Seorang warga emas bergelut melawan penyamun yang menyamun rumah mereka di Muar kerana bimbangkan keselamatan cucunya yang ketika itu berada di rumah bersama pembantu rumah.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 60, berkata ketika kejadian cucunya berusia tiga bulan berada di rumah bersama pembantu rumah, manakala ahli keluarga lain keluar.
Menurutnya, mereka kemudian menerima mesej memaklumkan kediaman dimasuki dua lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang di Taman Sri Treh sebelum bergegas pulang.
Ads
“Kami lawan mereka (penyamun) kerana bimbang bayi dalam rumah menjadi mangsa.
“Apabila tiba di rumah, kami lihat penyamun sudah berada di dalam lalu cuba melawan kerana bimbang bayi diapa-apakan.
Ads
“Pada masa sama, suami dan anak lelaki bertindak menghalang kenderaan yang digunakan ketika kedua-dua penyamun mahu melarikan diri,” katanya berkongsi.
Ads
Akibat dari situasi getir itu, tangan suaminya cedera parah terkena parang namun sudah diberikan rawatan.
“Akibatnya, suami saya parah di kedua-dua tangan kerana terkena parang dan dibawa ke hospital bersama anak lelaki,” katanya ketika ditemui, di sini.
Dalam kejadian 6.20 petang itu, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki dua penyamun memakai pelitup muka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang-kadang kita rasa kita tegas, tapi sebenarnya kita tengah menengking. Perasan tak, anak-anak ni sebenarnya perlukan emosi yang stabil untuk mereka membesar dengan sihat?
Dalam perkongsian Abu Hannah ni, beliau tekankan betapa pentingnya elakkan tengking anak. Bukan je sebab suara yang kuat, tapi vibes negatif yang datang sekali dengan tengkingan tu boleh bagi kesan besar pada perkembangan emosi dan mental anak-anak.
Anak ni, ko nak dia bijak, cerdas dan cergas sebenarnya ada 1 perkara pokok ko kena amal buat. Iaitu elakkan TENGKING anak. Ada beza ea garang, tengking, marah, tegas. Garang = Sejenis perasaan yg dirasai oleh org sekeliling sbg satu personaliti kepada seseorg. Org garang tidak perlu tengking atau tidak perlu marah. Tetapi org tahu personaliti dia garang. Biasanya org garang ini sebenarnya dia melindungi sesuatu drpd org lain. Cthnya dia lembut didalam. So nak melindungi kelembutan tu dia tutup dgn sifat garang.
Tengking = Sejenis sikap suka melepaskan rasa amarah dengan menggunakan suara yg kuat disertai dengan emosi yang meluap luap. Kebiasaannya org panas baran dilabel panas baran bila mereka suka menengking. Kanak2 akan jadi lembab jika kerap ditengking bukan kerana tengkingan itu. Tetapi vibes yg dihasilkan sewaktu menengking itu membuatkan anak2 semakin hilang keupayaan utk berfikir dan bertindak serta sukar membuat .
Dan lama kelamaan ianya jika tidak dirawat boleh mendatangkan masalah konflik identiti. Dan itu adalah fasa awal depressi pd anak2. Marah = Orang pemarah dan org penengking berbeza. Sbb ada org suka marah dia pendam dan diam. So dia lepaskan dgn emosi merajuk. Panas baran sebenarnya org yg suka menengking. Pemarah tak semestinya menengking. Sbb ada org dia suka diam bila marah.
Tegas = Suatu kekuatan dalam hati. Org tegas bukan pemarah, bukan penengking dan tak semestinya garang. Tegas adalah pendirian dlm diri. Tiada kaitan dengan emosi. Ada org yg pendiam tp tegas. Ada org oenakut tp tegas. Namun tegas sinonim dgn berani. Sebab ramai org keliru bila aku tulis jangan tengking anak. Org tu ingat tegas dan marah tu aku maksudkan tengking. Kunci didikan anak ada pd bait kata saidina ali ra. Iaitu satu manusia yg Allah redha utk ke syurga semasa hayatnya. Org yg rapat dengan nabi saw. Org yg awal memeluk islam diusia muda. Org yg memimpin umat Islam dikala suasana perit Bila sebut jer sahabat nabi saw, maknanya ia merujuk org yg setia dan paling rapat dgn nabi saw.
Org plg hampir kepada nabi saw. Melihat dan dengar setiap satu perbuatan dan sabdaan nabi saw. Saidina ali ra pesan ” Didik anak 7 tahun pertama sbg raja ” Mcm mana ko layan raja? Ada ko tengking raja? Sebab otak manusia yg bergerak dlu semasa 7 tahun pertama adalah otak kanan. Otak kanan adalah otak yg penuh dengan emosi. Sebab tu org yg menyukai kepada seni kebiasaannya akan menggunakan daya otak kanan dgn kuat.
7 tahun pertama sesuai didik anak supaya belajar mengenali emosi mereka. Supaya kelak mereka boleh seimbangkan dan kawal emosi. Emosi adalah sumber kekuatan jiwa manusia. Jiwa kuat, badan sihat. Otak kanan juga ada daya imaginasi yg sgt2 tinggi. Rangsang semaksimum mungkin daya tu, baru ko dapat unlock penggunaan otak kiri. Tak kisah lah ko bg fish oil ker, hemp oil ker, sacha inchi oil ker. Once ko kerap tengking anak. Otak anak yg nak develop td akan terbantut. Dan data yg terbantut tu membantutkan tahap berfikir dan tahap bertindak anak2. Hannah panggil aku.
Nti sambung… If aku kata tengking pun a BIG NO. Maknanya sentap tangan, maki, tumbuk adalah berlebih jangan dilakukan. Aku juga belajar perlahan lahan. Ko nak anak mudah memghafaz masa sekolah, mudah mengira, mudah membaca. Stop TENGKING anak. Agaknya, suka tak dpr suami atau bos yg suka menengking?
Anak manja? Jgn risau. Anak manja adalah anak yg berdikari. Ada beza manja dan mengada. Next nti sambung.. So start arini jangan tengking. Stop tengking terus. Ada cara nak stop perangai menengking ni.
Kredit Penulis : Abu Hannah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Guru Pasti sedih hilang murid-“Wajah arwah cerah, berseri, lain daripada biasa…petanda dia nak pergi.” Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Jannah, Kampung Tanjung Bunut, meluahkan rasa sedih atas kehilangan muridnya, Muhammad Al Amin Khairul Syahmi, 5, yang meninggal dunia bersama ibunya dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang Selasa lalu.
Guru tersebut, Azizah Mohd, berkata wajah arwah kelihatan cerah, berseri dan lain daripada kebiasaan, seolah-olah memberi petanda sebelum pemergiannya buat selamanya.
“Arwah Amin seorang anak yang pendiam, mudah diurus, suka senyum dan tidak pernah menyusahkan sesiapa. Minggu lepas, saya perasan wajah dia nampak sangat putih dan berseri. Dia juga datang lebih awal dari biasa, tapi saya tak sangka itu kali terakhir kami bertemu,” katanya.
Azizah yang mendidik arwah sejak berumur empat tahun menyifatkan kanak-kanak itu yang mesra dipanggil Amin sebagai murid pendiam, mudah diurus, sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyusahkan sesiapa.
Menurut Azizah, arwah yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik, jarang mengikuti ibu bapanya ke luar kawasan kerana biasanya dia dihantar ke sekolah oleh mereka dan dijemput oleh datuk atau nenek selepas tamat waktu persekolahan.
“Namun, semalam (Selasa), dia menangis bersungguh-sungguh mahu ikut ibu bapanya bekerja. Tak sangka itulah perjalanannya yang terakhir,” ujarnya lagi.
Tambahnya, seramai 20 murid PASTI bersama guru hadir menziarahi jenazah Allahyarham Amin dan ibunya sebelum kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Pasu sekitar jam 11.30 pagi, Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa di Kilometer 362.9, LPT2 berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Dungun, lori yang dinaiki keluarga itu dipercayai hilang kawalan akibat tayar pecah sebelum terbabas dan terbalik.
Kemalangan tersebut mengakibatkan Muhammad Al Amin dan ibunya, Isnaini Mohd, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala bapa kanak-kanak itu, Khairul Syahmi Mat Hassan, 49, mengalami kecederaan serius dan sedang dirawat di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir memaklumkan, ketika kejadian pasangan suami isteri itu yang bekerja di sebuah syarikat pembekal perkakasan elektrik dalam perjalanan pulang ke Gong Badak, Kuala Nerus selepas selesai menghantar ‘chamber’ pembumian elektrik di Kuantan, Pahang.
“Kalau kita tak jumpa..jumpa di syurga – Minta tenangkan ibu, Imam Muda Asyraf kongsi pesanan terakhir PU Rahmat. Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf, mendedahkan beberapa pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh rakan pendakwahnya, PU Rahmat Ikhsan, yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam temu bual bersama Bernama Radio, beliau berkata PU Rahmat sempat menitipkan pesan agar rakan-rakannya menenangkan hati ibunya serta menyampaikan perkara-perkara baik mengenai perjalanan misi tersebut.
“Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan. Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku,” kata Imam Muda Asyraf.
Selain itu, beliau turut menceritakan detik terakhir PU Rahmat sebelum ditahan pihak berkuasa Israel pada awal pagi Khamis.
“Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa… kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga,” ujarnya.
Imam Muda Asyraf antara yang hadir dalam himpunan solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Khamis tengah hari, sebagai bantahan terhadap tindakan Israel menyekat pelayaran flotila kemanusiaan itu.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa penahanan yang dilakukan rejim Zionis adalah tidak sah serta menuntut pembebasan segera semua peserta flotila. Mereka juga menekankan supaya sukarelawan dilayan dengan penuh hormat mengikut prinsip undang-undang antarabangsa.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.