Musim buah sekarang ini, seronok kan layan. Macam-macam resipi yang keluar di media sosial baik bauh durian, cempedak mahupun rambutan. Terbaru, buah rambutan dijadikan jus. Nampak menarik kan. Minum pula waktu cuaca panas, memang layan sangat kan. Jom cuba buat!
Mungkin jika melihat kimchi ia tidaklah kelihatan begitu menyelerakan tetapi rasanya diakui ramai yang menggemarinya. Kimchi adalah hidangan kegemaran rakyat Korea, namun tidak dinafikan ramai antara kita tahu untuk menyediakannya.
Berkongsi kisah tentang membuat kimchi ini, siapa sangka wanita ini hanya bermodalkan RM2.70 namun hidangan kimchi yang enak dan menyelerakan dapat disediakan.
“Al kisah nya. tadi pi pasaraya. tengok seksyen clearance barang basah terjumpa kobis panjang RM1.20 seikat besaq. Nak layu layu sikit kat bahagian luaq tapi dalam elok lagi. Pulak ada juga lobak putih tapi patah muncung dah, 50sen. Carrot 3 batang seplastik 98sen. yang hitam satu.
“Kitanya teringin nak makan kimchi. Alang alang tu beli jela merajinkan diri buat. Kadang kalau beli yang ready made selalunya acidity dia too much. Pastu pedas sangat. I kennot tahan. Sudahnya terhasil 4 botol untuk stock setahun. Costing semua, RM2.70. garam gula bawang halia kicap sotong serbuk cabai tepung beras memang ada dekat rumah dah. Hari ini tidor peluk kimchi sebab rasa menang membeli. k lah bye”,tulisnya di kapsyen perkongsiannya yang telah mencuri tumpuan warganet.
Jadi buat anda yang baru pertama kali ini mencuba menyediakan menu kimchi ini, bolehlah buat seperti yang dikongsikan oleh Ika Ezzati Kamal.
Resepi kimchi bodo saya (bodo di sini bermaksud tak cukup bahan tapi jadi jer)
BAHAN BAHAN POTONG
(semua bahan potong ikut saiz mulut)
kobis panjang (rendam dengan garam yang banyak selama 2jam pastu bilas 3x)
bawang holland (optional, saya letak sebab saya suka)
daun bawang (saya tak suka so saya tak letak)
lobak putih
carrot
(bahan-bahan bergantung pada banyak mana makan)
BAHAN BAHAN BLEND
bawang besar sebijik ,bawang putih selabu, halia seinci,
sebiji buah lai atau epal merah (optional, ada takpa, takda takpa)
udang kering dua jemput (takda pakai ikan bilis takpa tapi kalau dua dua takda,tak payah letak)
MASA BLEND LETAK AIR MASAK SIKIT JE AGAK-AGAK LEPAS UNTUK BLEND SEBAB KALAU BANYAK AIR TAK SEDAP NANTI
BAHAN BAHAN PERISA
Serbuk cili ikut kepedasan masing-masing. (saya guna brand BABAS je tayah la korea gochujang apa, guna je ape ada)
Garam gula kicap ikan atau kicap sotong secukup rasa.
(saya suka manis-manis pedas, so saya lebihkan gula sikit)
BAHAN KUAH
Tepung beras dimasak atas api sampai kental. (takda, boleh guna tepung pulut, tepung jagung. takda jugak ? skip jelah takyah letak)
CARA-CARANYA:-
Langkah 1 : gaul semua bahan dengan sebati.
Langkah 2 : Masukkan dalam bekas kegemaran. Tinggalkan sikit ruang udara sebab proses penapaian mengeluarkan gas. Bimbang buka-buka tuppaware meletup kena muka.
Langkah 3 : Nak cepat makan, letak kat luar 2-3 hari. Lepastu boleh makan.
Langkah 4 : Lepastu masuk peti sejuk ataupun lepas buat letak je dalam peti sejuk. Hari ini buat minggu depan makan.
Sumber : Ika Ezzati Kamal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tatkala ketua keluarga diberi ujian, lumpuh sistem kekeluargaan namun dibahu sang isteri lah menjadi tempat untuk keluarga bersandar. Wanita dan juga ibu bernama Raudzah Arippin ini cukup hebat dan kental orangnya. Berhadapan dengan suami, Muhammad Idzwan Othman yang diserang strok pendarahan, kisahnya menjaga suami ini cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana.
Biarpun bibirnya terukir senyuman namun di hati siapa yang tahu. Pengalaman menjaga suami sakit diinspirasikan di dalam sebuah buku bertajuk “Maaf Suami Puan Kritikal. Penulis berkesempatan berkunjung ke rumah pasangan ini bagi menelusuri kisah dan pengorbanan sang isteri.
Darah tinggi menyerang
Menurut Raudzah, suaminya diserang strok pendarahan pada 2015 secara tiba-tiba. Ketika itu, suami di pejabat, namun sempat menghubunginya untuk meminta pertolongan.
“Suami memang ada darah tinggi tapi waktu diserang itu ia berlaku secara tiba-tiba. Kebetulan saya dan anak-anak ikut suami ke pejabat walaupun hari itu hari ahad. Mungkin Allah gerakkan hati saya untuk ikut suami ke pejabat hari itu.
“Ketika kejadian, itu kami bersarapan bersama, suami cakap pening. Semua berlaku mengejutkan tapi saya tak panik, sebaliknya saya hubungi bahagian kecemasan dan terus ke hospital. Apabila sampai di hospital, suami dimasukkan ke wad kecemasan zon merah sebelum ditolak ke bahagian kritikal.
‘Maaf suami puan kritikal’
Saya masih ingat kata-kata doktor ketika itu. ‘Maaf suami puan kritikal’ dan kata-kata itu masih menghantui sampai sekarang. Kejadian tersebut turut memberi kesan kepada anak-anak. Apatah lagi, suami merupakan tonggak utama keluarga.
“Apabila suami tak sedar diri anak-anak terkejut. Waktu itu anak sulung bakal menduduki UPSR, yang kedua darjah lima, yang ketiga tadika dan yang bongsu 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu.
“Yang main peranan ketika itu adalah saya yang kena terangkan apa yang terjadi pada ayah. Selain menenangkan mereka,” jelas Raudzah lagi yang sebelum ini bekerja dalam bidang fotografi sebelum beralih kepada penerbitan buku.
Tak mudah jaga orang sakit
Cabaran menjaga orang sakit bukan semudah yang disangka. Terpaksa korbankan segalanya termasuklah tenaga, masa dan segalanya.
“Menjaga orang sakit ini berfasa. Fasa awal yang paling mencabar adalah menerima keadaan baru. Alhamdulillah saya tak ambil masa yang lama. Cuma minggu pertama itu sahaja saya rasa terawang-awang.
“Bila bangun pagi rasa macam mimpi. Bukan tak terima takdir tetapi rasa tak percaya sebab semalam dia sihat dan ada dengan kita, saya jadi tertanya-tanya betul ke benda ni jadi pada keluarga kita.
“Waktu tidur malam saya fikir apa akan jadi esok. Sampai bila suami akan terlantar dan doktor sendiri tak cakap bila dia akan sedar.
“Apabila dah berkeluarga, ada suami dan anak pasti ada impian yang kita bayangkan. Tetapi bila berlaku semua benda ini menyebabkan ia berkecamuk dalam diri.
Rutin harian berubah
Lebih memeritkan, ibu kepada 4 anak ini sudah lama berhenti kerja dan selepas suami sakit, rutin hariannya juga turut berubah.
“Biasanya suami hantar anak ke sekolah, saya pula uruskan rumah tangga. Tetapi kini semuanya berubah. Pagi saya uruskan anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Pulang ke rumah saya mandikan suami. Semuanya dilakukan sendiri dan kekuatan itu datangnya dari Allah swt.
“Saya tak nak anak tengok saya lemah. Jadi, saya set dalam diri tak nak menangis depan mereka. Sebab saya fikir anak-anak akan tengok apa ibu buat dan respond pada keadaan tersebut.
“Saya tulis buku ni pun sebab saya rasa ujian ni besar tapi Allah mudahkan terutama dalam hal anak-anak. Walaupun saya tak dapat lihat mereka ketika tengah periksa, mereka terpaksa berdikari serta pandai bawa diri. Termasuklah yang darjah satu, siap gosok baju sendiri.
“Alhamdulillah pencapaian mereka cemerlang. Bila saya duduk dan fikir memang banyak hikmah dan rahmat yang saya dapat walaupun diuji dengan suami sakit. Sebab tu saya selalu pesan pada anak-anak, sentiasa berbuat baik di sekolah.
Keluarga dan rakan-rakan prihatin
Memandangkan tonggak utama keluarga sakit, ia memberi kesan kepada pendapatan keluarga. Akui Raudzah, awalnya agak susah memandangkan suami bekerja sendiri. Namun menakjubkan kerana mereka dikelilingi kawan yang cukup prihatin.
“Untuk fasa-fasa awal minggu pertama, kawan-kawan suami tubuhkan tabung #pray4idzwan di facebook. Saya dapat sumbangan yang banyak dan tak bimbang tentang belanja. Malah ada yang sponsor belanja anak-anak sekolah sampai sekarang. Kawan-kawan sekolah dan ada yang tak rapat dengan saya masih menyumbang. Keluarga pun banyak membantu kami.
“Selain kekuatan saya datang dari Allah, bagaimana kita menerima keadaan itu juga memberi kekuatan kepada saya. Bila suami sakit, saya tak suka dalam keadaan serabut, saya suka fokus pada penyelesaian dan bukan masalah. Saya kena dapatkan kekuatan dan salah satunya adalah dengan menulis.
Doa azimat terbaik
Diminta memberi kata-kata semangat buat wanita atau isteri senasib dengannya, kata Raudzah, doa azimat terbaik dalam memberi kekuatan.
“Saya selalu update keadaan suami di facebook dan itu satu terapi buat diri saya sendiri. Setahun lebih saya menulis dan kawan-kawan cakap patut keluarkan buku. Malah waktu itu saya dapat banyak mesej dari wanita lain yang bercerita tentang masalah dan pengalaman mereka menjaga pasangan atau keluarga.
“Dulu tak ada rujukan untuk panduan saya jaga suami. Daripada situlah timbul idea untuk saya tubuhkan grup whattsapp Info Strok dan Lumpuh. Bila ada grup ini memudahkan orang lain mendapat info dan maklumat tentang penjagaan orang strok dan sehingga sekarang grup ini masih aktif,” ujarnya lagi.
Hargai pengorbanan isteri
Walaupun sudah pulih namun Muhammad Idzwan mengakui masih perlu membuat rawatan susulan di hospital. Dalam masa yang sama, Idzwan turut berterima kasih kepada isterinya yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.
‘What u give , is what u get’
Kini selepas 4 tahun setengah, Idzwan sudah mampu menguruskan diri sendiri serba sedikit walaupun dengan berkerusi roda.
“Sudah lima tahun saya diserang strok pendarahan dan alhamdulillah berkat doa semua saya semakin pulih. Syukur kerana ini rezeki dan juga anugerah buat saya. Saya amat berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban.
“Betul lah apa orang cakap ‘what u give, is what u get’. Nasihat saya kepada suami di luar sana, hargailah isteri anda kerana pengorbanan mereka cukup besar untuk kita dan juga keluarga. Sebagai manusia, kita kena hargai apa yang ada disekeliling kita,” ujar Idzwan lagi.
Suami buat kejutan seminggu sebelum sakit
Sementara itu, Raudzah mengakui suaminya pernah membuat kejutan dengan membelikan kek seminggu sebelum jatuh sakit.
“Waktu itu kami janji nak makan bersama diluar tapi dia sampai lambat dengan membawakan kek. Katanya kejutan sebagai hadiah dan tanda penat saya menjaganya. Padahal sebelum ini tak pernah berbuat demikian. Selepas dia sakit, perkara itu yang terlintas difikiran saya. Tak sangka itu ‘reward’ daripada dia sebelum sakit.
“Walaupun orang kata waktu suami jadi perunding hartanah itu yang membuatkan dia stres, tapi pada saya itu fasa terbaik kerana suami ada masa untuk famili, ada masa untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
Kalau ikutkan sebelum kami berpindah ke Kuala Lumpur itu lagi stres. Punca dia sakit sebab tak makan ubat dan ada masalah lain yang menjadi asbab untuk dia mengalami strok,” ungkap Raudzah lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memiliki anak istimewa itu kurniaan terindah dari Yang Maha Esa, bukan semua ibu bapa terpilih oleh Tuhan untuk melalui pengalaman tersebut. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan masyarakat, bahkan anak-anak lain juga turut merasai situasi ini.
Justeri, pendekatan terbaik harus diambil oleh ibu bapa bagi menerangkan kondisi anak istimewa ini kepada anak-anak yang lain supaya mereka faham dan tidak timbul masalah terutama dalam bab ‘layanan istimewa’ yang diberikan kepada anak istimewa ini.
Dalam satu perkongsian di laman instagram udeyismail, si ayah ini berkongsi kisah anak lelakinya yang sebelum ini tidak sukakan kakaknya, namun segalanya berubah selepas si ayah ini menerangkan keadaan si kakak.
Mesti antara korang kat sini membesar dengan adik,akak, abang yang istimewa kan, waktu kecik kita belum faham, even aku sendiri pon membesar dengan seorang abang yang istimewa, macam mana aku rasa, mungkin indra akan rasa satu hari nanti terhadap kakak dia.
Pernah dia cakap dengan aku, dia tak sayang kakak, lepas tu aku tanya balik.
Ayah : kenapa Indra tak sayang kakak Indra : Sebab kakak tak boleh cakap Ayah : bukak akak tak boleh, mungkin ambik masa, kalau la kakak tak boleh cakap, kat syurga nanti pasti kakak cakap, kalau jaga kakak, Allah akan bagi kita syurga tau, kakak ni special, indra pon special juga, kalau indra jaga kakak dengan baik, satu hari dekat pintu syurga nanti, kakak tarik kita masuk.
Dia rasa diri kosong, sepanjang di membesar, kakak tak pernah nak menyapa dia, nak gurau dengan dia, sedangkan orang lain boleh, tapi kakak dia tidak, sebab dia blum faham apa yang akak lalui
Bila ada anak normal selalu kena pesan, takut dia terasa hati, kenapa kakak di lebihkan, selalu kena remind, bila dah faham dia selalu cakap “hagia have autism”.
Sekarang dah nampak dia rasa, dia ada tanggungjawab, akan pimpin kakak masuk kelas, kadang beli apa-apa mesti akan selalu ingat kakak.
Apa yang jadi pada aku ni ada banyak hikmah sebenarnya, seperti aku ckp, rezeki aku dalam bentuk masa, masa selalu jek dengan anak-anak, lagi satu, aku dh tak ada apa lagi yang aku nak kejar, so masa membesarkan anak jek la sekarang ni.