Warga emas maut dihempap dahan pokok ketika menunggang motosikal. Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap dahan pokok besar ketika menunggang motosikal di Kilometer 34, Jalan Kuala Bera-Chenor, pada petang Selasa.
Warga Emas Maut Dihempap Dahan Pokok Ketika Menunggang Motosikal
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.50 petang itu, mangsa, Kamar Seman, 65, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Papan apabila sebatang dahan pokok besar secara tiba-tiba tumbang dan menghempapnya.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 7 malam sebelum pegawai penyiasat diarahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di bahagian belakang kepala. Penduduk kampung membantu mengalihkan dahan pokok yang menghempap mangsa.
“Semasa sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebatang dahan pokok besar telah patah lalu menghempap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ads
Tambah beliau lagi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Bera.
Ads
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi tujuan bedah siasat. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) kerana tiada rekod kesihatan ditemui pada mangsa dan punca sebenar kematian masih belum dikenal pasti.
Amira Othman akan jadi ibu tiri Fatima yang sangat baik – pengurus Fattah Amin. Sedia maklum, pada Isnin lalu pelakon popular, Fattah Amin bersama penyanyi Amira Othman telah berkongsi khabar gembira bahawa mereka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 September ini di Johor.
Perkongsian tersebut bukan sahaja menggembirakan para peminat, malah rakan-rakan terdekat yang sudah lama mengetahui mengenai hubungan mereka turut tumpang bahagia melihat kedua-dua selebriti itu akhirnya bertemu jodoh.
Lebih menarik, sebuah rakaman temu bual bersama pengurus Fattah, iaitu Acah, tular di platform TikTok apabila beliau menitipkan doa khas buat pasangan berkenaan.
Dalam ucapannya, Aca berharap agar suatu hari nanti Fattah dan Amira dikurniakan cahaya mata sendiri serta sentiasa memberikan kasih sayang kepada Fatima, anak perempuan Fattah.
“I tahu Amira akan menjadi seorang step-mother untuk Fatima yang sangat baik. Dan Fattah pula seorang bapa yang sangat penyayang,” ujarnya.
Nada sebak jelas kedengaran ketika Acah mendoakan agar pasangan itu dipanjangkan jodoh hingga ke akhir hayat serta dipertemukan kembali di syurga.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.
Guru berkenaan, Muslim Ismail, menyatakan bahawa pelajar tersebut pernah kerap tidak hadir ke sekolah semasa berada di Tingkatan Empat, sehingga hampir dikenakan tindakan buang sekolah.
Namun, hasil usaha berterusan daripada guru-guru dan kaunselor yang tidak putus asa memotivasikan pelajar itu, akhirnya dia kembali meneruskan persekolahan.
“Hari ini dia dapat A- untuk subjek Landskap dan Nurseri, tetapi aku tak berpeluang nak ucapkan tahniah secara berdepan.
“Dia telah pergi meninggalkan kita Isnin lalu akibat jangkitan selepas pembedahan apendiks,” tulis Muslim dalam satu hantaran di Facebook.
Menurutnya lagi, walaupun pelajar tersebut tidak pernah lulus dalam subjek berkenaan, dia tetap menunjukkan kesungguhan dan rajin melaksanakan tugasan yang diberikan.
Pelajar itu juga didapati mempunyai kesukaran dalam aspek pemahaman dan daya ingatan, yang menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan-rakannya.
“Dia bukan pelajar yang sempurna, tapi dia sentiasa cuba. Aku tak pernah marah sebab aku tahu batas keupayaannya. Kadang-kadang, bila dia tertinggal bas selepas tuisyen, aku akan hantar dia pulang dan sempat beri kata-kata semangat.
“Mungkin alam persekolahan terlalu mencabar untuknya – dunia akademik yang penuh dengan tekanan dan perbandingan membuatkan dia merasa terasing. Tapi dia suka menyanyi.
“Sebab itu aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Walaupun kami tak menang, dia mula seronok datang ke sekolah, mungkin kerana dia rasa dirinya dihargai,” tambah Muslim.
Sepasang suami isteri tekad untuk menjual sebuah kenderaan yang merupakan pengangkutan utama keluarganya kerana berdepan dengan masalah kewangan yang rumit dan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Ini merupakan ikhtihar terakhir bagi mereka demi untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka yang sudah 3 bulan tertunggak.
“Bayaran rumah sewa sebanyak RM400 sebulan sudah tertunggak tiga bulan. Itu belum lagi nak menampung makan minum kami sekeluarga.
Menurut isteri pasangan berkenaan, Safiyah Abdullah bahawa kereta Kancil terpakai itu dibeli pada 2021 untuk kegunaan berniaga dan menghantar anak-anak ke sekolah.
Walaupun berat hati untuk melepaskan kereta yang banyak membantu mereka sekeluarga dalam mencari rezeki, namun wanita berusia 30 tahun ini bersama suaminya terpaksa melepaskannya.
“Saya dan suami berniaga asam pedas tetal sejak 1 Ramadan lalu, tapi tak balik modal. Ada hari hanya terjual sebungkus RM5 sahaja.”
Perniagaannya hanya bertahan selama enam hari, Safiyah terpaksa akur bisnes berkenaan lebih mendatangkan kerugian sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.
“Sebelum ni okay, tapi masuk bulan puasa bisnes makin ‘sakit’. Mungkin antara sebab adalah gerai kami di Duyong Bestari, Melaka terlalu dekat dengan bazar Ramadan, jadi orang ramai lebih tertumpu ke sana membeli juadah.
“Kami pula tak mampu nak sewa tapak bazar. Jadi berniaga apa yang boleh, tapi kami struggle nak bayar tunggakan sewa rumah dan tanggung anak-anak.
“Itu sebab kami buat video di TikTok untuk cuba jual kereta kancil tu pada harga RM3,000,” ujarnya yang mempunyai 5 orang anak.
Selain masalah tunggakan sewa rumah dan sara hidup keluarga, dia yang menetap di Melaka Tengah, Melaka itu juga perlu menanggung kos penjagaan anak bongsunya yang berusia dua tahun kerana menghidap laryngomalacia yang berkaitan dengan masalah saluran pernafasan.
“Kami lebih risau hilang tempat tinggal. Kat mana kami sekeluarga nanti? Itu belum lagikos ulang-alik bawa anak ke hospital setiap minggu selain cari duit untuk baiki seandainya kereta tu rosak lagi.
Apabila ditanya mengenai bantuan kewangan daripada NGo ataupun zakat, wanita ini memaklumkan bahawa dia cuba ikhtihar sedaya-upaya sebelum mendapatkannya.
“Bukan tak pernah terfikir nak mohon bantuan zakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tapi kami rasa masih mampu berusaha dan berikhtiar sedaya-upaya.
“Bantuan kewangan tu seeloknya untuk mereka yang lebih susah, fakir miskin. Buat apa ambil hak orang, jadi kami ikhtiar dengan jual kereta untuk selesaikan segala hutang yang ada,” ujarnya lagi.
Kisah Safiyah dan keluarganya ini yang tular di media sosial telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang kemudiannya segera membuat lawatan bersama JKM dan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) ke rumah keluarga tersebut, pada Isnin lalu.
“Hasil perbincangan Safiyah tak pernah mohon JKM dan Maim untuk bantuan yang berkala. Kita tunggu Safiyah lengkapkan borang untuk hantar kepada JKM dan Maim.
“Untuk rekod juga, Maim sebenarnya banyak kali dah bantu Safiyah dalam bentuk one-off (sekali) yang mana dia datang apabila mengadu masalah dan Maim bantu secara tunai.
“Jadi, untuk langkah seterusnya kita perlukan dokumen-dokumen daripada Safiyah untuk kita bantu dari segi bantuan lain.
Pasangan ini turut mengatakan bahawa, mereka tidak menyangka kisah mereka mendapat perhatian ramai di media sosial.
“Alhamdulillah syukur. Kami juga mencuba nasib, kembali berniaga nasi goreng ayam kunyit dengan menu rahmah berharga RM5 sebungkus.
“Buat masa ini, kami buka tempahan dan kebanyakan pelanggan melakukannya untuk infaq Ramadan, sama ada disumbangkan ke masjid, rumah anak-anak yatim atau orang awam.
“Jika ada permintaan, kami akan menjual di gerai seperti biasa. Terima kasih kerana ramai yang prihatin dan teruskan mendoakan kami,” katanya.