Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya!

Share

Tentu ada yang lalui perkara ini, apabila penghawa dingin tidak berfungsi gara-gara di gigit tikus. Nak baiki kena panggil tukang repair, tapi jika sebulan dua kali, tentu ‘lari’ bajet bulan tu.

Menarik dengan perkongsian lelaki ini, beliau telah menunjukan cara menggunakan berus sabut untuk menghalau tikus daripada berada di kawasan itu.

Ikuti lanjut caranya.

Siapa pernah kene macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wire.

Bila panggil tukang repair, mudah je. Panjat, buka dan sambung semula wire tu. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.

Tapi bila sebulan sampai 2 kali kene, duit kita yang selesai kalau biarkan je.

Petua die bagi, letak berus sabut kat tempat piping masuk. Katanya tajam-tajam berus sabut tu buat tikus tak jadi masuk. Masuk akal juga.

Terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikut boleh masuk. Cuba je. Modal pun tak besar mana.

Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tak de masalah tikus gigit wire dalam outdoor unit.

Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk.

Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.

Sumber: Abdul Hadi via kelab kaki D.I.Y

Top article:

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

VIDEO KAK LONG KONGSI-TAZKIRAH REZEKI MENCURAH UNTUK KELUARGA

IKLAN