Memahami hati seorang wanita bernama isteri sebenarnya tidaklah rumit. Apa yang mereka ingini adalah berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan yakin bahawa ada suami disisi yang akan bersama mereka untuk seumur hidup.

Namun tidak semua suami memahami dan menganggap isteri terlalu manja dan mahukan perhatian setiap masa. Padahal mereka hanya mahu seorang suami lebih peka dengan mereka. Si isteri inginkan perhatian. Mereka ingin disayangi.

Wanita Selalu Marah Anak & Tak Boleh Kawal Emosi Tanda Dahagakan Perhatian & Cinta Suaminya. Deep Perkongsian Ebit Lew Ni!

Apabila suami asyik sibuk fokus pada kerja mahupun minat sendiri menyebabkan isteri rasa terabai dan itu yang menimbulkan konflik dalam diri. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew akan satu kisah suami ini cukup menyentuh hati. Bagaimana seorang suami meminta bantuan dalam menangani si isteri yang suka marah-marah dan menjerit pada anak-anak.

Ini antara saranan Ustaz Ebit Lew kepada para suami yang selalu menjadi punca isteri selalu marah. Berikut perkongsiannya.

Wanita Selalu Marah Anak & Tak Boleh Kawal Emosi Tanda Dahagakan Perhatian & Cinta Suaminya. Deep Perkongsian Ebit Lew Ni!


Memahami hati isteri yang selalu marah dan menjerit pada anak-anak.

IKLAN

Seorang suami minta nasihat mengenai isterinya. Isterinya asyik marah anak-anak. Anak saya 3 orang ustaz. Isteri asyik mara dan jerit pada anak-anak. Terasa kasihan pada anak-anak. Terasa tiada hari anak-anak tak kena marah. Kadang-kadang saya tengok isteri saya sayang yang kecil jer. Kakak sulung asyik kena marah jer. Semua salah kakak besar.

 

Saya takut anak jadi trauma. Dia kalau menjerit atau marah saya rasa nak lari rumah. Kalau saya cuba pertahankan anak saya. Dengan saya-saya kena marah.. Abang nak tahu tak Allah sayang abang. Bila saya dengar ketua keluarga ingin bertanya soalan begini tandanya dia seorang yang baik dan bertanggungjawab. Abang nak bantu dan selesaikan.

Wanita Selalu Marah Anak & Tak Boleh Kawal Emosi Tanda Dahagakan Perhatian & Cinta Suaminya. Deep Perkongsian Ebit Lew Ni!

IKLAN

Sebenarnya selalu wanita tanya masalah suka cubit dan marah anak-anak. Bila saya dengar saya terus tanya ada bincang dengan suami..itu antara punca utama.

Abang nak tahu tak sebenarnya bukanlah kita nak salahkan sesiapa. Selalunya wanita yang selalu marah-marah anak dan tak boleh kawal emosinya kerana dia dahagakan perhatian dan cinta suaminya.

Dia rindukan suaminya. Dia ingin suaminya bersamanya. Isteri kita wanita yang Allah jadikan sensitif. Jiwa mereka lembut. Mereka dahagakan kasih sayang dan rasa kebersamaan dalam membuat segala urusan rumahtangga.

Wanita Selalu Marah Anak & Tak Boleh Kawal Emosi Tanda Dahagakan Perhatian & Cinta Suaminya. Deep Perkongsian Ebit Lew Ni!

IKLAN

Wanita ini bila kita dah dapat hati dia. Semuanya akan jadi superb. Juta-juta kali lebih layanan dan kasih sayangnya kepada suami dan anak-anak. Bila dah terluka dan sakit semuanya berubah… Kita perlu sedar.

Dia bukan bibik kita. Dia bukan orang gaji kita. Mereka wanita yang kita nikahi maksudnya ingin kita cintai,sayangi, bimbing dan pembantu kita sehingga syurga Allah. Mereka bukan milik kita. Mereka amanah Allah.

Wanita Selalu Marah Anak & Tak Boleh Kawal Emosi Tanda Dahagakan Perhatian & Cinta Suaminya. Deep Perkongsian Ebit Lew Ni!

Sebab tu kata ulama pintu agama sebuah keluarga ialah ayah. Pintu agama buat anak-anak ialah ibu. Jika kita membimbing isteri kita dengan Islam dengan cinta dan sayang insyaAllah isteri kita akan bimbing anak-anak kita Islam dengan cinta dan sayang. Mereka dahagakan belaian dan kasih sayang.

 

Peluk mereka. Sayangi mereka. Lihatlah nanti mereka akan peluk dan sayang isteri & anak-anak-ebitlew #keluargasunnahPerlis

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI