Rupanya nasi ayam ni ada macam-macam jenis. Kalau ibu-ibu dah bosan dengan menu yang selalu buat, apa kata cuba pula resipi Nasi Ayam Thai ni. Bahan yang digunakan cukup mudah dan cara masaknya pun simple je. Yang penting sedap.
Jom admin kongsikan resipi air tangan dari Khas Fena ini.
Kalau korang rasa nak masak benda yang menjimatkan masa, nasi ayam thai ni memang sesuai sangat. Sebab ayam tu campak sekali beras, masak, siap!
Kalau nak tahu cara masak, boleh tengok resepi kat setiap gambar okeh.
Resepi ni sesuai untuk dua orang makan. Selamat mencuba!
– 4ulas bawang putih ditumbuk halus
– 3 biji cili padi ditumbuk halus (takde dalam gambar) kalau taknak pedas satu biji je dah cukup
– 3 biji cili padi dipotong
– Daun ketumbar hiris halus
– 2 SB sos cili thai
– 1 Sudu teh kicap pekat
– 2 senduk air rebusan ayam
– 2 biji limau kasturi
– garam secubit
Bahan Sup:
– Air rebusan ayam
– 2 sudu teh serbuk lada hitam
– 1 sudu teh garam
Cara-caranya:
Ads
1. Masuk air dalam periuk, masukkan ayam, masuk garam sikit lebih kurang 1 sdt, lepastu masuk bahan A yang kita prepare (jangan masukkan beras lagi). Biarkan mendidih. Kejap je didihkan, tak payah tunggu ayam masak sebab nanti nak masukkan dalam rice cooker lagi kan.
2. Lepas ayam tadi dah mendidih, ambil 3 cawan air rebusan tu masukkan dalam rice cooker berisi beras tadi. Lepastu susun ayam kat atas macamni. Masak nasi macam biasa.
Simpan sikit air rebusan tu untuk buat sup nanti.
Cara buat sos:
Ads
1. Masuk 2 sdm sos cili thai. I pakai brand life.2. 1 sdt kicap manis. Memang sikit je tau. Kalau banyak kang tak cantik sos kita nampak gelap.
3. 2 senduk air rebusan ayam tadi.
4. Jus limau kasturi, 2 biji.
5. Garam sikit, dalam secubit. Gula tak perlu letak sebab sos thai tu memang dah manis.
6. Last tabur sesame seed. Ni nak cantik je. Tak letak pun takpe. Okay, siap!
Cara buat sup:
1. Lebihan air rebusan ayam tadi letak sikit serbuk lada hitam
2. Garam sikit. Biarkan mendidih kejap. Siap sudah.
Tabur daun sup sikit. Dah boleh makan dengan nasik.
Senang je kan? Jom cuba buat mommy hehe
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Jika sebelum ini kita sering terlihat kelibat peniaga yang menjual jeruk mangga di laluan simpang lampu isyarat. Namun sejak kebelakangan ini, beralih pula dengan menjual baby nanas.
Melihat senario itu terpanggil Sazly Tulis berkongsi info di akaun facebooknya dan perkongsian daripadanya menarik perhatian warganet tentang bahayabya jika terbeli baby nanas daripada jenama Dragon King yang mempunyai rasa manis yang sangat ketara.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya semoga bermanfaat.
Baby Nenas (Baby Pineapple)
Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda.
Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.
Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.
Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Rasanya sudah berbuih mulut menegur anak-anak malah banyak kali juga terpaksa menjerit bila kita terlihat mainan yang bersepah-sepah di lantai selepas mereka bermain. Namun seakan anak-anak ini tidak ambil pusing amarah kita dan akhirnya kita jugalah yang terpaksa ‘bekerja’ kutip dan susun kembali agar terlihat kemas. Kalau dibiarkan sakit mata pula kita melihatnya.
Tapi sampai bila kita harus buat perkara yang sama? Apa agaknya tip yang berkesan untuk pastikan masalah ini tidak berulang lagi.
Jom praktis apa yang Cikgu Safra ini lakukan untuk anak-anaknya dirumah. Ternyata usahanya itu berjaya! Jom semak.
Kemas ➡ Sepah ➡ Kemas ➡ Sepah. Mesti ramai ibu-ibu lalui pengalaman ‘Menarik’ macam ni kan… Pagi ni Ticer Safra nak kongsi:
7 CARA BUAT ANAK KEMAS SEMULA MAINAN SELEPAS MAIN
1) Pamerkan mainannya
Susun cara penyimpanan mainan dengan mempamerkan mainan-mainan tersebut. Anak pasti akan rasa teruja melihat susunan mainannya seperti di kedai mainan.
2) Label
Anda boleh memudahkan tugasan anak-anak menyimpan mainan dengan melabelkan mainan mereka dengan warna, nama atau nombor. Ini memudahkan mereka meletakkan mainan mereka di tempat yang disediakan.
3) Mudah capai
Pastikan tempat simpan mainan anak-anak disusun mengikut ketinggian anak. Ini memudahkan anak mengambil dan menyimpannya semula.
4) Kotak/bekas jernih
Anda juga boleh menyimpan mainan anak-anak di dalam kotak atau bekas yang jernih. Ini memudahkan anak melihat apa yang ada di dalam kotak mainan.
(Ticer Safra belasah je storage jernih ataupun tidak tepi setiap storage pastikan ada label .)
5) Ruang mesti ada
Apabila anda menambah mainan anak, pastikan mainan tersebut ada ruang penyimpanannya.
6) Simpan bersama-sama
Sebagai permulaan, anda boleh membantu anak menyimpan mainan mereka di tempatnya secara bersama-sama. Teknik ini membantu anak untuk faham arahan yang diberi.
(Ticer memang apply tips ni dan alhamdulillah it’s work . Bagus anda mulakan dari awal daripada hari-hari meroyan anak dah besar tapi masih tinggalkan tuala basah di katil selepas mandi)
7) Motivasi
Anak-anak memerlukan motivasi supaya sentiasa fokus terutama pada aktiviti atau peraturan baru yang diperkenalkan. Berikan mereka pujian apabila mereka mengemas permainan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Monalisa Harun Chong
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.