung.
Tiada yang mustahil untuknya merialisasikan rumah idaman walaupun dengan bajet yang rendah.
Akhirnya, lihatlah sahaja kini rumah papan yang disewa beberapa bulan lalu telah berubah wajah menjadi rumah yang cukup selesa dan cantik untuk didiami.
Ikuti perkongsian lanjut daripadanya agar dapat menyuntik inspirasi buat anda memiliki rumah idaman dengan konsep peribadi.
Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka…kita kemas apa yang patut..nak raya kan..ha..ha…puasa baru dua hari dikk…
4 bulan dulu.. masa mula-mula menyewa rumah ni sangat-sangat teruk…memang menangis dalam hati…
Ramai kawan-kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni…tapi nak buat macam mana takda pilihan..
Kebetulan keadaan sangat mendesak…sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang..hanya ada masa seminggu je untuk pindah..
Dengan keadaan kewangan pun kurang….lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah untuk saya..takda lah mahal sangat…
Tapi tak kan kita nak duduk dalam keadaan macam tu kan…stress bak hang….so kita tuch up sikit-sikit bagi lawa..
Modal pun tak berapa ada sgt..aircond tu ambik kat kedai lama…
Walau pun guna barang2 diy..kedai Rm2…dan cowboy je lampu gantung tu beli kat shopee murah..budget uolzz…lagi pun rumah sewa kan…
Kerusi pulak ambik kerusi lama..lebih 30 tahun dah ambik kat rumah arwah mak…just spray putih…langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter…ikut kan modal cat ada lah dalam rm300..jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit2..
.
“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”…Kredit Qaseh Aduka gigih mengemas.
Walau pun raya thn ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home.
💕…duduk rumah jangan merayau jangan melilau..kita jaga kita….💖
Manakala buat anda yang ingin mencuba konsep mix and match perabot lama dengan yang baharu bersama kita cungkil rahsianya melalui perkongsian daripada Joy Design Studio.
Menurutnya untuk Mix and match perabot perlukan keseimbangan warna dan teknik yang betul. Warna yang dipilih mestilah dalam kelompok yang tepat, tona sama, dan bukan sesuka hati.
Bahan perabot yang digunakan juga penting, jika semua perabot diperbuat daripada kayu, ia akan kelihatan terlalu bosan. Boleh mix and match 2-3 bahan lain-lain seperti kayu, rotan, dan besi.
Menyentuh tentang jenis dan style perabot yang dipilih bagi mencipta karakter ruangan rumah kampung untuk tampil moden, dinasihatkan anda boleh mengecat atau menggunakan wallpaper pada dinding.
Elakkan warna gelap supaya ruang tidak nampak sempit. Pemilihan perabot memainkan peranan penting, perabot yang dipilih mestilah mengikut tema.
Manakala sofa yang dipilih pula tidak boleh yang memakan ruang atau terlalu menyerlah. Boleh juga menghias dengan bunga, tumbuhan hijau, karpet, dan bantal bercorak untuk menaikkan seri pada ruang tersebut.
Buat Pilihan
Antara perabot yang berkualiti dan tahan lama termasuklah yang diperbuat daripada solid wood. Kayu keras yang berat dan padu. Perabot besi juga kurang risiko kerosakan, tetapi perlu memastikan ketumpatan besi tersebut adalah tinggi supaya tidak berkarat dengan cepat atau mudah rosak. Selain itu, sofa yang full leather juga tahan lama. Pastikan kulit yang asli dan bukan bercampur dengan tekstil lain.
Menyentuh tentang pemilihan warna, diakui ia mempengaruhi mood dan personaliti kepada sesebuah ruang. Warna biru memberi ketenangan. Merah melambangkan keyakinan dan tenaga. Kuning memberi perasaan gembira. Hijau menyenangkan dan menyejukkan mata. Ungu yang gelap akan mewujudkan ruang yang dramatik. Oren membangkitkan semangat dan merupakan warna bertenaga. Putih pula warna yang minimal, menjadikannya pilihan warna yang selamat bagi mereka yang tidak berani bermain warna.
Disamping itu bagi anda yang ingin melakukan transformasi dengan cara paling cepat dan mudah, disarankan dengan memilih satu bahagian yang besar untuk memberi impak baru.
Sebagai contoh, dinding boleh ditukarkan dengan mengecat atau meletakkan wallpaper. Manakala langsir boleh ditukarkan dengan warna yang bersesuaian. Selain itu, anda juga boleh mencari sofa yang lebih padan dengan konsep yang dipilih.
Jika mahu cara yang lebih meringankan beban, menukar atau menambah carpet yang warna atau coraknya unik dan modern boleh memberi nafas yang baru. Ini boleh juga dikaitkan dengan penukaran bantal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya jika ingin mengawal berat badan kita biasa dengar perlu melakukan senaman dan tidak kurang juga ada yang mengamalkan petua dan pengambilan ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM.
Pun begitu, tidak dinafikan kaedah pembedahan perut juga ramai yang cuba lakukan.
Memahami kaedah, keperluan dan risiko melakukan pembedahan perut atau juga dikenali dengan pembedahan bariatrik, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan secara mudah untuk dapat difahami.
Ini perkongsiannya.
KURUS DENGAN PEMBEDAHAN PERUT
Pembedahan bariatrik adalah pengubahan kapasiti perut melalui beberapa cara. Pembedahan ini disarankan apabila masalah berat badan pesakit membawa risiko yang lebih besar daripada risiko pembedahan bariatrik itu sendiri.
Pembedahan ini dilakukan untuk menyekat jumlah pengambilan makanan sebagai menguruskan masalah kesihatan individu obes melampau yang mempunyai komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya.
Ada beberapa jenis pembedahan bariatrik, antaranya:
◾Roux-En Y Gastric Bypass
◾Vertical Sleeve Gastrectomy
◾Biliopancreatic Diversion/Duodenal Switch
◾Adjustable Gastric Band
Semua pembedahan ini ada risikonya sendiri. Teknik-teknik yang melibatkan pemotongan kantung perut dan penyambungan semula memungkinkan risiko jangkitan kuman, kebocoran pada sambungan, pendarahan, dan sebagainya.
Adjustable Gastric Band tiada pemotongan kantung perut, tetapi ia menggunakan alat untuk menjerut kantung perut. Maka penggunaan alat ini mempunyai risiko jangkitan kuman, kegagalan implan, hakisan perut, perut terjerut dan lain-lain.
Oleh kerana wujud risiko seperti ini, hanya individu yang benar-benar memerlukan patut menjalani pembedahan bariatrik ini. Selain itu, individu yang telah menjalani pembedahan ini perlu bersedia mengubah cara pemakanannya.
Selepas pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh makan pada kuantiti normal, kerana saiz perut telah dikecilkan sehingga hanya mampu memuatkan sebahagian daripada kapasiti sebelum ini. Makan sikit sahaja dah rasa penuh perut.
Penyesuaian kepada kuantiti makanan yang kecil ini tidak mudah. Oleh kerana akan cepat penuh, makanan yang dimakan perlulah yang benar-benar berkhasiat sahaja. Jika tak jaga makan, maka akan berlaku kekurangan nutrisi, dan ganggu kesihatan.
Semua ini perlukan keazaman, iltizam, dan ketahanan mental yang tinggi. Tak usah fikir ia mudah, kerana cabarannya lebih kurang sahaja dengan penurunan berat badan dengan cara penjagaan makanan tanpa sebarang pembedahan.
Ditekankan sekali lagi bahawa pembedahan bariatrik bukan jalan mudah untuk langsing, ia adalah rawatan kepada kondisi kesihatan yang seharuskan diputuskan keperluannya oleh doktor bertauliah. Buat hanya bila benar-benar perlu.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...