Amalan bersedekah di bulan Ramadan tentunya semua antara kita tahu begitu besar ganjarannya.

Jadi apa kata kita sediakan bubur lambuk di awal Ramadan ini untuk dapat diberikan kepada jiran terdekat. Selain dapat bersedekah, dapat juga kita hidupkan amalan bertukar-tukar hidangan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh ibu-ibu kita dikampung suatu ketika dulu.

Di sini dikongsikan resipi bubur lambuk yang menjadi kebiasaan dibuat oleh Kak Limah Comei untuk diagih-agihkan kepada jirannya.

Wanita Ni Tiap Tahun Buat Bubur Lambuk Awal Ramadan, Sedekah Pada Jiran. Kali Ni Kongsikan Resipi Pula, Bolehlah Dicuba!


Assalamualaikum wbt,salam jumaat yang barokah.Memandangkan kita dah tak lama nak masuk bulan-bulan berpuasa sunat dan wajib disini saya kongsikan resepi bubur lambuk cara saya.Alhamdulillah tak pernahlah tak  habis…

IKLAN

Saya bagi sukatan tuk satu periuk kecil ya;
Resepinya
1cawan beras
2-3 cawan santan
Kuib pati ayam 2
Halia 3inci mayang memanjang halus
2-3 batang serai diketuk
Bawang merah mayang nipis-nipis
Bawang putih ”
4 sekawan
Halba 2sudu kecil
Daun pandan
Karet potong dadu/ diparut panjang
Lada hitam serbuk satu sudu kecil atau secukup rasa
Udang yang dah dibuang kulitnya,dan kulitnya direbus dan diblend ambik airnya
Ayam/daging rebus dan carik-ceraikan
Tulang betis/tulang satu tongkol rebus hingga kembang
Daun bawang potong nipis-nipis
Daun sup ”
Bawang goreng
Dan sambal ikan bilis kalau suka

Cara-caranya
Satu cawan beras ** basuh rebus bersama halba dengan air yang banyak hingga kembang dan pecah-pecah biji beras dan masukkan betis /tulang lembu atau kerbau yang dah direbus bersama airnya…

Sebelum tu sediakan bahan-bahan yang tertera di atas.

IKLAN

Apabila beras dah betul-betul kembang masukan karet,air udang,kuib pari ayam dan santan dah mendidih masukan garam dan rasa secukup rasa kalau pekat tambah air secukupnya… dah ok semua boleh la ditutup apinya…

Baru la ditumis darat bawang merah,bawang putih,halia 4 sekawan dan daun pandan dan 2-3 batang serai yang diketuk,bawang dah kekuningan boleh la diangkat dan dituang kedalam periuk bubur tadi.

IKLAN

Masan hendak makan boleh la dimakan dengan sambal bilis atau sambal kosong yang disedia dulu ikut cita rasa masing-masing…

Wanita Ni Tiap Tahun Buat Bubur Lambuk Awal Ramadan, Sedekah Pada Jiran. Kali Ni Kongsikan Resipi Pula, Bolehlah Dicuba!

SELAMAT MENCUBA…
Pic dibawah saya buat pada hari pertama kita sambut Ramadan setiap tahun tuk diedar kepada jiran-jiran terdekat dan jauh … Doakan semuga saya dimurahkan rezeki,diberi kekuatan dan sihat tubuh badan agar dapat lagi buat amaljariah Aamiin Aamiin

Sumber: Kak Limah Comei via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI