Biasanya kalau masak apa sekali pun, mesti kita akan perasakan dengan garam, gula atau serbuk perasa untuk memberi rasa yang enak dan menyelerakan. Namun perkongsian resipi daripada wanita ini, berkenaan resipi istimewa yang biasa dimasak oleh arwah ayahnya menarik perhatian warganet. Berkali-kali wanita ini menyarankan agar tidak perlu ditambah garam, gula dan serbuk perasa untuk menyediakan resipi tersebut.
Wanita ini selain berkongsi resipi istimewa, turut memohon agar warganet dapat sedekahkan al-fatihah buat arwah ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia pada Syawal kedua akibat serangan jantung.
Ini perkongsiannya;
Minggu lepas, Syawal pertama, waktu macam ni, tengah berjuraian air mata dalam kereta kerana kami dalam perjalanan pulang ke kampung apabila dapat kebenaran daripada pihak polis (bukan mudah untuk dapat kebenaran) untuk rentas negeri apabila abah tiba² kena serangan jantung pada petang raya. Tengah malam, sampai hospital Temerloh, sempat ‘bercakap’ dengan abah sekejap dalam ICU sebelum abah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.27 pagi setelah dimasukkan ke CCU. Abah meninggal pada Syawal kedua, hari Jumaat yang lepas.
Di sini saya nak share dan sedekahkan satu resipi istimewa daripada abah. Semoga berpanjangan pahalanya buat abah.
Resipi yang sangat simple tapi rasanya sangat enak. Setiap kali balik kampung, memang wajib minta abah masakkan mi special ni. Tak perlu letak garam/gula/serbuk perasa lagi dah. Ngam² sedap dah rasanya.
Bahan-bahannya sangat mudah. Kepada yang dah cuba atau bakal cuba resipi ni, dapatlah kiranya saya mohon untuk sedekahkan Al-fatihah buat almarhum abah saya Hasim bin Andan. Terima kasih semua.
Ini bahan-bahannya:
Ads
Mi kuning (celur sekejap dengan air panas), tak kisahlah jenama apa pun. Daging (ini bahan utama), fishball (ini untuk memeriahkan kuah), sawi biasa atau sawi pok choy, cili (dihiris), bawang merah dan bawang putih (ditumbuk), akhir sekali limau nipis (untuk diperahkan jusnya ke dalam pinggan).
Sos cili, sos tomato, kicap manis dan sos tiram. Tak kisah nak guna jenama apa pun. Ada 4 botol sos dan kicap ni, tak perlu tambah garam lagi dah ke dalam masakan.
Air panas menggelegak atau air panas penapis air. Tak kisahlah penapis air jenama apa.
Tumis bawang dengan cili sampai garing. Cili tu, kalau suka pedas, tambahlah lagi.
Ads
Masukkan daging. Gaul rata.
Lepas tu terus tambah air panas tadi. Air ni bertujuan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging. Reneh sehingga menggelegak. Jumlah air bergantung kepada jumlah mi yang digunakan. Banyak mi, banyaklah air.
Kemudian boleh tuang segala sos2 tadi. Jumlah sos, bergantung kepada kuah tapi selalunya setengah botol jugalah saya letak untuk setiap sos. Kicap agak2 ajelah. Lepas tu boleh tambah fishball, isi ayam, fishcake atau apa sahaja yang digemari. Biarkan sos2 tu sebati dengan kuah seketika.
Selepas itu, masukkan sawi.
Terakhir sekali masukkan mi. Gaul sebati, tunggu menggelegak sekejap, matikan api. Boleh hidang terus macam ni. Mi ni berkuah. Kena makan teruslah konsep dia. Baru umppphh!
Ads
Selalu kami akan terus hadap sampai licin kuali. Abah senyum je tengok anak, menantu dan cucu suka makan masakan dia.
Tapi kalau nak makan lambat, boleh asingkan mi daripada kuah macam ni supaya mi tak kembang.
Ini kuah yang dah diasingkan. Warna lebih kurang beginilah. Tak hitam sangat. Selamat mencuba semua. Resipi ni ringkas sahaja. Waktu memasak pun sangat sekejap. Anak² pasti sukakannya.
Dah senduk mi dan kuah ke dalam pinggan, jangan lupa perah limau nipis. Baru terangkat dan sempurna rasanya.
Menikmati popia memang terasa enak. Pun begitu, apa yang tidak puas hatinya bila kita beli di bazaar, biasanya bila dimakan sudah tidak rangup lagi rasanya, malah liat pula digigit.
Jadi untuk tidak terus kecewa dengan rasanya, apa kata ibu-ibu sediakan sendiri popia rangup ini. Ia dikongsikan oleh Riana Samad. Jom semak.
Popia sira ranggup TAHAN LAMA. Payah jumpa. Kadang baru beli pun layu. 1 demi 1 petua akhir jadi jugak. Ni kali ke2 dah berjaya buat. Ranggup dia memang sampai malam.
Time ganti puasa ni, memang sedap buat berbuka. Petang memang tak larat dah so pagi tengah semangat macamni la elok nak masak.
Ok jom.
POPIA SIRA RANGGUP KRUP KRAP TAHAN LAMA
Kulit popia 15helai
1 ulas bawang besar holand
3 ulas bawang putih
5 sudu cili boh
Setengah cawan gula
2 sudu cuka
Sesuku cawan air
Carrot parut
Bahan untuk sira
Awas! sebab dia tinggi gula dan minyak so bagi skin jerawat tu jangan amalkan sokmo tau.
Sempena Syawal yang bakal menjelma, gaya dan raya berpisah tiada. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kurung dan baju melayu sememangnya menjadi pilihan sepanjang zaman. Rekaan, fabrik dan juga rona mainan penting dalam setiap busana.
Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN antara pasar raya yang tidak ketinggalan menampilkan koleksi rekaan baju raya yang menarik dan eksklusif.
Biarpun banyak rekaan moden baju melayu dan kurung di pasaran, namun MYDIN tetap menjadi pilihan. Justeru, MYDIN yakin dan percaya, setiap rekaan di bawah jenama Mikhail dan Mikayla tetap menjadi pilihan pelanggan di luar sana.
Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu dan kurung moden ini tampil elegan dan anggun namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional klasik. Tona warna pilihan yang mengikut trend mampu menyerlahkan gaya seisi keluarga.
Koleksi istimewa yang dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Setiap pasang busana baju melayu diterjemahkan dalam rekaan yang berkualiti, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki .
Sesuai tampil sedondon di hari raya bersama isteri dan anak-anak yang menggayakan koleksi Mikayla Jr untuk kanak-kanak perempuan manakala koleksi kanak-kanak lelaki dari Mikhail Jr.
Inginkan kelainan dalam gaya, Turquoise mungkin jadi pilihan buat seisi keluarga yang gemar bergaya. Kurung sentuhan moden pada skirt jadi pilihan ibu dan anak perempuan. Sedondon rona gelap pada samping ayah dan anak lelaki.
Pastel antara rona popular baik hari biasa mahupun ketika tibanya Syawal. Pasti segak menawan si ayah dan anak lelaki menggayakan baju melayu rona senada. Pilihan samping merah menyerlahkan gaya. Manakala si ibu dan anak perempuan memilih kurung dengan sentuhan lace pada busana melengkapi penampilan di hari lebaran.
Biru penuh kedamaian, tampak kemas selain menonjolkan kemewahan dalam bergaya. Potongan moden dengan sentuhan lace memberi sisi feminin buat ibu dan anak perempuan.
Lakaran warna-warni cetus imaginasi tersendiri tatkala samping Mikhail jadi pilihan. Buat si ayah dan anak lelaki yang gemar rona gelap, mungkinkah baju melayu ini bakal jadi pilihan? Si ibu pula diberi sentuhan mewah dengan perincian manik indah pada busana moden ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggunaan herba dalam masakan bertujuan untuk meningkatkan rasa, memberi lebih tekstur dan aroma pada masakan. Buat anda yang gemar menanam pelbagai jenis tanaman harba, tentunya ada banyak kelebihannya. Selain menjimatkan, tidak perlu lagi membeli ramuan herba bahkan memudahkan. Setiap kali hendak menggunakan herba-herba dalam masakan terus sahaja boleh dipetik dan pastinya segar.
Umpamanya, basil atau juga kita panggil daun selasih lebih bagus digunakan yang segar berbanding yang dikeringkan. Masakan yang ditambah daun basil memberi lebih kesegaran kepada masakan tersebut.
Gambar hiasan
Jika anda penggemar daun basil, bolehlah tanam sepokok di rumah. Caranya mudah dan ini dikongsikan oleh Yuyun R Bajuri, bolehlah dijadikan panduan untuk sesiapa yang mula berjinak-jinak menanam herba di rumah. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Menu yang selalu sis buat dengan daun selasih ni :
1. Ayam / daging pad kra pow
2. Topping pizza
3. Ulam
Cara Semai
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih atas dia. Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas. Ni dah kira ok la ni dah kelua ekor.
2. Abaikan tag. Over eksaited salah tulis bay. Letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Sis guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik.
3. Dah macam ni bole la jual. Ehh… Selamat mencuba!