Untitled design (25)

Bercerita tentang enaknya rasa laksa Johor, tentu sudah ada yang membayangkan betapa sedapnya rasa kuah yang pekat berlemak serta mempunyai rasa sedikit berempah.

Pun begitu, tidak semua antara kita tahu rahsia untuk mendapatkan rasa original laksa Johor yang digemari ramai. Perkongsian daripada wanita ini yang sudi berkongsi resipi ibunya dan menunjukkan step penyediaan kuah laksa secara detail, bolehlah dipelajari bersama. Jom semak.

Laksa Ori Resipi Turun Temurun Dari Mak. Wanita Ni Kongsikan Untuk Ramai Dapat Cuba!
.

“Saya Share Resepi turun temurun Laksa Johor dari mak. Seingat saya mak dah buat laksa ni sejak saya sek rendah lagi. Mak belajar pun dari yang memang pakar membuat Laksa Johor. Resepi laksa Johor mak ni sangat simple sebenarya. Tapi percayalah sangat lazat. Tapi kena betul-betul ikut step .️Bahan seperti gula dan garam tu yang penting bagi memberi rasa kelazatan laksa Johor”- Jamiah Tulisman

IKLAN

Bahan-bahan:
Laksa Ori Resipi Turun Temurun Dari Mak. Wanita Ni Kongsikan Untuk Ramai Dapat Cuba!
.

Ikan kembung 3 kilo (Rebus hingga masak dan biar sejuk baru asing tulang, kepala ikan dan isi) Kemudian blend isi dengan air rebusan ikan tadi
Blend pula kepala ikan dengan air rebusan ikan dan tapis
Ketepikan semua

Bahan-bahan blend:
Laksa Ori Resipi Turun Temurun Dari Mak. Wanita Ni Kongsikan Untuk Ramai Dapat Cuba!
.

8-10 biji bawang besar
15 biji bawang putih
2 inci halia
2 cawan atau 1 cawan udang kering
(Tak perlu banyak udang kering sebab mak bagi tahu kalau banyak letak udang kering rasa laksa jadi tak sedap ). Tak perlu guna udang basah atau blend kepala udang dan sebagainya sebab rasa laksa akan jadi lain. Blend semua bahan di atas dan ketepikan
3-5 batang serai -diketuk
3 senduk besar cili mesin
2 senduk besar kari (Guna kari daging babas)*2 paket kecik *ingat kari jangan lebih sebab nanti lebih rasa kari pula)
200gm tulang ikan kurau
2 1/2 biji kelapa parut (perah dua kali)*lebih senang blend kelapa sebab mudah nak perah
1 senduk besar kerisik
5 keping asam keping
3 cawan minyak
Gula garam secukup rasa
(Saya letak dalam 2 senduk nasi)
Kena rasa garam dan gula ye

IKLAN

Bahan-bahan sampingan:
Spagethi – direbus hingga masak dan toskan
Bunga kantan -hiris halus
Daun kesum – hiris halus
Daun selasih-hiris halus
Bawang besar – hiris halus
Taugeh – Tak perlu celur (Buang akar dan basuh)
Timun- potong bulat dan hiris halus (ada cara potong ️utk laksa Johor)️Kalau ️Nak potong sukahati pun boleh
Sambal belacan :
Cili padi
Lada merah
*potong-potong sikit dan goreng kejap bagi layu dan masukkan dalam blender bersama sikit air masak dengan sedikit belacan yang telah dibakar dulu

Cara penyediaan :

IKLAN
  1. Mula-mula panaskan minyak dalam 3 senduk dan tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Kemudian masukkan serai.
  3. Kacau rata dan masukan 3 senduk cili mesin. Biar garing kejap
  4. Dah garing masuk serbuk kari 2 senduk. Kacau hingga terbit minyak

Laksa Ori Resipi Turun Temurun Dari Mak. Wanita Ni Kongsikan Untuk Ramai Dapat Cuba!
.

5. Masukan bahan isi ikan yang sudah diblend tadi
6. Masukan pula santan dan tulang ikan kurau masin
7. Masukan 1 senduk kerisik dan 5 keping asam keping
Laksa Ori Resipi Turun Temurun Dari Mak. Wanita Ni Kongsikan Untuk Ramai Dapat Cuba!
.

8. Masak sehingga pekat dam mendidih. Masa ni masuk gula dan garam yang ini paling penting kena rasa ye..(Saya masuk dalam 2 senduk nasi gula pasir ) boleh adjust rasa manis dan masin. Masukan sikit perasa juga.

sumber : Jamiah Tulisman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI