Air rebusan dari biji tembikai dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit. Nak tahu kena baca info ini.

Buah tembikai sememangnya amat dikenali dengan kandungan airnya yang amat tinggi selain kaya dengan vitamin serta mineral yang bermanfaat untuk tubuh badan manusia. Biasanya hanya air sahaja diambil manakakala bijinya dibuang. Tetapi ada juga yang cuba menyemai untuk ditanam semula.

Sebenarnya, biji buah tembikai amat berguna untuk manusia? Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat dalam membantu menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang, penyakit jantung dan beberapa penyakit lain. Jom semak apa lagi khasiat yang terkandung di dalam biji buah tembikai ini.

Khasiat Biji Tembikai

Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang. Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;

Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.

Mencantikkan Dan Menjaga Kulit

IKLAN

Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.

Mengawal Diabetes

Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.

Memperkuatkan Ketahanan Rambut

Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.

IKLAN

Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan

Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.

Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.

Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.

Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!

IKLAN

Resipi teh biji tembikai!

Sediakan 20-30 biji tembikai.

Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.

Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.

Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI