Wanita Ni Kongsi Kisah Andai Pasangan Dijemput Ilahi & Ni Perlu Buat Agar Yang Ditinggalkan Tidak Sengsara!

Share

Apa yang terjadi dalam hidup ini, biasanya banyak perkara berlaku di luar jangkaan kita. Umpamanya bila diuji pasangan sudah tiada disisi. Pasti tidak mungkin kita menggambarkan bagaimana harus kita tempuhi detik itu. Namun apa yang pasti, mahu atau tidak kehidupan ini harus diteruskan.

Kita juga biasa membaca kisah-kisah sedih dan kepayahan si isteri bila terjadianya kematian suami. Namun jika tidak mahu perkara yang sama menimpa diri kita dan anak-anak, apa kata persiapkan diri. Hal ini dikongsikan oleh puan Marliya untuk sama-sama kita renungkan.

MUJURLAH KITA

Kita takut ya?

Takut andai ditimpa kematian pasangan, nasib diri dan anak-anak bagaimana? Begitulah pemikiran mak-mak dan cabaran yang mungkin tiba pada mana-mana wanita.

Cabaran terbesar adalah sebab kita tidak tahu sama ada ipar duai atau keluarga mertua sanggup mengutamakan kepentingan anak-anak kita atau kepentingan diri mereka semata-mata. Kita tidak tahu malah tak perlu ambil tahu sebenarnya.

Yang kita perlu tahu untuk buat segera cuma memastikan kita punya tempat tinggal sendiri, harta sendiri dan menjana kewangan sendiri.

Sekarang kita baca kisah rakan kita. Esok-esok mungkin rakan baca kisah sedih kita pula.

Cuma kita harap bila rakan baca kisah kita mereka akan cakap :

1 – Mujurlah isterinya ada rumah 100% nama sendiri. Jika sebuah bagus, jika melebihi tiga sangatlah bagus.

2 – Mujurlah suaminya sebelum mati beli takaful hibah pada isteri. Setidak-tidaknya pampasan ini sangat cepat di bayar tak sampai sebulan. Lepas lah kos pendidikan anak-anak hingga ke universiti.

3 –Mujurlah suami orang lain hadiahkan percutian mewah, suami dia hadiahkan 50 gram emas setiap tahun. Setidak-tidaknya lepas 10 tahun dah ada setengah kilogram emas jika sesak untuk dipajak gadai.

4 – Mujurlah isteri boleh pandu kereta, menjana pendapatan bulanan dan berdikari. Tak adalah anak-anak terabai diri sendiri.

5 – Mujurlah isteri itu tak ada langsung hutang jahat. Setidak-tidaknya pendapatan bulanan sedia ada cukup untuk menampung belanja bulanan diri dan anak-anak lepas suami tiada.

6 – Mujurlah isteri walaupun lembut tetapi tegas. Mampu naik turun pejabat dan mahkamah mendapatkan hak diri dan anak-anak.

Ya… suatu hari nanti rakan mungkin cakap hal kita. Semoga rakan memberikan kita ungkapan seperti di atas. MUJURLAH KITA itu ini, begitu begini. Insya’allah…

Dan andai kita ditakdirkan sehidup semati dengan pasangan, hargailah setiap detik. Jangan biarkan ianya berlalu tanpa diisi dengan saat-saat yang membahagiakan sentiasa.

Sumber : Marliya Ramli 

IKLAN