Sempena ulang tahun kelahiran kedua anak kepada MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa atau lebih dikenali sebagai Wara di media sosial, Pa&Ma menampilkan kemunculan Wara sebagai cover digital Pa&Ma terbaru.
Kemunculan yang begitu dinantikan semua, lebih-lebih lagi bagi peminat Wara yang sekian lama mengikuti anak kecil ini di media social ibunya.
Gayanya lincah malah petah berkata-kata walaupun masih lagi pelat menuturkan kata. Ada sahaja perkataan yang keluar dari mulutnya dengan begitu lancar.
Ketika sesi fotografi bermula, tanpa disuruh, Wara melangkah cukup yakin ke set yang disediakan khas buatnya. Langkah comelnya seakan sudah bersedia dengan setiap arahan. Memang bijak!
Kala kamera dihalakan kepadanya, Wara hanya memberikan jelingan manja. Senyuman anak kecil ini terlalu mahal pada mulanya namun lama kelamaan bila diagah ibunya, Wara mula mempamerkan rentaknya beraksi.
Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @Lilborn Photography akhirnya membuahkan hasil bila mana setiap aksi dan keletah comel Wara dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.
Ads
Paling menarik pastinya aksi dan telatah lucu Wara yang turut menghiburkan semua ketika sesi penggambaran berlangsung. Wara muncul sebagai zombie comel malah mula menyakat orang-orang disekelilingnya. Memang cute!
Pa&Ma sempat menemubual MUA Bellaz yang sentiasa menemani Wara walau ke mana sahaja. Akui Bellaz, dia mula menerima hakikat anak kecilnya itu kini menjadi perhatian dan kesayangan ramai rakyat Malaysia.
“Perasaan saya sebagai seorang ibu pastinya sangat gembira sebab Bellaz tak sangka pun Wara diterima ramai. Bellaz saja-saja kongsi perkembangan Wara tapi rupa-rupanya menarik perhatian ramai terutama ibu-ibu yang belum ada zuriat.
“Tiap-tiap hari ada orang DM Bellaz minta post video Wara nak tengok gelagat dia. Saya rasa seronok bila dia diterima.
Ads
“Saya pada mulanya tidak berniat untuk menonjolnya Wara, namun kuasa media social dan adanya medium Tik Tok hari ini, tiba-tiba Wara mula menarik perhatian semua,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah keletah Wara, kata Bellaz lagi, Wara cepat tangkap bila diajarkan apa jua kepadanya termasuklah ketika membuat content untuk media social di rumah.
“Wara ni boleh dikatakan dia cepat tangkap, dia mudah faham apa yang Bellaz ajar. Contoh kalau suruh dia menyanyi, dia akan menyanyi. Rezeki dipermudahkan dekat situ,” katanya lagi.
Paling beruntung kata Bellaz lagi, anak-anak yang lain juga turut saling menyokong bekerjasama untuk mempersiapkan video Wara.
“Kadang-kadang abang-abang dan kakaknya yang ingatkan saya berkenaan shooting Wara setiap hari, demi memastikan ada video yang dipaparkan di media social,” kongsi Bellaz lagi.
Buat peminat si kecil Wara, kami kongsikan momen dan hasil comel Wara beraksi untuk Cover Digital bulan ini. Memang comel!
Rupanya bahan hidangan untuk keluarga dan tanaman keliling rumah menjadi bahan untuk ibu-ibu kekal cantik tanpa memerlukan perbelanjaan yang mahal.
Antara bahan untuk ibu kekal cantik dengan menjaga kesegaran rambut untuk mengelak keguguran rambut adalah menggunakan buah tembikai, daun lidah buaya, limau nipis dan bunga raya.
Cara / Petua Merawat keguguran rambut
.
Petua 1: Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.
.
Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
.
Petua 3: Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
.
Petua 4: Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat
.
Insyaallah.. Semoga dengan tips yang dikongsikan ini dapat menjadi ilmu yang bermanfaat untuk semua.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban hari ada sahaja kisah baik individu mahupun syarikat yang mengalami masalah kewangan yang meruncing. Sehinggakan terpaksa memohon bantuan orang ramai dek kerana tidak mampu lagi untuk berusaha sendiri.
Bukan hanya orang biasa, malah situasi ini turut dialami oleh selebriti dalam bidang seni. Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, berkongsi derita ketidakmampuan membayar sewa rumah yang mahal, sehinggakan bertindak menjual set drum miliknya demi mendapatkan wang.
Duit simpanan semakin menyusut sejak lebih setahun lalu kerana tiada undangan persembahan akibat pandemik COVID-19 membuatkan dia mati kutu untuk mencari wang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Apa yang menambah deritanya apabila sewa rumah yang tinggi perlu dilunaskan setiap bulan.
Justeru, bapa tunggal yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Nurazalea Zafirah, 6, ini memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di akaun media sosial miliknya.
“Saya memuat naik video berkenaan kerana berharap pihak kerajaan dan kementerian tertentu boleh memudahkan urusan saya meluluskann permohonan rumah sama ada secara menyewa atau sewa beli.
Menurut Fendy lagi, dia saat ini masih cukup makan pakai. Malah saban hari, rezeki makanan tetap datang tanpa diduga.
“Saya belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya. Yang saya benar khuatirkan ialah soal rumah.
“Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019
“Bulan Disember 2019, pandemik sudah menyerang dunia. Sekitar bulan Februari 2020, sempat jugalah rasa buat ‘show’ masa pandemik.
“Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi,” katanya.
Tambah Fendy lagi, dia kini menyewa di apartmen di Sentul itu dengan sewa bulanan RM1300.
Bekas isterinya turut menyewa di lokasi dan blok sama namun di tingkat berbeza. Mereka masing masing bergilir menjaga anak.
“Sebelum ini saya menyewa dengan kawan di Bangsar, manakala bekas isteri pula di Brickfields. Anak kami pula ketika itu harus berulang alik ke sekolah pendidikan golongan istimewa GENIUS Kurnia di Sentul.
“Selepas mempertimbangkan banyak perkara termasuk kos harian, saya dan bekas isteri sepakat berpindah ke Sentul. Ini semua bagi memudahkan urusan persekolahan anak terutama lokasi lebih dekat.
“Namun saban hari, saya mula memikirkan banyak pertimbangan kalau terus menyewa di Sentul. Itulah sebab saya berharap dapat diperkenankan permohonan rumah PPR atau mampu milik,” katanya.
Demi meneruskan survival hidupnya juga, Fendy turut menjual dua set dram selain perkakasan alat muzik berkenaan.
“Hasil jualan dua set dram itu saya berjaya dapat dalam RM3,000 lebih. Adalah serba sedikit pulangan.
“Macam saya cakap bab makan itu tak ada masalah. Saya pun makan serba sederhana. Mee segera pun saya boleh layan berhari hari. Cuma kalau giliran anak ada di rumah, dia nak makan itu ini. Terutama makanan kegemarannya, roti canai. Jadi terpaksa ‘order’ menerusi aplikasi penghantaran makanan.
“Saya pun enggan berpeluk tubuh dan meminta minta. Jadi saya manfaatkan bakat muzik yang ada. Kalau celik mata, saya boleh buat pelbagai kerja demi meneruskan kelangsungan di era pandemik ini. Tapi apakan daya, saya OKU,” katanya.
Sejak empat minggu lalu juga dia mula mengambil inisiatif buat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam
“Saya sertakan juga nombor akaun bank untuk mereka yang mahu menyumbang ketika menonton persembahan saya. Masa awal buat adalah serba sedikit rezeki boleh diraih.
“Tapi sejak deman bola EURO 2021 mula datang, ‘slow’ sikit sambutan sebab ramai tengok perlawanan bola sepak,” katanya.
Tindakan itu akhirnya menarik perhatian beberapa pihak kementerian termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun yang menyantuni Fendy dan anaknya pagi tadi di kediaman mereka di Sentul.
“Tak sangka Datuk Seri Rina Harun, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) serta wakil dari Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan) sudi menjenguk saya di kediaman.
“Mereka datang ada memberi sumbangan makanan serta wang ringgit dan turut memberi jaminan untuk memudahkan permohonan saya mendapatkan rumah.
“Ikutkan saya pernah memohon untuk mendapatkan rumah sekitar tahun 2017. Namun ia berlalu sepi begitu saja,” kata Fendy ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Rina Harun juga berharap DBKL dapat mempermudahkan proses permohonan rumah yang diidamkan Fendy.
Ketika menyantuni Fendy, beliau turut menyerahkan bantuan Bakul Makanan, pek Ready to Eat selain menyerahkan sumbangan tunai oleh Yayasan Kebajikan Negara dan Tabung Bantuan Segera (TBS) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
“Insya-Allah saya harap urusannya untuk mendapatkan rumah PPR atau mampu milik dapat disegerakan pihak DBKL
“Malah saya juga ada menghubungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah untuk membantu Fendy dalam mendapatkan dana membuat Hiburan Dari Rumah.
“Malah Fendy turut menerima elaun RM500 untuk tiga bulan. Elaun itu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diberikan kepada golongan OKU yang telah kehilangan pekerjaaan, ketiadaan kerja, dibayar separuh gaji atau diarahkan bercuti tanpa dibayar gaji,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan buat Fendy, bolehlah berbuat demikian di 7636586540 CIMB
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Sejak akhir-akhir ni ramai yang kongsi kisah terkena scammer.
Terbaru melalui penghantaran barang ke rumah.
Ikuti perkongsian ini agar jadi iktibar. Hati-hati ye bagi yang suka beli barang secara atas talian.
Taktik baru scammer terkena dah husband ngn saya harini
Kronologi ;
Lebih kurg pukul 6:30 petang tdi. Husband dpt call drpd courier ninjavan kata nk hantar brg and so on.
Pukul 6:55pm gitu abg courier sampai and minta husband kita yg sgt baik hati ni Faris Furniture bayar rm99 ringgit sbb brg COD
Husband tk syak apa2 sbb mmg tgah tggu brg online. Tpi dah sikit pelik sbb brg apa pulak rege rm99 ni. Tnpa bertanya apa2, asben pun gi bayar rm99 kat abg courier wlaupun dah tertera dkt plastic courier brg bernama “umbrella” haiiilaaa suamiku kes tengah kelam kabut jugak sbb abg courier dtg masa hujan
Bukak je parcel sah2 laa terkejut beruk suamiku tengok sebatang payung. Ingat payung magic buka payung blh rumah sebiji ke kan.
Nak meletup jantung ni dengar suami cerita dia bayor rm99 utk payung ni
Alamat takda, nombor telipon tkda, kalu email? Boleh track ke email chocolate@gmail.com mmg sah2 email palsu. Nama shipper cuma “Yamei” . Mmg sah2 terkono..
Berhati2 laa semua. Mcm2 org skrg nk buat duit ni. Sumpah aku tk halal satu sen pun. Semoga pelaku mati merepot dgn duit kitaorg
IKTIBAR
Pengajaran buat suamiku dan semua, dpt parcel sila check dan pastikan apa benda tu. Dari mana, dari siapa, kalu rsa tkda beli apa2, tkyah laa bayar. Always aware apa yg kita beli, brp yg smpai dan kena bayar. Utk apa kita bayar tu. Yaa suamiku rm99 mgkin nmpk kecik, tpi rm99 tu tgah sesak2 besar nilai dia
Panjangkan gaiss, tknk mak ayah kita, wife2 kita, atau adik2 kita pulak terkono
Biarlahh kitaorg je yg kena. Sakit hati sedih hati
Nota Kaki ;
Rupanya banyak sumber2 yg bgithu scam RM99 ni mmg tengah aktif berlangsung sejak 2-3 bulan ni .
KOMEN NETIZEN
Semoga jadi iktibar.
Kredit: Azira aziz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.