Jika sebelum ini kita sering terlihat kelibat peniaga yang menjual jeruk mangga di laluan simpang lampu isyarat. Namun sejak kebelakangan ini, beralih pula dengan menjual baby nanas.
Melihat senario itu terpanggil Sazly Tulis berkongsi info di akaun facebooknya dan perkongsian daripadanya menarik perhatian warganet tentang bahayabya jika terbeli baby nanas daripada jenama Dragon King yang mempunyai rasa manis yang sangat ketara.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya semoga bermanfaat.
Baby Nenas (Baby Pineapple)
Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda.
Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.
Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.
Ads
Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bukan mudah untuk seseorang wanita yang bergelar isteri kehilangan anak yang dikandungnya. Momen menjadi ibu paling dinanti-nantikan usai diri selamat diijabkabulkan bersama suami tersayang.
Tatkala mengetahui di dalam rahim terisi nyawa si kecil, gembira bukan kepalang. Namun yang terindah hanya sementara apabila belum sempat si kecil menjengah ke dunia, dia dipanggil pulang ke pangkuan ilahi.
Peritnya menerima hakikat namun sabar dan redha itulah yang perlu ada. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama puan Nooradila Azuddin berkongsi kisah kehilangan anak dalam kandungan. Bukan sekali bahkan lima kali dia diberi ujian yang cukup hebat itu. Bukan calang-calang orang yang mampu bertahan.
Biarpun diduga sedemikian, namun dalam penulisannya nampak redha dan cuba naikkan semula semangatnya. Semoga bermanfaat buat yang lain atas kisah inspirasi oleh puan Nooradila Azuddin ini.
1st baby- twin miscarriage ( no heartbeat at 9 weeks) 2nd baby- complete abortion at 6 weeks 3rd baby- complete abortion at 6 weeks
4th baby- ectopic pregnancy ( right salphingectomy done)
5th baby- subchorionic hematoma, no amniotic fluid, cord prolapse. We lost him at exactly 17 weeks.
Allah, Allah, Allah. Berat nak menulis. Bukan tujuan aku nak minta simpati sapa2. Tapi rasa ingin berkongsi supaya insan2 yg senasib dgn kami yg perjalanannya xmudah tahu, masih ada yg diuji dengan ujian yang serupa. Hari ni hari kedua kehilangan anak syurga kami yg ke 5. Hanya sempat aku kandungkan selama 4 bulan 1 minggu which is yg paling lama duduk dlm rahim aku. He is such a fighter. Our baby Muhammad. ❤️
Since the very beginning tau aku pregnant of course ada rasa happy. Tp rasa risau tu lebih lagi dari segala2nya. Mula dari tau pregnant mmg dah terus follow up. Scan placement sbb takut terjadi ectopic pregnancy lagi ( orang yg pernah mengandung luar rahim berisiko untuk terjadi lagi kandungan luar rahim). So lepas dr scan, dr ckp everything okay. Mmg sac nampak dalam rahim. Cantik ja. So sis ada sedikit lega. 🤲🏻😊
Start 6 weeks dah ada spotting ( tompok darah) setiap hari. So selepas berbincang dgn matron & sister, alhamdulillah. Diorg bagi aku gunakan cuti rehat. Sampailah minggu ke 8, start bleeding, banyak sgt. Terus ajak husband pergi hospital. Masa tu dalam hati dh redha, maybe baby ni akan gugur jugak. Tp lepas scan doktor cakap hearbeat ada n kuat, jalan pun x buka. Takda langsung tanda2 nak gugur kecuali darah turun dgn banyak. So threatened miscarriage. Doktor bg balik n rest kat rumah with MC.
Dah balik rumah pun still ada bleeding selepas beberapa hari. So kami decide nak try scan kat luar pulak. So kami pergi klinik putra n scan. Doktor ckp mmg ada blood clot( hematoma) dekat cervix. So tu yg menyebabkan aku sentiasa bleeding. Doktor nasihatkan jgn banyak berjalan n kena banyak rehat supaya bleeding x jadi semakin teruk. So hari2 mmg aku stay kt rumah, rehat dan rehat. So keja rumah semua berpindah ke tangan husband aku. 😅
10th weeks, active bleeding lagi. So aku ke hospital lagi dgn husband. Masa ni mmg dalam sehari 6 pad soaked. Tapi masa scan doktor cakap heartbeat ada dan baby nampak okay. Cuma kalau bleed x berhenti maybe baby akan turun jugak. So diorg bagi chance 50/50 kat aku. Aku pon redha dh masa tu. Admit seminggu, sampai bleeding dh kurang, aku mintak balik. Sambung rest n stress kat rumah. 😪
12th weeks, pergi klinik pakar sbb ada follow up. Masa scan muka doktor pun dah lain. Ada masalah baru pulak iaitu air ketuban takda. Allahu. Dalam hati, dugaan apa pula kali ni. 😔 Then doktor bgtau, bila air ketuban takda, susah untuk baby survive. Kemungkinan baby meninggal dalam perut, dan mcm2 lg boleh terjadi. Balik dari follow up mmg emosi aku terganggu. 😩😩 Tapi aku cuba kuatkan diri sbb xnak stresskan diri aku n baby. 😥
15th weeks- follow up pakar lagi. Scan keadaan ttp sama. Even baby still kuat heartbeatnya. Masa ni aku serah segalanya pada Allah. Dan dah redha. Kalau anak ni rezeki aku, dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Kalau dia x mampu, hati aku redha sbb aku percaya perancangan Allah lebih baik dari aku.
17th weeks- Ikutkan esok ada follow up pakar lagi. Tapi malam tu selepas Maghrib, bila aku pergi toilet, terasa ada something keluar. Bila tgk, Allahu, cord dh keluar sikit. Bgtau husband. Trus kami ke hospital. Dalam kereta aku sempat bgtau husband.
Baby kita kemungkinan besar xda. Supaya husband pun bersedia. Actually kami dh bersedia dari awal pregnant lg mcm2 kemungkinan yg akan jadi. So kami tetap tenang dan terima.
Sampai hospital, dr check bukaan, dah sedikit terbuka. Scan heartbeat pun dah xda. Muka doktor berubah bila tgk buku aku. Yala, kehilangan baby ni means kehilangan aku yg kelima. Doktor tanya aku, puan okay x? Baby mmg dah xda, kita tnggu baby keluar sendiri. Kalau x, kita masuk ubat. Masa ni aku pun dh dtg dgn redha. So aku tenang n jawab okay ja kat doktor. Walaupun dalam hati sedih bila terbyg muka husband, muka family, muka family in law yg mmg tunggu baby kami almost 8 tahun kan. Tapi aku pujuk hati aku redha. Allah ada perancangan lebih baik untuk aku. 😔
25/7/19- Start 3 pagi dah rasa sakit sikit2. Since aku mmg seorg yg selalu sakit senggugut, aku mmg boleh bertahan lagi. Sampai pukul 7 pagi masa round, aku bgtau staff nurse & doktor aku dah start sakit. So doktor kata xpa, nanti kalau x kluar juga kita akan masuk ubat. Aku doa banyak2 dalam hati mntak Allah permudahkan. Sakitnya contraction Allah saja yg tahu. Dalam 10.30 terasa satu contraction yg sgt kuat dan rasa ada something keluar, aku panggil staff nurse. Doktor pun dtg, bgtau aku baby dah keluar, doktor bagi aku tgk baby, Allahuakbar, anak aku cukup sifat lengkap semuanya. Baby boy. Sbb tu aku namakan dia Muhammad. 👶🏻 Aku dh x sanggup nak tengok lama2. Terus call husband dtg uruskan baby. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami. Husband bawa balik baby uruskan, mandikan sendiri dan selesaikan urusan kebumi. Alhamdulillah dipermudahkan, jenazah dikebumikan bersebelahan dgn arwah adik aku yg meninggal pada bulan ramadhan yg lepas. Semoga tenang insan2 kesygan aku di sana. 😭
Terlalu banyak dugaan yg aku rasa sejak mula mengandung sehingga selesai urusan pengkebumian semalam. Tapi aku sentiasa pujuk hati, ada orang yg dugaan lebih besar dari aku. Husband aku yg sentiasa di sisi selalu ckp benda ni kat aku. Allah uji kita sbb kita yg mampu hadapi. Mungkin kalau org lain alami, depa x mampu. So kita kena terima dugaan ni. Sungguh, apa yg husband aku cakap. Allah uji sbb mampu, Allah bantu aku, bg kekuatan, permudahkan segalanya buat kami. Aku redha dgn sebenar-benar redha. Aku percaya. We will get better in time.
Time will heal us. For the time being, aku rasa aku tak ready nak hadap semua ni sekali lagi. Bukan bermaksud aku menolak rezeki. Tapi aku yg alami hanya aku yg tahu. Actually, aku ramai sgt kawan yg dah kawen lama pun belum ada rezeki untuk ada anak sendiri, so hanya yg pernah mengalami akan faham. Aku doakan rezeki buat kawan2 aku supaya diberi rezeki mengandung, dan dipermudahkan urusan sekiranya mengandung. 🤲🏻🤲🏻 Aku kalau boleh xnak org lain rasa apa yg aku rasa. 5 kali kehilangan bukan benda yg mudah untuk dihadapi. 😪
Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sangat2 pada husband aku, you’re the best husband ever 😘, family aku yg struggle jaga aku, family in law yg menerima aku seadanya, kawan2 yg doakan aku baik2. Aku x mampu nak balas semua doa dan budi baik org pada aku. Aku doakan Allah balas yg baik2 buat semua dan jaga org2 yg aku syg.🤲🏻❤️
To my baby Muhammad ❤️ Terima kasih sbb hadir dalam hidup mami walaupun seketika. Mami dapat merasa juga mengandung dan melahirkan. Terima kasih sbb stay strong kat dalam untuk 17 minggu walaupun sejak 12 minggu air ketuban Muhammad dh xda. Mami tau Muhammad penat, mami tau Muhammad dah cuba yg terbaik, tapi Allah lebih sayangkan Muhammad. Lebih dari mami n dedi sygkan Muhammad. Bermain di taman syurga ya anak. Tunggu mami n dedi. We love you. 😘❤️
Dah panjang pulak luahan hati aku kan, simpan sini buat kenangan. Walaupon org kata 4 bulan lebih saja usia baby, it means a lot to us. Hanya org yg terdekat sahaja tau betapa strugglenya kami. Buat masa terdekat ni, rasanya kami berdua lah dulu. Makcik bawang tanya kita rilek jelah kan. Sbb diorg x tau apa yg kita alami. Tak semua org perjalanannya mudah. Tapi Allah sentiasa janjikan ganjaran buat orang2 yg sabar. InshaAllah. Semoga asbab dugaan ini terhapus dosa2 kami. Semoga kami terus kuat hadapi dugaan bersama. ❤️ Aminn. 🤲🏻😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesetengah orang beranggapan kerja suri rumah cukup mudah, tak hairanlah ada yang melabelkan wanita ini bertuah kerana hanya ‘goyang kaki’ di rumah. Sedangkan mereka tidak tahu seawal dinihari wanita ini sudah bersengkang mata menyediakan keperluan suami dan anak.
Kerja tidak terhenti walaupun anak ke sekolah, suami ke pejabat. Sebaliknya bersambung dengan urusan lain seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Lewat malam tatkala ahli keluarga lain sudah beradu, dia masih lagi berjaga, menyediakan keperluan suami dan anak untuk esok harinya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu.
Mungkin ada yang memiliki ijazah dan kelulusan tinggi, namun semuanya ditolak ketepi dek kerana keluarga menjadi keutamaan. Cemburu dihati adakalanya melihat rakan seangkatan bergembira di luar namun, syukur kasih sayang keluarga itulah kebahagiaan sebenar buat suri rumah.
Wahai suami, sesekali beri ruang buat permaisuri hati anda untuk bersendirian seketika. Dengan kata lain ‘berdunia’ dengan orang luar. Tidak luak masa yang ada jika mengizinkan isteri melakukan apa yang dia minati. Lihatlah betapa bahagia dan gembiranya hati isteri anda.
Perkongsian dari saudari Syahirah Omar cukup padu dan patut dijadikan panduan buat semua terutama suami di luar sana dalam menghargai pengorbanan isteri anda.
Aku terpanggil untuk menulis depressi di kalangan suri rumah. Sebab harini ramai tag aku rasa nak marah jiran, bila jiran kata mereka tak pandai jaga anak. Kata jiran, dok rumah “kangkang” saja. Ada yang mula dengar suara suruh bunuh anak, ada yang rasa nak kelar diri sendiri.
Allah Allah Allah?
Aku rasa aku perlu tulis ni untuk luahkan apa yang mereka rasa. Ya, aku faham benar apa kau rasa.
Aku minta maaf, aku tak dapat tulis bagi yang bekerja. Jadi kita focus pada yang suri rumah saja ya? Aku enjoy bekerja. Tetapi bekerja, kita memerlukan jadual kerja supaya hidup kita sangat teratur. Kita banyak betul bermain dengan masa. Tetapi yang tinggal di rumah, kami bermain dengan emosi, terlalu penat mental, fizikal.
Kenapa dengan emosi suri rumah?
#1 DILABEL SEBAGAI ” GOYANG KAKI”
” kerja apa?” Soal makcik senah jiran depan rumah.
“Oh, saya suri rumah Cik Senah,”
” Oh tak kerja, seronoklah duduk rumah tak penat sangat ,” Cik Senah mula cari gaduh.
Terus Timah berlari masuk rumah menangis sebab rasa sangat “loser”.
Bayangkan kalau 10 orang, 20 orang atau lebih dari tu cakap benda yang sama? Rasa seperti tak berfungsi dan tak memberi manfaat.
Suri rumah ni satu pekerjaan yang sangat mulia. Lubuk pahala tau? Kenapalah masyarakat tak faham benda ni? Sudahlah kerja non stop, tiada rehat untuk diri sendiri. Makan, solat, kelam kabut. Tambah tambah anak masih kecil umur rapat-rapat. Cuba bila dengar je orang kerja suri rumah respon terus begini
” Subhanallah, hebatnya! Banyak pahala yang Allah nak beri pada awak. Awak memang isteri dan ibu yang hebat! “
#2 PENAT MENTAL FIZIKAL
” Abang, harini anak kita jatuh bang. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” Timah mula mengadu.
” Awak ni merungut begini nanti Allah tarik nikmat anak baru tahu! Cubalah bersyukur!” Seman naik berang sambil scroll facebook.
Gais, isteri cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur. Cubalah kau peluk dia dan cakaplah,
” Biar sini abang jagakan Talib, awak pergilah mandi lama-lama, solat tenang-tenang ok? Abang tahu awak penat seharian uruskan anak-anak yang tengah melasak,” – Seman, suami dan ayah mithali.
Kadang kadang waktu rehat isteri tu biarlah dia main facebook, biarkan dia bersendiri sekejap. Ini sudahlah letih seharian, anak meragam tak berhenti, penat kehulu kehilir hantar ambil anak anak.Suami balik kena layan suami seperti raja pula.
Ada yang suami di luar negara. Whatsapp suami cerita tentang anak-anak kadang kadang bluetick saja. Atau balas ” Sabarlah,mama. Papa jauh ni,”
Gais, mereka maklum kau jauh. Cubalah kau tanya dia harinya bagaimana. Sihat atau tidak? Sempat atau tidak makan dari tadi?
Atau yang lebih dasyat , merekalah isteri, merekalah suami. Suami pula banyak lepas tangan urusan keluarga, perbelanjaan isi rumah. Balik, minta duit nak beli rokok lagi ada lah. Allah Allah Allah ?
Sabarlah wahai isteri, segala penat lelah tu jika kita Redha, terlalu banyak ganjaran buat kita. Mohon pada Allah supaya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan. Manusia ni, sentiasa buat kita kecewa.
Tapi Allah tak pernah pun menyakitkan kita. Allah sentiasa ada untuk kita.
Percayalah!
#3 TIADA SUMBER PENDAPATAN
Media sosial ni penuh sebenarnya gambar Peah bercuti bersama rakan rakan, company trip pergi bandung lah, honeymoon di Swiss lah. Maka Timah pun mula berdukacita.
Timah kalau dapat pergi kedai ECO pun rasa dah nak histeria punya happy tau?
Ada yang sempat bekerja dari rumah. ada yang memang tak mampu pun nak buat bisnes dari rumah. Situasi kita semua tak sama. Ada yang anak terlalu aktif, kau baru nak reply order orang di instagram, anak dah main tepung kat dapur.
Jadi, apa yang suami beri, itu sajalah yang dia ada. Ada duit sikit, waktu ke kedai ECO, banyak yang dibeli untuk anak. Diri sendiri? 1 saja.Magic sponge. Syahirah kata bagus sangat magic sponge Timah pun belilah. Cuba nak sental dinding penuh anak conteng guna pensil warna.
Hidup dia, dunia dia, hanyalah suami, dan anak anak.
Rasa rendah diri tu memang ada. Biarpun belajar pandai, Diploma, Degree simpan saja sebagai kenangan. Kawan-kawan semua gaji 5 angka.
Sayang,
Dengar sini. Hidup ini ada yang lebih, ada yang kurang. Tak semua yang dipamerkan di media sosial tu semuanya indah belaka. Yang bekerja juga ada yang mereka struggle juga. Masalah pengasuh, masalah orang gaji curi barang, majikan zalim, rakan sekerja menyakitkan hati , masalah suami tak beri nafkah, masalah terlalu banyak komitmen. Ada yang memang suka bekerja dan tak suka tinggal di rumah. Ada yang terpaksa bantu suami kerana pendapatan suami saja tak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Kita sangka baik ya? Allah beri kita masa bersama anak-anak. Biarlah kita tiada pendapatan, tetapi masih ada kesempatan untuk lihat mereka membesar di tangan kita.
Sesekali kau penat, berehatlah. Cakaplah pada suami energi kau ibarat arnab yang kehabisan bateri sewaktu berlumba lari. Beri masa untuk kau “recharge” semula diri.
#4 DIBEZAKAN MERTUA
Ini jarang berlaku tetapi antara faktor yang menyebabkan suri rumah depressi. Bila bekerja, kita ada duit poket sendiri untuk gembirakan keluarga. Bagi yang tidak bekerja ni, apa yang suami mampu sajalah.
Ada di dalam masyarakat kita terpaksa bersaing secara tidak sihat untuk menangi hati mertua dengan kebendaan.
Astaghfirullahal’azim.
Sayang, jika kau tiada duit ringgit, kau masih mempunyai hati yang baik dan tangan untuk mengembirakan mak ayah. Kau boleh bantu mak di dapur, kau boleh picit kaki mak, kau boleh berbual dengan mak. Sesekali kau masakkan makanan kegemaran mak.
Hidup ni, bukan semuanya boleh dibeli dengan duit ringgit kan? Mak tahu kebaikkan setiap menantu mak. Melainkan memang mak tak nampak lansung effort kau. Tu kes lain lah.
Jangan rasa rendah diri. Kita kena bangga dengan tugas kita. Tak ada kita anak mak cari spender pun tak jumpa kat longgok mana tau.
#5 MAHUKAN PENGHARGAAN.
” Terima kasih sayang, sebab jagakan anak-anak harini, abang sayang sangat sayang, banyak sangat pengorbanan sayang,”
” Sayang, harini pergilah mana awak nak pergi. Abang bagi awak cuti. Abang dengar ada kuliah Dhuha kat masjid depan tu, sayang pergilah topup apa yang patut,”
Tekanan isteri di rumah ni, kadang-kadang anak menangis pun dah tak mampu lagi nak dihadam. Pengisian rohani pun tak ada bila terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Aku pasti dalam hati suri rumah semua mahu pergi ke masjid, belajar agama. Di youtube tu memang ada tapi teringin kan nak ke majlis ilmu?
Bawalah isteri dan anak-anak ke Masjid setiap hujung minggu. Suami jagalah anak-anak sekejap. Biar isteri rasa bertenang solat di Masjid. Itu yang dia selalu tak dapat waktu di rumah. Jangan pula bila cuti saja kita pilih melepak di rumah main game. Isteri tu bila yang dia rehat? Dia bukan ada cuti tau? Paling awal bangun tidur, paling lewat masuk tidur. Kalau yang menyusu tu, Allahuakbar, sakit habis badan-badan.
Isteri ni bila letih, penat sangat, makan tak setel, tak dihargai, mula dia naik hantu. Rasanya semua manusia pun begitu kan?
Cuba tengok penampilan dia. Duduk rumah pun mana yang sempat saja. Dia selekeh kerana semuanya dia terpaksa uruskan. Dia terlalu sayangkan keluarga sampaikan abaikan diri sendiri.
#6 SEMUA PERASAAN TERBUKU DIHATI.
Kalau yang bekerja, kita ada masa untuk bersosial.Aku sangat enjoy waktu bekerja. Kau tahu, ada masa untuk makan, untuk solat. Yang best aku suka sangat sebab aku ada kawan nyata. Boleh bersembang, begurau.
Tetapi yang duduk rumah ni, mereka friendlist kat facebook je 5000, tapi sangat lonely.
Tak ada tempat berbual. Buka je mata anak, tutup je mata, anak. Suami balik kerja dan penat. Tak sempat nak dengar pun apa yang terbuku di hati.
Bang, kau genggam la tangan isteri, kau tanyalah dia
” Sayang, hari awak macamana harini? Awak ok? Cuba luah apa yang awak rasa pada abang,”
“Pung pang bla bla bla timah bla bla bla best tau sayang..bla bla bla! Hahahahha…ada ke patut?” Timah mula bercerita.
Gais, kalau tak faham, kau tatap saja muka dia cubalah kau respon sama. dia gelak kau pun gelak. Letaklah telifon di sebelah. kau tatap saja wajah dia.
Wajah tu lah yang mudahkan urusan kau setiap hari. yang uruskan makan pakai kau, uruskan rumahtangga, uruskan anak anak.
Tak ada dia, kau pergi office pakai kain pelekat agaknya.
Allah Allah Allah.
Dalam hidup ni, ramai yang dibesarkan tanpa ada rasa empati terhadap orang lain kan? Tapi tu boleh diperbaiki. Kita cuma perlu belajar menghargai dan menyayangi selagi ada. Buatlah seperti yang Allah minta.
Suami, isteri, datang dari “planet” yang berbeza. Dibesarkan juga dengan cara yang berbeza. Tetapi Allah tahu yang terbaik buat hambaNya. Semua yang diatur pasti ada hikmahnya. Belajarlah memahami, melengkapi untuk rasa bahagia.
Banyak lagi sebenarnya. Nantilah aku sambung lagi ok?❤ Apa yang Suri rumah perlu buat untuk bangkit semula. Kau tunggu ok? Sementara aku nak karang tu, Kau banyak baca ” La hawlawala quwata illa billah,” Tak ada daya dan kekuatan melainkan Allah saja. Please take care ok?
Salam sayang,
Syahirah Omar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang enaknya rasa laksa Johor, tentu sudah ada yang membayangkan betapa sedapnya rasa kuah yang pekat berlemak serta mempunyai rasa sedikit berempah.
Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia untuk mendapatkan rasa original laksa Johor yang digemari ramai. Perkongsian daripada wanita ini yang sudi berkongsi resipi ibunya dan menunjukkan step penyediaan kuah laksa secara detail, bolehlah dipelajari bersama. Jom semak.
.
“Saya Share Resepi turun temurun Laksa Johor dari mak. Seingat saya mak dah buat laksa ni sejak saya sek rendah lagi. Mak belajar pun dari yang memang pakar membuat Laksa Johor. Resepi laksa Johor mak ni sangat simple sebenarya. Tapi percayalah sangat lazat. Tapi kena betul-betul ikut step .️Bahan seperti gula dan garam tu yang penting bagi memberi rasa kelazatan laksa Johor”- Jamiah Tulisman
Bahan-bahan:
.
Ikan kembung 3 kilo (Rebus hingga masak dan biar sejuk baru asing tulang, kepala ikan dan isi) Kemudian blend isi dengan air rebusan ikan tadi
Blend pula kepala ikan dengan air rebusan ikan dan tapis
Ketepikan semua
Bahan-bahan blend:
.
8-10 biji bawang besar
15 biji bawang putih
2 inci halia
2 cawan atau 1 cawan udang kering
(Tak perlu banyak udang kering sebab mak bagi tahu kalau banyak letak udang kering rasa laksa jadi tak sedap ). Tak perlu guna udang basah atau blend kepala udang dan sebagainya sebab rasa laksa akan jadi lain. Blend semua bahan di atas dan ketepikan
3-5 batang serai -diketuk
3 senduk besar cili mesin
2 senduk besar kari (Guna kari daging babas)*2 paket kecik *ingat kari jangan lebih sebab nanti lebih rasa kari pula)
200gm tulang ikan kurau
2 1/2 biji kelapa parut (perah dua kali)*lebih senang blend kelapa sebab mudah nak perah
1 senduk besar kerisik
5 keping asam keping
3 cawan minyak
Gula garam secukup rasa
(Saya letak dalam 2 senduk nasi)
Kena rasa garam dan gula ye
Bahan-bahan sampingan:
Spagethi – direbus hingga masak dan toskan
Bunga kantan -hiris halus
Daun kesum – hiris halus
Daun selasih-hiris halus
Bawang besar – hiris halus
Taugeh – Tak perlu celur (Buang akar dan basuh)
Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong ️utk laksa Johor)️Kalau ️Nak potong sukahati pun boleh
Sambal belacan :
Cili padi
Lada merah
*potong-potong sikit dan goreng kejap bagi layu dan masukkan dalam blender bersama sikit air masak dengan sedikit belacan yang telah dibakar dulu
Cara penyediaan :
.
5. Masukan bahan isi ikan yang sudahdiblend tadi 6. Masukan pula santan dan tulang ikan kurau masin 7. Masukan 1 senduk kerisik dan 5 keping asam keping
.
8. Masak sehingga pekat dam mendidih. Masa ni masuk gula dan garamyang inipaling penting kena rasa ye..(Saya masuk dalam 2 senduk nasi gula pasir )boleh adjust rasa manis dan masin. Masukan sikit perasa juga.