Amalan bersedekah di bulan Ramadan tentunya semua antara kita tahu begitu besar ganjarannya.
Jadi apa kata kita sediakan bubur lambuk di awal Ramadan ini untuk dapat diberikan kepada jiran terdekat. Selain dapat bersedekah, dapat juga kita hidupkan amalan bertukar-tukar hidangan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh ibu-ibu kita dikampung suatu ketika dulu.
Di sini dikongsikan resipi bubur lambuk yang menjadi kebiasaan dibuat oleh Kak Limah Comei untuk diagih-agihkan kepada jirannya.
Assalamualaikum wbt,salam jumaat yang barokah.Memandangkan kita dah tak lama nak masuk bulan-bulan berpuasa sunat dan wajib disini saya kongsikan resepi bubur lambuk cara saya.Alhamdulillah tak pernahlah tak habis…
Ads
Saya bagi sukatan tuk satu periuk kecil ya;
Resepinya
1cawan beras
2-3 cawan santan
Kuib pati ayam 2
Halia 3inci mayang memanjang halus
2-3 batang serai diketuk
Bawang merah mayang nipis-nipis
Bawang putih ”
4 sekawan
Halba 2sudu kecil
Daun pandan
Karet potong dadu/ diparut panjang
Lada hitam serbuk satu sudu kecil atau secukup rasa
Udang yang dah dibuang kulitnya,dan kulitnya direbus dan diblend ambik airnya
Ayam/daging rebus dan carik-ceraikan
Tulang betis/tulang satu tongkol rebus hingga kembang
Daun bawang potong nipis-nipis
Daun sup ”
Bawang goreng
Dan sambal ikan bilis kalau suka
Cara-caranya
Satu cawan beras ** basuh rebus bersama halba dengan air yang banyak hingga kembang dan pecah-pecah biji beras dan masukkan betis /tulang lembu atau kerbau yang dah direbus bersama airnya…
Sebelum tu sediakan bahan-bahan yang tertera di atas.
Ads
Apabila beras dah betul-betul kembang masukan karet,air udang,kuib pari ayam dan santan dah mendidih masukan garam dan rasa secukup rasa kalau pekat tambah air secukupnya… dah ok semua boleh la ditutup apinya…
Baru la ditumis darat bawang merah,bawang putih,halia 4 sekawan dan daun pandan dan 2-3 batang serai yang diketuk,bawang dah kekuningan boleh la diangkat dan dituang kedalam periuk bubur tadi.
Ads
Masan hendak makan boleh la dimakan dengan sambal bilis atau sambal kosong yang disedia dulu ikut cita rasa masing-masing…
SELAMAT MENCUBA…
Pic dibawah saya buat pada hari pertama kita sambut Ramadan setiap tahun tuk diedar kepada jiran-jiran terdekat dan jauh … Doakan semuga saya dimurahkan rezeki,diberi kekuatan dan sihat tubuh badan agar dapat lagi buat amaljariah Aamiin Aamiin
Sumber: Kak Limah Comei via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum Kepulangannya ke sisi Yang Maha Pencipta, beliau telah meninggalkan nama dalam dunia pendidikan, ilmu hasil dari penulisannya sendiri untuk manfaat orang ramai dan Negara.
Keperibadiannya amat mementingkan pendidikan, sentiasa memberi motivasi, bimbingan dan harapan bahawa semua boleh berjaya dengan adanya ilmu dan pendidikan. Demikian sisi hebat figura bernama Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Perjalanan terakhir arwah Professor Dato’ Dr. Hussein sebelum menemui Yang Maha Esa diceritakan oleh dua orang anaknya, Hamizah Farhana dan Haliza.
“Waktu itu, kami ingat tidak ada yang serius, malah ayah sempat menyambut hari lahir yang ke 75 dan juga melancarkan Memoir Pendakian Seorang Pendidik dengan mempamerkan buku-buku penulisan beliau sepanjang hidupnya di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Tunku. Waktu sambutan Hari raya Aidilfitri 2017 juga tiada sebarang petanda.
Cuma, arwah ayah lebih banyak berehat di rumah, kurang aktiviti berziarah, kurang menonton televisyen, lebih banyak ke masjid terutamanya waktu subuh dan menghadiri mesyuarat Pakatan Islam Kampung Tunku. Dalam masa yang sama, arwah selalu bangun awal pagi mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Sehinggalah Ogos yang lalu, ayah demam, tak lalu makan dan sangat lemah. Waktu ini, kami adik-beradik memujuknya ke hospital tetapi ayah enggan. Sehinggkan kami terpaksa mendapatkan Pakar Kardiologi Kanan, University Malaya Specialist Centre untuk memujuk ayah ke hospital. Kebetulan doktor pakar tersebut merupakan anak kepada kawan baik ayah. Doktor tersebut juga adalah sepupu sebelah suami. Begitu cantik perancangan Allah, urusan ayah dipermudahkan kerana adanya doktor ini.
“Ayah akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pergi ke hospital. Keadaan ayah waktu itu, sangat lemah kerana terdapat komplikasi dalaman yang serius. Doktor yang merawat ayah tidak mengalah walaupun pakar organ dalaman yang lain sudah menyerah kalah dan mengatakan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Setiap hari, doa anak-anak yang tidak pernah putus menemani ayah bertarung melawan penyakitnya. Semasa ayah sakit, kami turut sakit, semasa ayah bertarung, kami juga berjuang sehabisnya. Kami berusaha sebaik mungkin lebih daripada pakar-pakar di Hospital, kami menjaga ayah lebih daripada jururawat yang menjaga ayah, kami berdoa lebih dari ustaz-ustaz dan alim ulama.
Pertarungan ayah adalah pertarungan kami semua. Kami bergilir-ganti menemani ayah dan memastikan surah-surah pilihan sentiasa dibacakan kepada ayah bersertakan zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.
“Keadaan ayah yang semakin lemah menyukarkan percakapan. Kadang kala ayah lebih banyak tidur dari sedar. Setiap kali ayah sedar, dia memberikan isyarat untuk kami menyempurnakan hajat-hajatnya.
“Walaupun susah untuk memahami kehendak ayah kerana percakapan ayah juga terganggu kerana keadaannya, kami percaya Allah memberikan kemudahan dalam melalui ujian Allah ini. Intuisi dan gerak hati antara ayah dengan kami sangat kuat.
Kami juga memahami ayah seolah-olah mahu kami menyempurnakan hajat-hajatnya yang lain yang telah dirancang sebelum ini. Satu persatu berjaya kami rungkai dan kami sempurnakan semua hajat-hajatnya secepat mungkin.
Permintaan terakhir
Setiap hari ada cabarannya, kondisi Dr. Hussein tidak menentu. Dalam situasi kesihatan yang semakin menurun, ayah pula menyuarakan kehendak untuk pulang ke rumah.
Sebagai anak, kami berada dalam keadaan yang sangat hiba, keliru dan penuh dilema sama ada ingin berusaha sedaya upaya dan selagi boleh bersama-sama doktor yang mahu menyelamatkan ayah ataupun mengikut kehendak ayah untuk pulang ke rumah dan redha atas kesihatanya yang makin merosot.
“Sebagai anak, kami ingin menghormati permintaan ayah apatah lagi tatkala melihat mata ayah yang seolah-olah merayu untuk dibawa pulang, Walaubagaimanapun doktor mohon supaya kami tidak berputus asa sehingga tiada jalan keluar. Setiap hari kami berada dalam debaran menunggu jawapan dari doktor sama ada sempat atau tidak ayah berada dalam majlis yang dirancangnya sendiri.
“Sehinggalah tibanya raya Aidiladha, kami sambut dengan penuh hiba kerana walaupun sedar ayah berada didalam keadaan tenat. Kami solat subuh berjemaah bersama ayah,dimulakan dengan mengambil wudhu menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya, diimamkan oleh abang dan disudahi dengan takbir raya aidiladha bersama ayah. Kami masih menaruh harapan yang tinggi keajaiban akan terjadi, harapan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala
“Namun, takdir mengatasi segalanya, apabila doktor memohon maaf dan mengatakan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Keluarga diberi pilihan untuk mengekalkan ayah dihospital atau membawa pulang. Kami mengambil keputusan untuk membawa ayah pulang ke rumah pada pukul 3 pagi sebelum majlis yang dirancangnya sendiri keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami’ Jelas Hamizah yang mengatakan cucu saudara ayah yang merupakan seorang jururawat PPUM menawarkan diri untuk menjaga ayah di rumah.
Koleksi al-Quran jadi ‘rebutan’
Biarpun ada yang memantau dan menjaga arwah di rumah, namun Hamizah dan adik beradik yang lain tidak pernah lekang dari sisi ayah mereka termasuklah membantu urusan memandikan dan membersihkan insan kesayangan mereka itu.
“Semua urusan dipermudahkan. Majlis Aidiladha yang dirancang sebelum ini diadakan seperti biasa walaupun penuh sayu dan hiba. Ramai keluarga dan saudara mara sebelah ayah hadir. Walaupun rancangan hanya diadakan untuk keluarga sebelah ayah, rumah kami tetap dibanjiri saudara mara, sahabat handai ayah, jiran tetangga, pelajar dan kenalan-kenalan ayah.
“Kami percaya majlis yang diadakan berjalan penuh barakah. Kerana orang ramai hadir bersama doa yang tidak putus dan diiringi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kami bersyukur kerana segala hajat ayah ditunaikan oleh kami, adik beradik.
Bukan itu sahaja, seorang ustaz dari Syria hadir dan membacakan surah-surah terpilih dan ayat-ayat suci Al-quran iaitu Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Fajr dan diakhiri dengan doa-doa untuk memberikan ayah kebaikan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ustaz tersebut mengatakan inshaAllah, ayah mendapat pengakhiran yang baik (husnul Khotimah) kerana terpilih didengarkan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran sebelum pergi menemui Ilahi.
“Ayah juga sempat solat berjemaah maghrib yang diimamkan oleh abang walaupun ayah sangat tenat, kami tetap memastikan solatnya dibimbing. Selepas solat maghrib, nafas ayah semakin lemah. Saya mengajarnya shahadah sehingga nafasnya yang terakhir. InshaAllah saya yakin ayah mendapat pengakhiran yang baik.
Ayah diimamkan oleh anak lelakinya sendiri di masjid yang dibanjiri orang ramai, kami juga sempat khatam quran buat ayah pada hari pemergian ayah. Semua anak-anak, menantu dan cucu berada di samping arwah ketika pemergiannya.
Begitu cantik perancangan Allah dan segala aturan yang telah tertulis. Setiap satu kelemahan kami sebagai anak yang mungkin lalai tentang penyakit yang ditanggung ayah, segala kekhilafan dari pihak hospital dan faktor- faktor lain hanyalah asbab untuk ayah kembali kepada Ilahi bertepatan seperti janji Allah, tidak cepat sesaat atau terlambat walau sesaat. Kami redha dengan pemergian ayah, walaupun kami sangat merinduinya.
“Walaupun kami kehilangan ayah, namun ada juga tersirat disebaliknya, selain hubungan kami adik-beradik makin kuat dan rapat, kami juga lebih dekat dengan Allah. Mengaji, solat dan membaca al-Quran zikir dan sebagainya yang dilakukan sepanjang bersama ayah masih kami teruskan. Bahkan, barangan kesayangan ayah seperti koleksi al-Quran menjadi ‘rebutan’ kami adik-beradik dan ia seolah-olah ‘kawan baik ‘ kami kini,”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap wanita yang bergelar isteri pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebanagi lambang kasih sayang antara suami isteri.
Namun, tidak semua pasangan bertuah dan memiliki anak dalam tempoh yang singkat. Ada juga yang terpaksa menantikan bertahun-tahun, tak kurang yang harus melalui pelbagai rawatan dan ubat demi
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Sumber inspirasi wanita
Sifat cekal dan tabah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar wajar dijadikan inspirasi buat wanita dan bakal ibu yang dalam usaha mendapat zuriat.
Kisah Baginda tular semalam selepas pembantunya, Saerah Ali, 85, bercerita mengenai Tunku Azizah. Dia yang sudah berkhidmat sejak 1986 hingga kini berkata, walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Tubuh TAFF
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Aktiviti kebajikan
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak-anak ni macam-macam karenah, itulah yang dikongsikan Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli mengenai anak sulungnya, Aqeff Anaqi.
Dalam laman Instagramnya, isteri kesayangan Amar Baharin ini memuatnaik ‘perbualannya’ bersama anaknya yang kini sudah mencecah usia lima tahun.
Amyara mengakui terharu apabila anaknya Itu walaupun belum mahir menulis, tetapi tetap berusaha menulis meskipun pelbagai abjad digunakan dan langsung tidak difahami apa yang ingin disampaikan.
“Anaqi belum pandai writing/typing but always ada effort nak chit chat dengan mommy while mommy shooting. Love you son,” kongsi Amyra Rosli menerusi kapsyennya.
Untuk rekod, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan selain Anaqi, pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya perempuan, Ayra Aryssa yang lebih setahun usianya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet. Ada yang memuji Amyra yang tetap melayani anaknya, tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...