Sotong Goreng Tepung antara menu feveret yang menjadi kegemaran anak-anak. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Ads
Tetapi, setiap kali nak menggoreng, pasti ibu-ibu menghadapi masalah minyak akan meletup dan sadur tepung akan lerai dari sotong.
Jom cuba cara yang dikongsikan oleh puan Murni Rahmat. Selamat mencuba! Update: taknak sotong meletup semasa digoreng.. taknak tepung tertanggal..
pertama, guna sotong SEGAR, tak payah syarat tak perlu rahsia.. golek2 sotong dlm tepung n goreng.. inshaa Allah tak meletup..
Kedua, kalau tak dapat sotong fresh.. siang dan basuh sotong macam biasa.. potong dan tos air sampai kering.. nak lap guna tisu pun boleh.. yg penting sotong tu kering..
Ketiga, minyak kena banyak dan api mesti besar.. percaya tak saya goreng sotong ni X sampai 2minit pun dia berenang dlm minyak panas tu.. sedap dan rangup kejadiannya Keempat,lepas keringkan sotong, golek2 sotong dlm tepung kering sampai rata..lepastu celup dlm tepung basah dan terus goreng.. nak celup dlm tepung basah dulu baru golek dlm tepung kering pun boleh.. mana-mana pun boleh..takyah pening2 sgt.. Kelima, takpayah buat sotong goreng tepung.. buat je singgang or Kari.. sebab jarang dengar masak singgang meletup
Eleh gurau sikit pun nak buat muka
Sekian,itu sahaja yg dpt saya simpulkan pada hari ini..
Dulu akak selalu goreng sotong celup tepung guna bancuhan tepung buat sendiri..
Banyak kerja sikit sbb kena campur2 jenis tepung..kena guna telur lagi Sekarang ni akak selalu main tipu..
Guna tepung bestari je dah cukup..garam pun tak letak
Rasa dia..sedappp ya amat macam kita berusaha dan bersungguh-sungguh buat kerja kat dapur.
Bila tubuh badan sihat barulah selesa dan mudah untuk kita mengerjakan ibadah. Apatah lagi di bulan Ramadan yang merupakan bulan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan.
Pasti kita dan ahli keluarga tidak mahu terlepas anugerah istimewa ini daripada Allah untuk dapat melakukan lebih banyak ketaatan.
Oleh itu, memastikan tubuh badan kekal sihat adalah penting. Jadi ada baiknya kita dengar perkongsian daripada doktor ini.
5 PERKARA PENTING KENA JAGA SUPAYA SIHAT DI BULAN RAMADAN INI
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ni. Sokmo setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawikh jamaah sebab sakit.
Waktu awal puasa ni terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak adapt lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
1) PEMAKANAN
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah.
Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya.
Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita. Memang sedap moreh dengan mekdi..tapi cedera usus dan sel hati nak proses tu hehe.
2) STRES DAN SENAMAN
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres.
Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa ni.
Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
3) AKTIVITI DAN PERGERAKAN
Tak molek kita tidur lepas dah bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita.
Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
4) TIDUR
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu.
Cukuplah tarawikh sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
5) HUBUNGAN SESAMA INSAN
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan.
Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa.
Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas..kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat..
Semoga kita mendapat keredhaanNya di bulan Ramadhan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna . Selamat berpuasa dan beribadah dari saya Hafiz Sulaiman,Pejuang Kesihatan.
Tiada siapa yang mahukan pasangan yang kita kahwini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Kalau boleh biarlah sentiasa hidup sejahtera, bahagia dan gembira. Pun begitu bukan semua yang kita harapkan kekal untuk selamanya, apatah lagi hidup ini penuh dengan ujian.
Apa yang pasti menjaga orang sakit tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu memberi ubat sudah memadai. Hakikatnya banyak yang perlu dilakukan, bahkan ‘jaga’ itu juga memerlukan pengorbanan yang dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab.
Jika yang sakit itu ibu ayah, mungkin ada adik beradik lain juga dapat sama-sama membantu menjaga orang tua yang uzur. Namun bila isteri atau suami yang sakit, pastinya tanggungjawab tersebut digalas di bahu pasangan sepenuhnya.
Itulah juga yang dilakukan oleh seorang suami ini, terus sabar menjaga isteri dengan sebaik mungkin apabila disahkan menghidap kanser payudara pada pertengahan tahun 2019 lagi.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan Ibrahim, 54, sudah tidak kekok untuk menguruskan isterinya, Kamariah Yusoff, 57, yang semakin lemah.
Tanpa rasa jijik mencuci luka di seluruh dada dan perut isteri yang menderita kanser payudara, rutin harian itu dilakukan Ibrahim Mamat tanpa mengeluh.
Menurutnya, isterinya menghidap kanser payudara pada pertengahan 2019 lalu, namun mereka berikhtiar melalui rawatan alternatif kerana Kamariah bimbang payudaranya akan dibuang.
“Pada mulanya hanya satu ketulan kecil tumbuh di payu dara kiri dan disangka ketulan biasa menyebabkan kami mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif.
“Lama-kelamaan, ia semakin teruk dan pecah kerana ada lelehan nanah keluar sebelum isteri mengadu rasa sakit menyebabkan saya membawanya ke hospital.
“Isteri kemudian disahkan menghidap kanser payudara tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, semalam.
Tukang rumah itu berkata, isterinya juga kehilangan berat badan yang banyak iaitu daripada berat asal 65 kilogram (kg) kepada 30 kg disebabkan penyakit berkenaan.
Jaga Sebaiknya
Menurutnya, perasaan hiba kerap bertandang setiap kali mencuci luka di bahagian hadapan tubuh isterinya dari leher sehingga perut kerana tidak tahan mendengar rintihan kesakitan.
“Isteri sering tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terlalu sakit sehingga terpaksa mengambil ubat tidur selain ubat tahan sakit.
“Saya juga kerap mengelap tubuhnya terutama di bahagian luka untuk memberi keselesaan kerana sering mengadu rasa panas malah adakalanya diminta dilap dengan ketulan ais,” katanya yang menetap di rumah sewa dengan bayaran RM350 sebulan.Ibrahim juga menyifatkan isterinya sangat kuat semangat kerana masih menggagahkan diri bangun untuk ke tandas dan menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk.
“Saya tidak menerima kerja di lokasi yang jauh kerana isteri tidak boleh ditinggalkan lama dan jika keluar bekerja sekalipun, saya hanya memperuntukkan masa beberapa jam sahaja.
“Dengan pendapatan tidak menentu, kami berjimat menggunakan elaun bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh membantu Ibrahim dengan menghubungi talian 017-3031254.
Mengimbas kenangan sewaktu kecil, Hanis Zalikha bercerita bagaimana waktu kecil keluarganya cukup rajin mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar.
Dalam masa yang sama, beliau turut berpesan kepada para suami supaya mengambil gambar isteri yang sudah bersiap rapi.
Kadang-kadang kita terlupa atau tak kuasa nak bergambar. Taknak nampak beria kan. Tapi sayang sangat sangat kalau tak abadikan sesuatu memori yang takkan dapat balik. Dulu parents kita pun rajin tangkap gambar kita membesar, hujung minggu pergi cuci kodak saiz 4r dekat kedai camera, hasilnya dapat simpan sampai sekarang!
Kita pun dapatlah gambaran suasana kita dibesarkan dan kenangan yang parents kita ciptakan. Tapi zaman kita ni ada cameraphone dah senang sangat, kalau tak berusaha tangkap gambar juga taktaulah ?
Dan para suami, time isteri dah bersiap rapi tu tolonglah snap snap. Memang jarang sangat kami mak2 ni tak serabai, so please ??