Masih ingatkah anda tentang beberapa petua kecantikan yang sering diajar oleh ibu atau nenek kita semasa kita mengenjak ke alam remaja? Pantang di lihat jika ada jerawat di wajah anak cucunya, akan segera diambil bahan-bahan alami seperti pucuk jambu batu, daun pandan, telur, tepung dan sebagainya untuk menghasilkan bahan merawat kulit wajah agar  kembali bersih dan berseri.

Jadi tidak hairanlah orang dulu-dulu memang memberi tumpuan dalam penjagaan kecantikan wajah. Malah jika dilihat pada kosmetik yang digunakan pula, mereka menggunakan produk yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Dan antara bedak yang popular di masa itu adalah bedak batu atau juga dikenali dengan bedak nyonya untuk digunakan sehari-harian bagi menjaga kulit wajah tampil cantik.

Bagi anda yang tidak mengenali produk yang penuh dengan nostalgia ini, ayuh baca perkongsian Marina Seringat yang telah menggunakan bedak nostalgia ini. Siapa sangka produk ini menjadi ‘penawar’ masalah jerawat yang dialaminya. Jom semak!


 

Tips kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!

Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.

Bila cakap bedak Samfong aka bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?

Haaa rahsianyaaaa bedak nilahhhhh!

Wanita Ni Guna Kembali Produk Orang Lama Untuk Rawat Masalah Jerawat. Wow, Harus Cuba!

IKLAN

2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan

Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.

Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih

Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!

Bahan-bahan :

IKLAN

1/2 sudu bedak nyonya

Sedikit air suam

Cara-caranya:

Wanita Ni Guna Kembali Produk Orang Lama Untuk Rawat Masalah Jerawat. Wow, Harus Cuba!

1. Campurkan air suam dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress)

IKLAN

 

Wanita Ni Guna Kembali Produk Orang Lama Untuk Rawat Masalah Jerawat. Wow, Harus Cuba!

2. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.

3. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.

4. Cuci dan rasakan perbezaan!

Wanita Ni Guna Kembali Produk Orang Lama Untuk Rawat Masalah Jerawat. Wow, Harus Cuba!

*Amalkan setiap hari kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.

sumber : Marina Saringat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI