Wanita Ni Buat Tempat Penggantung Periuk Tanpa Keluar Duit. Hasilnya Memang Awesome!

Share

Idea menggantung periuk di ruangan dapur agar terlihat kemas dan teratur, tentunya memerlukan rak atau tempat penggantung yang moden rekaannya.

Pun begitu, semakin canggih rekaannya tentu sahaja ada nilai harga yang tinggi untuk produk tersebut.

Namun jika dihasilkan sendiri dengan menggunakan apa yang ada,  tentu sahaja ia cukup unik dan menjimatkan.

Ini sebagaimana perkongsian daripada Norrul Izani dalam menghasilkan rak penyangkut kuali miliknya.

Menurutnya,  tempat penyangkut  yang dihasilkan itu tiada modal diperlukan. Menarik bunyinya bukan?

Jom semak.

DIY tempat gantung kuali/pan/senduk/sodek/botol susu dan tempat letak botol2 sos masakan tanpa keluar duit. Hanya guna apa yg ada… Saya ni memang suka simpan benda-benda yang saya pikir berguna..sebab saya tahu, nanti mesti akan ada idea untuk dijadikan sesuatu..

Sebelum ni gantung je kat grill tingkap dapur.. asal boleh sangkut je..tapi tu lah..semak jer.. buat rak macam ni, baru la sedap mata memandang..

Gantung atas sinki sebab nanti lepas cuci terus sangkut, air yang menitik tak risau sebab terus jatuh dalam sinki..botol susu pun boleh sangkut situ.. jimat ruang.. pengudaraan
bagus..bersih. Cepat kering..
​​​​
Bahan-bahan

:

Jaring BRC
Bilah buluh
Playar
Cable tie
Cat kayu putih
Drill
Skru cangkuk
Gergaji
Penyangkut S

Cara buat :

1. Lipat BRC ilkut saiz yang anda suka.. yang tajam-tajam tu lipat guna playar. Jangan potong, nanti tajam..luka tangan.

2. Gunakan buluh sebagai tulang untuk menguatkan struktur binaan guna cable tie saja untuk ikat dan kemaskan..

3. Selepas cat, jemur bagi kering dulu..

4. Lepas tu boleh lah drill bahagian mana yang kita nak.. ukur ikut kesesuaian. Biar sesuai dengan tinggi tukang masak, kalau tinggi sangat takut nak kena panjat pulak nak ambik kuali kalau rendah sangat tunduk pula..

Selamat mencuba!

Sumber : Norrul Izani

IKLAN