Ramai yang tahu kepentingan menderma darah. Ia mampu membantu menyelamatkan ramai golongan yang memerlukan darah.
Sebagaimana kisah warga emas ini, sungguh inspirasi! Pada usia warga emas ini, dia tidak berkira untuk melakukan kebaikkan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.
Memetik laporana, harian metro, Lim Kok Keong, 62. begitu komited menderma darah dan merupakan penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.
Lebih mengagumkan, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.
Ads
Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.
“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.
“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.
“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.
Ads
Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.
“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.
Ads
“Saya menggalakkan masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewaan iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.
Dengan cheese yang melimpah ruah, tengok gambar pun dah rasa terliur kan. Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh, biasanya beli. Kalau teringin nak belajar buat sendiri, boleh cuba resipi daripada Ariana Sofia Ahmad.
Hasilnya cukup lembut, gebu dan terlajak sedap. Anak-anak pasti suka ni.
Hari ni ariana nak share resepi untuk pengemar cheese.
Resepi Kek Pandan Cheese Melimpah Ruah!!
Hihi, nama taknak kalah. Cara buat boleh tengok kat gambar. Full video cara masak ada kat wall ariana😊
Bakteria dan kuman berkembang di celah kuku. Oleh itu, ibu ayah awasi anak yang suka gigit kuku. Memang kebiasaan seperti menggigit kuku sering kali dipandang remeh. Namun, semua itu salah! Ternyata, kebiasaan menggigit kuku merupakan suatu kebiasaan yang negatif yang dapat memberikan kesan yang buruk pula terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.
Tabiat ini jika sering dilakukannya boleh membuatkan kulit jarinya terkelupas atau berdarah. Selain itu, anak-anak akan berisiko besar mengalami keracunan, ekoran kotoran yang melekat pada kuku ketika anak-anak bermain di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Hakikatnya kuku, merupakan tempat berkumpulnya pelbagai kuman dan bakteria. Bakteria yang sering terdapat pada lapisan kuku merupakan bakteria keluarga ‘enterobacteriaceae’ yang merangkumi bakteria E coli mahupun bakteria salmonela. Bakteria dan kuman tersebut akan berkembang dengan baik di celah-celah kuku.
Ketika seseorang kanak-kanak menggigit kuku, maka bakteria-bakteria berbahaya tersebut akan berpindah dari kuku ke mulut dan akan menuju ke usus. Bakteria yang menyebar sampai ke usus akan menyebabkan infeksi yang biasanya menyebabkan terjadinya penyakit seperti sakit perut serta cirit-birit.
Selain itu, menggigit kuku dapat meningkatkan pendedahan kepada penyakit seperti flu kerana tangan yang kotor masuk ke dalam mulut.
Malah, ia juga dapat meningkatkan risiko ‘paronychia’ atau infeksi kulit di sekitar kuku. Hal ini ditunjukkan dengan adanya warna kemerahan atau pembengkakan serta rasa sakit di bahagian kulit kuku.
Kebiasaan menggigit kuku juga akan mengganggu kepada kesihatan gigi. Gigi akan bergeser dari tempat semulanya dan juga dapat berpotensi menyebabkan gigi patah atau merosak lapisan gigi.
Pakar kanak-kanak beranggapan tabiat menggigit kuku ini dicetuskan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan psikologi seperti kebosanan, tekanan, kegelisahan, rasa tidak selesa atau hanya sekadar kebiasaan. Kebiasaan menggigit kuku ini sama juga dengan kebiasaan mengigit-gigit rambut, menggaru hidung atau melagakan gigi.
Semasa ibu bapa mendapati anak mulai menggigit kuku, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengenal pasti punca ia berlaku. Pelbagai situasi boleh dikenal pasti, yang mungkin menjadi punca pencetus tabiat ini termasuk mengikuti ‘playgroup’, adanya haiwan peliharaan baru di rumah atau lahirnya adik baru.
Kebanyakan ibu bapa secara spontan akan berusaha menghentikan kebiasaan tersebut dengan pelbagai cara termasuk memarahinya. Masalahnya si kecil sendiri pun tidak memahami kenapa dirinya melakukan kebiasaan itu.
Dorongan untuk menggigit kuku boleh berlaku begitu saja tanpa disedari misalnya semasa dimarahi. Malah, pakar pendidikan awal kanak-kanak cenderung mencadangkan ibu bapa membiarkan ia berlaku kerana akan kebiasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.
Tips mengatasi kebiasaan menggigit kuku si kecil
Bagaimanapun, jika sikap kebiasaan tersebut dibiarkan berlarutan, ia boleh mengganggu aktiviti makanan atau boleh menimbulkan luka pada jari tangan si manja. Terdapat beberapa tip yang dapat dilakukan untuk mengurangi atau bahkan menghilangkan kebiasaannya tersebut.
1.Beri amaran secara lembut. Semasa si kecil mulai menggigit kukunya, ibu bapa perlu memberi amaran dengan lembut untuk menghentikan aktivitinya, atau berikan isyarat khusus misalnya dengan geleng kepala supaya si manja tidak rasa seperti dimalukan. Mengherdik atau menarik tangan si kecil dengan kasar terutama di tempat umum adalah cara yang kurang bijak.
2.Alih perhatian. Memberikan si kecil objek untuk alih perhatiannya daripada perbuatan kebiasaannya itu. Berikan benda ‘pengalih’ untuk dipegang seperti bola kecil, gelung, permainan doh atau mainan kecil. Secara umumnya objek tersebut dapat mengurangi kebiasaan mereka menggigit kukunya. Teknik ini juga sering diterapkan pada anak remaja atau dewasa yang mengalami situasi yang sama.
3.Potong kuku. Menjaga agar kuku si kecil selalu pendek. Kuku akan dipotong untuk mengelak menjadi panjang bagi mengurangi kebiasaan menggigit kukunya.
4.Pakaikan sarung tangan. Mengenakan sarung tangan kain yang bersih dapat menghalang si kecil menggigit kukunya dengan harapan dapat mengurangi kebiasaan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Hasil tangan hingga ke anak cucu dapat di kenang.. dibawa seantero dunia.” Demikian antara komen warga maya tatkala melihat wajah insan di sebalik tulisan khat pada Wang Kertas Malaysia.
Jika anda perasan, di setiap wang kertas itu ada tertulis perkataan ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ dalam tulisan Jawi. Walaupun tulisan khat itu kecil saja, tetapi ia membawa 1,000 makna kepada penulis khat tersebut yang dikenali sebagai Haji Sulaiman Awang.
Ahmad Fedtri Yahya menerusi facebooknya berkongsi gambar pemilik tulisan khat berkenaan.
Memori. Inilah orangnya… tulisan khat pada duit kita tu, Hj Sulaiman Awang yang tulis 🙂 CNN pun cari dia nak interview 😊
Mengimbau kembali detik bersejarah itu, Sulaiman berkata, beliau didatangi seorang lelaki pada 1997 yang memintanya menulis Bank Negara dalam tulisan Jawi di atas sekeping kertas.
“Lelaki yang bernama Haji Muhamad itu kemudian menghantar tulisan saya ke Bank Negara Malaysia (BNM). Tidak lama selepas itu saya dimaklumkan mereka menerima tulisan saya untuk diabadikan pada wang kertas negara ini,”
Menurut Sulaiman, ketika itu perasaannya bercampur-baur antara tidak percaya dan gembira apabila melihat tulisannya pada wang kertas dari nilai RM2 hingga RM1,000. “Saya tulis sekali saja dan tulisan saya terus diterima. Sudah tentu saya gembira dan rasa amat dihargai,” katanya.
Sebagai penghargaan, katanya, beliau menerima koleksi istimewa wang bercantum not RM2 dan RM10 daripada BNM.
Di usia emasnya kini, Sulaiman tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki dan masih mendapat permintaan menulis khat.
Antaranya, tulisan khat Sulaiman boleh dilihat pada papan tanda dan kepala surat Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa.
Bakat Sulaiman turut diwarisi anaknya yang juga dramatis terkenal, Intan Azura sehingga memenangi pertandingan khat ketika di sekolah, namun sayangnya ia tidak dikembangkan.