Terlibat dalam kemalangan jalan raya tentunya menjadi mimpi ngeri bukan sahaja pada mangsa terbabit malah ahli keluarga turut merasai traumanya.
Bercerita mengenai kemalangan, baru-baru ini ada dilaporkan bahawa bekas pemain bass kumpulan rock Tragedy (kemudian dikenali sebagai XPDC), Garuda dan Meditasi iaitu Man Tobey, 57, telah terbabit kemalangan jalan raya pada 30 Mei lalu.
Keadaannya kini masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Berita lanjut yang dikongsikan myMetro, kejadian kemalangan tersebut berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu.
Ketika itu, Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang. Difahamkan kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit bergerak dari arah yang sama di jalan terbabit.
Luluh Hati
Anak keduanya, Nur Anis Sofea, 22, yang dihubungi berkata, ayahnya mengalami kemalangan terbabit semasa pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya di Rawang.
Ads
“Ayah akan ambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya akan sampai di kedai jam 9 pagi. Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi.
“Saya kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayah kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler. Saya bergegas ke lokasi dan mendapati ayah sudah dibawa ke hospital dengan ambulans dan hanya motosikalnya yang tinggal bersama barangan untuk jualan.
Ayah Terpaksa Ditidurkan
“Ayah mulanya ditempatkan di Zon Merah dan dalam keadaan sedar. Doktor kemudian buat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).
Ads
“Ketika itu ayah dah tak sedar. Pernafasannya menurun dan doktor beritahu tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakang ayah dah tutup saluran pernafasan sehingga terpaksa guna mesin bantuan.
“Ayah terpaksa ditidurkan selama tiga hari dan doktor buat pembedahan buang tiga batang tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasannya,” jelasnya.
Tak Mampu Bercakap
Menurutnya keluarga mereka sedih apabila diberitahu risiko Man Tobey akan lumpuh selamanya. “Semalam doktor hubungi ibu saya beritahu ayah masih belum stabil untuk bernafas dan kena menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan.
Ads
“Luluh hati saya apabila risikonya ayah tak mampu untuk bercakap selepas ini sedangkan dia adalah penghibur keluarga kami. Dia suka menyanyi untuk hiburkan kami serta bilal di surau kediaman kami. Apapun kami kena reda dengan ujian Allah.
“Keadaan ayah sekarang stabil dan dah sedar. Dia boleh dengar apa yang kita cakap tapi tak boleh membalas,” katanya yang meminta peminat agar mendoakan kesembuhan ayahnya.
Situasi Man Tobey kini dipantau oleh isterinya Zamidah Ishak, 61, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 24, dan Nur Anis Sofea, 22.
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati ibu mana yang tidak risau apabila bayi yang masih kecil meragam. Memang boleh buat panik!
Banyak cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi dalam membesarkan anak, Terutamanya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Bagi pelakon Mira Filzah menjaga cahayamata pertamanya, Wan Khair Amir merupakan pengalaman yang sungguh mencabar.
Isteri kepada Wan Emir Astar ini menerusi coretannnya di Instagram miliknya mengakui bahawa mudah panik apabila anaknya menangis.
Dia memberi tahu pertama kali keluar berdua bersama suami dengan anaknya membuatkan dirinya berdebar.
Ekoran kebimbangan itu, dia hanya berani keluar bersama bayi dan suami tiga jam sahaja! Katanya biarlah anaknya besar sedikit.
“First time bawa Amir keluar berdua sahaja dgn @wanemirastar. So Mira duduk belakang dgn Amir. Tak tahu kenapa nervous. Nervous dia lain macam, padahal bukan Amir first time duduk dalam car seat. Tapi first time berdua sahaja dgn Emir.”
“Mira cepat panic kalau Amir nangis. Selalu terdetik dlm hati, boleh ke handle Amir sendiri, boleh ke itu boleh ke ini. (First time mom kan, banyak sgt “what if” dalam kepala. )
“But Alhamdulillah, Amir baik sangat. Maybe he likes to be in the car. Tidur je sepanjang jalan. (Atau sebab dia tidur jam 5 pagi malam semalam, so pagi tu tidur je lah dalam kereta. ) Time nak balik dia berjaga, tapi diam je sambil pegang tangan Mira. (Haih, my heart )
“Okay lah keluar tiga jam sahaja.
Lama lama Mama tak berani lah. Nak keluar berdua dgn Amir laaaagiii lah tak berani. Haha. Tunggu Amir besar sikit okay. Oh happy 2 months old sayang Mama! Love you @wankhairamir!
“Selamat Hari Raya Aidiladha evvvvveryone- Mira Filza
“New Moms Overthinking”
Coretannya itu mendapat perhatian para peminatnya. Ada yang memberikan kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman pertama masing-masing.
Berbeza dengan kehamilan terdahulunya, penyanyi, Shila Amzah mengakui dia berdepan alahan yang sama dengan suaminya, Ubai di awal kehamilannya.
Tambah Shila lagi, dia begitu teruja kerana bukan hanya dia yang mengalami morning sickness bahkan suami juga turut merasai hal yang sama.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengidam makanan yang pelik-pelik sepanjang hamil.
“Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada mengidam yang pelik-pelik tetapi yang menariknya kami sama-sama berkongsi alahan morning sickness.
“Sebelum dapat tahu yang saya hamil Ubai sebenarnya boleh rasakan terlebih dulu sebelum saya lakukan ujian kehamilan.
“Dia beritahu yang saya mungkin sedang hamil tapi saya nafikan sebab banyak kerja yang harus diselesaikan.
“Lepas disahkan hamil Ubai pula yang kena morning sickness. Dia rasa mual-mual sampai berhenti kereta tepi jalan dan tak boleh drive,” katanya berkongsi.
Tambah Shila lagi, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan dan muntah-muntah yang teruk.
Paling membahagiakan kata Shila dia menerima layanan bak puteri dari suaminya sepanjang hamil.
“Boleh dikatakan mengandung kali ini saya dilayan bak puteri dari suami dan rakan-rakan terdekat.
“Saya lebih relaks dan suami pun selalu pesan saya tinggalkan apa jua perkara negatif atau hal yang buat saya stres.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Shila sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Berdepan dengan situasi emosi dalam kebimbangan dan bersedih apabila disahkan positif Covid-19, membuatkan ada yang berasa buntu tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Apatah lagi tiba-tiba dimaklumkan akan dijemput oleh ambulans dalam masa terdekat, tentu kalut hingga terlupa dan terlepas pandang tentang kelengkapan dan peralatan perlu di bawa sepanjang menjalani tempuh rawatan di hospital. Entah kan lama atau sekejap berada di sana. Kita pun tidak tahu.
Jadi untuk memudahkan anda mahu pun waris, bolehlah ikut seperti yang disenaraikan ini agar tidak ada barangan yang penting tertinggal. Ini memandangkan selepas di bawa ke hospital, pesakit tidak dapat meminta waris datang ke hospital untuk membawa itu dan ini dengan mudah.
Jadi untuk itu, ini senarai barangan yang perlu di bawa. Semoga ianya memberi manfaat buat anda.
1. MyKad. Kad bank tidak perlu.
2. Wang tunai jumlah yang sedikit.
3. Pergi pakai selipar.
4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.
5. Baju panas kain cotton.
6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.
7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya
8. Kain tuala.
9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.
Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas.
10. Telepon dengan charge.
11. Earphone.
Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10. dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di bakar dan tidak di pulangkan.
12. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.
13. Bimbang kelewatan masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang.
14. Bawa botol air, thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskut-biskut untuk kunyah-kunyah.
Photo by Dose Media on Unsplash
15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.
16. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (Sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.
17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.
(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk pula korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi.
18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.
19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)
Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.
(Improved modified by Jessica William)
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.