Terapi urutan dikatakan mampu memberi kelegaan tubuh badan yang lesu, menghilangkan lenguh-lenguh dan orang kita juga percaya dengan urutan boleh melancarkan peredaran darah mahu pun memulihkan sendi yang terselih atau sebagainya.
Pun begitu, bila menyentuh manfaat urutan untuk membantu melegakan selesema mungkin ini sesuatu yang menarik untuk difahami. Dapatlah kiranya, kita usahakan untuk melegakan anak-anak yang selesema selain dengan memberi ubat, elok juga kita urut dengan teknik yang dikongsikan ini.
Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.
Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut). Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.
Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil
Tip Mengurut
Kalau boleh, mak² cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
Sebelum urut, sebaik²nya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Ads
Perlu urut kedua-dua belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru-paru kanan & kiri)
Buat urutan dengan kerap sekurang²nya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaik-baiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Point Untuk Redakan Selesema
Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point² pada muka.
Point di Tapak Tangan
Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.
point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat
Picit refleks point “sinus” pada setiap jari
Ads
Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema
Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah
Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.
Point Untuk Hentikan Hingus Meleleh
Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba² terbersin & hingus mula meleleh². Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka😅 Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3x urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je
Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema
Ads
Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)
Point Untuk Redakan Hidung Tersumbat
Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri nak² asyik busy jer. Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear.. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama². Heheh😆)
Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama). Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.
Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).
Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)
Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)
Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)
Extra : Urutan Limfatik Pada Bahagian Muka
Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga² sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan gak buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka
⚠ Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Peningkatan angka kes Covid-19 di negara ketika ini kian dilihat ada pasang surutnya. Hal ini turut merunsingkan hati, bimbang andai ada ahli keluarga kita pula menjadi mangsa. Kalau boleh, biarlah ada vaksin ditemui segera.
Gambar hiasan
Menyentuh tentang perihal vaksin dan sebagai memetik laporan daripada Astro Awani berkenaan indikatif harga vaksin Covid-19, dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.
Berkaitan vaksin ini juga, menurut
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, negara turut ditawarkan beberapa jenis vaksin ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.
“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.
Gambar hiasan
“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik daripada laporan Astro Awani.
Tambahnya lagi, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.
Bagaimanapun jelas Khairy, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.
Kerajaan tambahnya, mempunyai strategi dalam mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk rundingan bersama syarikat farmaseutikal mengenai pembangunan vaksin.
Malah Malaysia sedang dalam perbincangan bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI).
Stres atau tekanan berlaku bila mana seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental. Semua ini berkaitan dengan cara hidup kita. Untuk elak penyakit berbahaya bukan pemakanan sahaja yang kena jaga tapi juga tahap stres.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat menerusi laman facebooknya. 11 Tip diberikan oleh doktor sakit puan ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya sepanjang bertugas sebagai doktor dan merawat pelbagai jenis penyakit.
APAKAH RAHSIA TUN M , umor 94 tahun masih sihat, aktif dan cerdas mental? Beliau amat bijak kawal Stress. Cuba ikuti beberapa panduan dibawah agar kita pun boleh ikuti jejak Tun M.
Awet sihat, kawal stres Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ). Stress juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur.
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress:
1. TAWAKAL Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.
2. REDHA Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.
3. SABAR Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Munkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.
4. TAHAN MARAH Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu2 lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain2, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah. Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja. Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.
5.MEMAAFKAN Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit2.
6. TIDAK DENDAM Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.
7. MAKAN UBAT PENAWAR Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang. Panadol bertindak membuka saluran2 darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ2 lain akibat stress. Ramai takut nak makan panadol atau lain2 pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.
8. EXERCISE. Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur2, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.
9. BERZIKIR, BERSELAWAT Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.
10. DEEP BREATHING Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan2. Ulang2 untuk 5 minit. Saya lakukan bila2 masa dan dimana2 tempat bila rasa stress dan tidak selesai.
11. SIMPLE LIFE TANPA BERLUMBA-LUMBA Amalkan cara gaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain2. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.
Cuba amalkan panduan2 tersebut. insha’Allah,kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di