Sekiranya ada di antara kita memelihara kucing di rumah, pastinya telah maklum jenis-jenis makanan kucing yang sesuai untuk diberikan kepada si bulus ini. Selain ada banyak jenis dan jenama dijual dipasaran, ini secara tidak langusng memudahkan pencinta kucing memberikan hanya yang terbaik untuk binatang peliharaannya.

Pun begitu, tidak dinafikan kos untuk membeli makanan kucing agak mahal juga jika dihitung satu persatu. Namun sebenarnya, anda juga masih boleh berjimat dengan syarat sediakan sendiri makanan tersebut.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Izwani yang banyak memelihara kucing. Terbukti kosnya jauh lebih murah dan dalam masa yang sama makanan yang disediakan juga amat berkhasiat dan menyihatkan.

Ketahui bagaimana cara membuatnya dan selamat mencuba.


 

Kos Murah & Paling Senang Buat Makanan Kucing.  Lega Bila Dah Tahu!

Bahan-bahan:

Ikan

Bayam

IKLAN

Lobak Merah

Agar-agar

Cara Penyediaan :

  1. Bersihkan ikan dan buang isi perutnya.
  2. Rebus dengan air yang sedikit.

 

Kos Murah & Paling Senang Buat Makanan Kucing.  Lega Bila Dah Tahu!3. Kisar ikan hingga hancur tulang bersama dengan lobak merah dan sayur bayam. Lebih baik dibuang tulang terlebih dahulu untuk lebih selamat.

 

IKLAN

Kos Murah & Paling Senang Buat Makanan Kucing.  Lega Bila Dah Tahu!

4. Masukkan ke dalam periuk isi ikan yang telah dikisar tadi bersama dengan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur.

 

Kos Murah & Paling Senang Buat Makanan Kucing.  Lega Bila Dah Tahu!

5. Kemudian masukkan dalam bekas dan bekukan di dalam peti sejuk.

 

IKLAN

Kos Murah & Paling Senang Buat Makanan Kucing.  Lega Bila Dah Tahu!

6. Sedia untuk diberi pada si comel.

 

Ekstra Tip Dari Izwani: 

  1. Saya buat tak sampai 2 kilo pun dan agar-agar guna sebungkus.  Tapi air jangan banyak nanti lembik.

2. Ikan apa-apa pun boleh, beli dekat pasar..cakap ikan kucing..depa bagi ikan yang tak elok murah ja..Sekilo RM3 beli hari tu.. Banyak ni RM 5.30.

sumber : Izwani Ishak

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI