Tahukah anda? Ramai lagi pewaris si mati tidak tuntut khairat kematian yang disediakan oleh ASB ini.
KHAIRAT KEMATIAN UNTUK ASB
Tolong lah tuntut. Walaupun ada akaun asb je pun , takde asb loan. Boleh tuntut. Janji ada akaun ASB min baki RM10. Waris bawa surat kematian je pergi mana-mana ejen. RHB boleh , Maybank boleh. Tuntut. On the spot dapat.
WAJIB tuntut dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian. Ramai yang tak tahu. Tolong war-warkan. Selepas 6 bulan dapat claim dah. Ingat
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Simpanan mesti ada baki min rm10 dalam akaun asb
Waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Walau teruja macam mana sekali pun untuk meraikan Hari Raya ini, adab seisi keluarga sebagai tetamu jangan dipandang ringan. Apa yang pasti bukan anak-anak kita sahaja perlu dijaga adabnya, malah kita yang sudah berusia ini juga kadang-kadang tidak terlepas daripada alpa. Bimbang juga akhirnya mengundang rasa tidak selesa kepada tuan rumah. Kalau boleh, biarlah kunjungan keluarga kita menjadi suatu perkara yang menyenangkan hati tuan rumah.
Untuk itu, jom ketahui beberapa adab bila beraya di rumah orang yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini. Jom semak.
“Tips dan Adab-adab beraya di rumah orang”
Raya dah tak lama lagi dah, lagu-lagu raya pun dah berkumandang sana sini, so abam nak kongsikan tips dan adab-adab beraya di rumah orang :
1. Call dulu sebelum datang
Perkara ni bukan apa, untuk memudahkan tuan rumah…mungkin dia boleh suruh kita pergi rumah lain dulu, sebab rumah dia dah penuh…mungkin juga dia boleh prepare apa yang patut bila tahu kita nak datang…mana la tau, kot-kot ada makanan yang dah habis, dia boleh masak baru, topup baru sebelum kita sampai.
2. Berkunjung dengan niat untuk menziarah.
Bukan niat untuk nak tengok dia tukar kereta baru ke, dia tukar perabot baru ke, tahun ni langsir dia design apa dan warna apa, apa tema baju raya dia sekeluarga…dia tak tukar apa-apa pun tak pa, bukan menjadi sesuatu yang wajib bilamana raya je, kena serba serbi baru…nope…
3. Kalau ada anak kecik, tolong jaga, tolong kawal.
Pesan kat anak-anak kita sebelum sampai rumah orang tu, suruh diorang behave, jaga kelakuan, jangan buas, jangan melompat sana sini, jangan conteng sofa orang, jangan celup tangan dalam akuarium orang, jangan masuk ke dapur orang, duduk kat ruang tamu SAHAJA, makan apa yang ada, jangan merungut, jangan buat muka kalau tak ada benda yang dia suka makan…warning dia, kalau tak behave, abah cubit atau masuk je dalam kereta, kena dengan mak…jangan biar anak-anak kita melilau dalam rumah orang, pegang macam-macam atau rosakkan barang orang…alasan “ala, budak-budak, biasa la…” NO NO NO, Pasu aku yang ank kau pecahkan tu, aku beli kat Antartika beb…!!!
4. Jangan menyusahkan tuan rumah.
“Ala, air oren ke? Ada Teh Ais Cincau tak? boleh bancuh Teh Ais Cincau tak?” “Mee ni campur sayur eh? Boleh tak buat mee yang tak de sayur sebab I tak makan sayur, jangan lupa letak ayam dan daging…” Beb, ko sapa beb? PM Malaysia? Sultan Selangor? Ko marhaien gak beb, minum dan makan apa yang ada. Ko datang beraya, bukan ko pegi restoran 5 star…banyak cekadak plak dia nak tuan rumah ikut selera dia…
5. Minta izin ke tandas, atau ke dapur, atau nak solat.
Suarakan keinginan nak guna tandas, atau nak bawak pinggan yang dah habis makan tu untuk dicuci didapur, atau nak tunaikan solat. Jangan terus redah masuk rumah orang macam tu ja…ada tempat-tempat yang tuan rumah kurang selesa untuk tetamu masuk atau tengok, jadi sila hormati tuan rumah…
6. Duit raya bukan perkara wajib.
Duit raya ni sifatnya sedekah, bukan perkara yang diwajibkan dalam Islam, hukumnya juga harus…kita dibesarkan dengan budaya bagi duit raya pada hari raya, so kalau ada rumah yang tak bagi, JANGAN MINTAK…kalau ada rumah yang bagi, jangan ckp “ALA, 3 RINGGIT JER”…itu hak tuan rumah untuk bagi, takde nilai tetap, semuanya atas kemampuan tuan rumah…
7. Jangan duduk lama sangat.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan la duduk lama sangat…tuan rumah memang tak cakap apa, tapi common sense la untuk berpada-pada duduk rumah dia…dia mungkin nak kena mandi, mugkin nak kena masuk dapur mengemas, mungkin nak kena bersihkan rumah sebelum kedatangan tetamu lain…maka, perlu ada kesedaran untuk TAHU bila nak balik…mentang-mentang TV tayang citer best, 3 jam punya crita, hindustan, 3 jam ko duduk umah dia…tu umah orang, bukan panggung wayang…
8. Letak tepi la HP tu.
Raya ni, kalau boleh, ko letak la tepi hp Hawauwei P30 ko tu…simpan dalam beg…bersembang, meriahkan suasana rayatu…JANGAN #rayaumahsenah#lamatakjumpa#diabuatmeekuah#sedap#jemputdtg…bukan masanya ko nk ber-FB, ber-Insta bagai, Tweet2, berhashtag bagai..masa untuk beraya, untuk nak tanya khabar masing-masing…kalau datang untuk main HP, WI-Fi cemey, ko tak yah datang la dik…kita beraya melalui wassup ja…
9. Berterima kasih kepada tuan rumah.
Ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah sebelum balik kerana diorang sudi melayan kita sebagai tetamu mereka…puji makanan yang disediakannya…bagi tuan rumah gembira dengan kedatangan kita…
Deep pulak tips beraya abam kali ni…semoga bermanfaat ya, take note point-point penting ni to avoid ko kena kecam atau kena viral lepas balik dari umah dia..
Sempena meraikan Aidilfitri yang disambut dalam suasana norma baharu walau kita tidak dapat berkunjung-kunjungan bertemu sanak saudara dan rakan taulan untuk memeriahkan sambutan hari raya kali ini, namun sambutan lebaran tetap juga dirai dalam suasana yang seadanya.
Pastinya ramai antara kita turut bergambar menggayakan baju raya sedondon sebagai kenang-kenangan. Bahkan semenjak di pagi Syawal hingga ke hari ini, media sosial dipenuhi dengan perkongsian gambar-gambar keluarga menggayakan baju raya. Masing-masing cantik dan segak berpakaian tradisional sedondon.
Hal ini tidak terkecuali penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini yang memilih tema purple sedondon dengan anak angkatnya, Helena Hael.
Perkenal Twin
Namun, apa yang lebih menarik perhatian melalui entry di IG milik penyanyi lagu ‘Hati’ ini, selain gambar sedondon raya bersama anak Helena, turut memperkenalkan dua orang bayi lelaki dengan berpakaian sedondon dengannya.
Dalam kapsyen ringkas Hael ada mengucapkan selamat Hari Raya buat semua dan sempat memperkenalkan anak kembarnya yang diberi nama Haelmy dan Haelman.
Sehubungan dengan perkongsian ini, warganet berasa teruja melihat keluarga Hael. Tambah-tambah lagi dengan kehadiran anak-anak angkat kembar yang comel.
Bahkan warganet bukan sahaja turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga Hael bahkan ada juga yang sempat menyakat dengan bertanya kepada Hael di ruangan komen bilakah ‘mummy’ untuk anak-anaknya akan ada sama dalam gambar keluarga di hari raya mereka.
Bayi mirip Tengku Mahkota Pahang, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
“BAGAIMANAPUN, WAKTU UMUR LIMA KE ENAM BULAN, SAYA ADA KONGSI SATU VIDEONYA DI TIKTOK DAN RAMAI TINGGALKAN KOMEN MENGATAKAN WAJAH ANAK SAYA MIRIP TENGKU HASSANAL.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
LEBIH MEMBUATKANNYA TERHARU APABILA MENDAPAT KOMEN DARIPADA BONDA TENGKU HASSANAL IAITU TENGKU AMPUAN PAHANG, TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“SETAKAT ITU SAJA DAN JUJURNYA, SAYA DENGAN SUAMI BERHARAP DAPAT BERTEMU TENGKU HASSANAL, KALAU BOLEH NAK BERGAMBAR SAMA UNTUK KENANGAN CUMA BELUM ADA KESEMPATAN,” KATANYA.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...