Kalau sebut sahaja Ar-Rahnu, pasti ramai wanita akan terbayangkan emas yang disimpan di situ. Bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan dan terdesak mahu mendapatkan wang, di sinilah tempat mereka untuk ‘meletakkan’ barang kemas’ atau nama lainnya memajakkan buat seketika sebelum menebus kembali.
Menerusi perkongsian Puan Faraszuiana Yazid mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu yang mahu menyimpan barang kemas di Ar-Rahnu. Bukan je selamat, bahkan ibu-ibu juga boleh mendapat barang kemas yang lebih berat dari yang sedia ada.
Ads
Ads
Tips simpanan BK di Ar-Rahnu😎 – pastikan berat BK baru yang hendak dibeli – pajakkan BK lama dengan nilai yang lebih berat (ada susut nilai) – pilih BK kecil dengan gram yang ringan seperti cincin, loket, subang. Nilai semua mesti melebihi berat BK yang hendak dibeli (lebihkan dalam 3gram) – dalam satu surat boleh letakkan maksimum 10 item – bulan pertama tebus item yang paling ringan, bulan kedua item kedua ringan, tebus setiap bulan sehinggalah abis item.
Ads
– kalau item terakhir tidak dapat tebus dalam masa sebulan. Tukarkan dengan item yang ditebus pada bulan awal2. Pastikan gram juga lebih berat untuk cover upah simpan. Tebus balik dengan item yang paling ringan. Ulang2 sehingga abis tebus ya. – kelebihannya, akan dapat perbaharui surat setiap kali ambil item, tempoh juga akan menjadi 6 bulan ke hadapan.
Gambar sekadar hiasan
– upah simpan juga akan berkurangan kerana mengikut berat BK yang masih dipajak. – nilai emas selepas ditebus akan ikut harga semasa. Selamat mencuba. Tips ini berguna untuk orang2 yang ada BK kecil2 dan yang teringin untuk memiliki BK yang lebih berat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Mungkin, silap orang senang untuk kita nampak, tapi silap kita, hanya Dia sahaja yang tahu.
Pernah beberapa kali nama tercemar dek kerana kenangan lampau, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi caranya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik di mata Allah SWT.
Menurutnya, dia mengakui telah melakukan pelbagai kesilapan pada masa silamnya dan berusaha untuk memperbaiki diri.
Disoal pendapatnya mengenai dosa yang pernah dilakukan menjadikan manusia lebih merendah diri, Aliff mengambil contoh dirinya dan memberitahu dengan satu syarat.
“Dosa yang dibuat menjadikan kita rendah diri dengan satu syarat iaitu tiada siapa yang boleh paksa diri kita dan kena jujur dengan diri sendiri.
“Cakap depan cermin, saya buat benda tu. Saya pergi toilet, saya duduk depan cermin dan cakap dengan diri sendiri.
“Awak boleh tipu dengan semua orang, kita memang boleh tunjuk luaran depan semua orang tapi tak boleh tipu dengan orang yang depan cermin (diri sendiri). Awak kenal diri sendiri lebih dari orang lain,” katanya.
Susulan perkara itu, perlu jujur pada diri sendiri dan banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk berubah kearah yang lebih baik.
“Persoalannya kita sedia tak nak buat benda tu? Ia tak mudah sebab awak kena buang ego dan alasan dan mengakui apa yang pernah kita buat.
“Hanya dengan mengakui semua benda tu, Allah akan bagi jalan pada kita. Pada pendapat saya, itu berkat kita jujur dengan diri kita. Ia bermula dengan cara tu.
“Duduk dan fikirkan segala dosa yang pernah buat dulu dan salahkan diri sendiri diatas semua kesilapan yang kita buat. Berhenti salahkan orang lain dan bagi alasan pada diri sendiri, Insya-Allah Allah akan beri jalan,” ujarnya.
Tambahnya, diri Aliff yang dulu sering berjanji untuk berubah tetapi sebenarnya dia masih belum bersedia untuk berbuat demikian.
“Macam saya dulu lah, mulut cakap saya janji tak nak buat lagi itu ini, tapi hati taknak buat, sama je kita akan kekal macam tu.
“Sebab tu kalau sekarang orang tanya saya, saya tak berani cakap apa-apa dah sebab saya tak nak jadi mangsa kata-kata saya sendiri kerana saya hanya manusia biasa.
“Saya hanya doa pada Allah kalau perkara ini baik buat saya, dekatkan kalau tak baik, jauhkan,” jelasnya.
Sumber : Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan ibu bapa, memang tidak boleh dibalas walau dengan berjuta wang ringgit sekali pun. Walaupun diberi segala kemewahan namun apa yang mereka lakukan dari kita kecil sehingga kini tetap tidak mampu dibalas.
Mereka juga tidak pernah meminta apa-apa selain mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.
Namun sebagai anak, sudah pastinya apabila dewasa kita mahu membalas segala pengorbanan ibu bapa walaupun tanpa dipinta.
Inilah yang dilakukan oleh adik-beradik ini. Mereka telah menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa demi untuk memudahkan urusan orang tuanya yang telah banyak berbakti.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok ini, seorang pemuda bernama Joy telah membuat kejutan apabila dia dan adik beradiknya telah membelikan sebuat kereta untuk bapanya, Rodi yang kini berusia 66 tahun.
Menurut Joy, dia dan adik beradiknya sepakat uruk membelikan ayahnya kereta memandangkan kereta lama kepunyaan ayahnya sudah rosak.
“Sebelum ini ayah bawa Perodua Kelisa tapi asyik rosak. Dia dah tak larat nak jaga, jadi jual murah dekat bengkel.
“Saya dan adik-beradik rasa kesian aoabila tengok ayah dengan mak pergi hospital atau masjid naik motorsikal. Bahaya pun satu hal, lepas tu kena redah hujan panas lagi.
Joy memberitahu dia dan adik-beradiknya membuat pemilihan kereta yang bersesuaian dengan keperluan ayah mereka dalam lingkungan bajet yang tersedia.
“Kami ukur baju di badan sendiri, dana yang kami bagi setiap seorang pun tak banyak mana. Kami mahukan kereta yang terbaik untuk mak ayah, tak banyak maintenance dan pada masa yang sama kena dengan bajet kami.”
Menceritaka detik kejutan yang diberikan kepada kedua ibubapanya itu, Joy berkata,
“Kami dan beli kereta tu dua minggu awak tapi semua sibuk. Mula-mula plan nak ramai-ramai pergi buat suprise dekat ayah. Apabila dah lama sangat, saya jadi wakil adik-beradik lain untuk buat suprise dekat ayah.
“Sebab kalau biar lama sangat kesian pula dekat ayah, tak ada kenderaan nak pergi hospital. Mak ayah setiap bulan memang ada appoiment check-up, kena pergi sana.”
“Saya call ayah dulu suruh datang ke Kentucky Fried Chicken (KFC) dekat depan rumah kami. Beritahu dia nak makan tengahari sekali sebab dah lama tak jumpa.
“Jadi ayah pun datang sengan mak naik motorsikal. Lepas makan tu, saya bagi kunci kereta dekat ayah untuk dia cari sendiri hadiah dia. Isteri saya tolong rakam supaya adik-beradik yang tak dapat hadir boleh tengok sekali momen ini.
“Apabila jumpa kereta tu, tak sangka ayah terus peluk saya dan menangis. Kalau nak tahu, ayah saya ini bukan jenis yang senang menangis. Dia selalunya happy-go-lucky dan gelak sana-sini.
“Sekali terkeluar air mata dia, terkejut saya. Adik-beradik saya masing-masing terharu sebab jarang nampak ayah emotional macam tu.Yang paling tak tahan, anak buah saya umur 5 tahun pun ikut menangis sekali. Ini kenangan berharga untuk saya dan keluarga.”
Joy juga turut memuatnaik destinasi pertama ayahnya selepas mendapat hadiah kereta dari anak-anaknya itu adalah menziarahi kubur rakan baiknya.
Pulang daripada kerja, pasti badan terasa penat dan mula rasa malas nak masak. Tapi demi keluarga terpaksa digagahkan juga memasak buat mereka. Sebab itu para isteri sentiasa tercari-cari cara untuk memudahkan kerja dan memendekkan masa memasak.
Prihatin dengan masalah ini Rajenaz Nazira menerusi akaun Facebooknya berkongsi tip untuk membantu ibu-ibu yang bekerja atau suri rumah di luar sana menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. Mengikut caranya menu untuk keluarga dapat dihidang paling lama 30 minit. Ikuti perkongsiannya.
Tips 1 : Pengasingan lauk
Semua ayam, udang, sotong siang dan basuh siap-siap kecuali ikan. Jangan basuh ikan, siang sahaja, kalau basuh ikan kemudian anda bekukan ia akan cepat rosak.
Lagi satu, jangan asingkan mengikut jenis sahaja tetapi asingkan mengikut kuantiti sekali masak. Kalau sekali masak perlu 4-5 ekor ikan, asingkan dalam bekas dengan kuantiti tersebut. Jangan simpan semua lauk dalam satu bekas sebab selepas defrost kan lauk sebaik- baiknya terus masak. Jangan re-frost lagi. Sebab itu mengundang toksik.
Tips 2: Simpan dalam bekas bahan memasak
Gunakan bekas yang transparent untuk anda kenal pasti kandungannya. Sebaik- baiknya label bahan tersebut untuk menjimatkan masa anda untuk mencari bahan mana yang diperlukan.
Pengasingan semua bahan-bahan memasak ini penting bagi mengekalkan kualiti dan memanjangkan tempoh ketahanan.
Tips 3 : Kopek bawang
Sabtu atau Ahad kopek (buang kulit/kupas) bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Ingat ya, bawang merah dan bawang besar ni bersifat penyerap bakteria sebab itu kita boleh gunakan sebagai alternatif untuk merawat demam panas dan selesema.
Jadi kalau kopek kulit kena terus masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais. Apabila nak masak ambil ikut keperluan sama ada untuk tumbuk atau hiris. Tidak payah buang masa nak kopek. Kerja mengopek bawang ini sebenarya melambatkan proses memasak.
Tips 4 : Tumis Cili
Cili kisar ini penting. Menumis cili kisar ini memang leceh. Sebab apa? Kalau menumis habislah dinding dapur merecik. Satu hal nak lap kan. Menumis cili mesti kena betul-betul masak baru boleh hasilkan masakan yang sedap.. Jadi , itu mengambil masa yang panjang. Jadi, siapkan cili kisar yang sudah siap tumis.
Kisar cili dan tumis untuk kuantiti seminggu (agak-agak dengan pelan memasak kita). Selepas tumis, sudah terbit minyak, sejukkan, bekaskan kemudian simpan dalam peti ais. Kalau diletakkan bahagian bawah paling lama boleh simpan seminggu sahaja.
Kalau cili tu banyak simpanlah di bahagian freezer, tahan sampai 3 bulan. Apabila nak masak. Ambil cili yang siap bertumis itu. Mudah dan cepat kan.
Tips 5 : Basuh dan rendam sayur dengan garam
Sayur-sayuran jenis cepat layu dan rosak. Apa yang kita boleh buat, lepas beli, basuh sayur dan rendam dengan air garam dalam 5 minit untuk melanjutkan tempoh kesegaran sayur-sayur tersebut. Kemudian, toskan lalu masukkan ke dalam bekas. Apabila nak masak barulah ambil. Kaedah ini boleh menjimatkan. Tidak perlu beli sayur setiap hari.
Tips 6 : Senaraikan menu masakan
Tip ini paling penting, sebelum masak kena senaraikan apa menu untuk seminggu dan tampal pada peti ais atau catat pada telefon bimbit. Kaedah ini dapat mengelakkan anda membuang masa memikirkan apa menu yang ingin dimasak.
7. Ikut turutan yang betul
Ketika mahu memasak, periksa senarai menu dan buat pilihan. Untuk yang bekerja, buka sahaja pintu rumah, jangan tanggalkan tudung dan tukar baju. Ambil lauk yang ingin dimasak dan defrost terlebih dahulu dan kemudian masak nasi. Dua perkara ini yang paling mengambil masa. Setelah itu, barulah boleh mula memasak.
Dengan tip ini Puan Rajenaz mampu menyediakan Sup Sayur dengan fish cake untuk anak-anak dan Ayam Masak Kicap Cili Kering dalam masa lebih kurang 20 minit.
Jika mahu menjimatkan masa, bolehlah cuba tip ini. Confirm 30 minit siap hidangan anda dan sinki pun siap bersih sekali.
Jom Cuba…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di