Apabila anak semakin meningkat usia, pastinya sebagai ibu bapa merasakan betapa cepat anak-anak membesar. Setiap tahun ketika tibanya hari lahir si anak, pasti akan diadakan sambutan hari lahir sama ada secara bersederhana atau pun besar-besaran.
Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya mengadakan sambutan hari lahir anak sulungnya yang menginjak ke usia setahun. Ianya merupakan sambutan kali pertama, pastinya sambutan tersebut diadakan dengan penuh kemeriahan.
Bertemakan warna pink, Talita Love kelihatan sangat comel mengenakan gaun berwarna pink. Ketika majlis tersebut, pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak kecil dan juga hiasannya juga sangat cantik dengan bunga-bungaan berwarna pink.
Majlis dihadiri oleh rakan-rakan dan kaum keluarga di sebelah suami Raja Ilya, Trent Garrett. Raja Ilya kini menetap di Australia mengikuti suaminya yang berasal dari sana. Alahai, comel betul Talita yang banyak mewarisi wajah ayahnya.
Ads
Untuk rekod, Raja Ilya telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 bersama dengan Trent Garrent. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Talita Love.
Dirinya kelihatan seorang wanita yang normal secara pandangan kasar. Namun siapa sangka rupanya dirinya menghadapi kelainan yang jarang dialami oleh wanita lain.
Tidak pernah terfikir dirinya mempunyai keunikkan yang tiada ada pada wanita lain. Suri rumah ini yang dikenali sebagai Nur Hasmidah Hamzah, 32, rupanya dilahirkan dengan dua rahim, dua pangkal rahim dan dua vagina. Bahkan dia hanya memiliki satu buah pinggang.
Kisahnya tular setelah dia berkongsi mengenai keunikan ‘bicornuate bicollis uterus’ itu di akaun media sosialnya sejak tahun lalu.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lapan bulan itu mengambil pendekatan terbuka untuk berkongsi kisahnya di TikTok selepas mendapat keizinan suami untuk kesedaran ramai mengenai kesihatan wanita berdasarkan pengalamannya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
\
USIA 26 TAHUN BARU TAHU ADA KELAINAN PADA DIRI
Memetik laporan Harian Metro, keunikan itu hanya diketahui ketika dia berusia 26 tahun dan masih bujang. Katanya, ketika itu, selepas terbabit dengan aktiviti mendaki gunung, dia mengalami senggugut serta datang bulan berterusan selama tiga bulan.
Justeru, menurutnya, sebagai seorang wanita dan ibu, dia mahu ibu bapa lebih cakna mengenai anak kerana sebelum ini, dia terlalu mengambil mudah selain kurang kesedaran untuk melakukan pemeriksaan.
“Ketika berusia 14 tahun, saya pernah tumpah darah di asrama sekolah tetapi tidak memaklumkannya kepada guru, ibu atau ahli keluarga lain kerana tiada keyakinan selain takut dimarahi serta takut berjumpa doktor.
“Alhamdulillah, ramai wanita berterima kasih kerana saya sudi berkongsi cerita mengenai dua rahim dan mengakui ia ilmu baru kerana situasi itu jarang berlaku.
“Doktor maklumkan yang keadaan rahim saya unik. Nisbah satu dalam sejuta dan tidak ramai yang mempunyai dua rahim tetapi ada (kes seperti itu).”
Bercerita lanjut, Nur Hasmidah berkata, dia datang bulan dua kali sebulan dan sebelum itu sudah mengetahui yang dia mempunyai dua rahim, namun ujian Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) enam tahun lalu mengesahkan dia memiliki dua pangkal rahim, dua vagina serta satu buah pinggang.
“Doktor terangkan mengenai keunikan dua rahim, bentuknya dan segala kemungkinan dimiliki kebanyakan pemilik dua rahim iaitu ada dua saluran peranakan dan dua vagina.
“Saya kemudiannya perlu menjalani MRI tetapi saya tak pergi dan hanya buat ujian itu selepas berkahwin dan bersalin anak perempuan sebelum diberitahu mengenai keunikan lain.”
Menurut Nur Hasmidah, seperti dimaklumkan doktor, memiliki dua rahim tidak berbahaya tetapi unik.
Namun, wanita berkaitan juga sukar hamil dan jika hamil, mereka berisiko tinggi untuk keguguran dan kelahiran bayi pra matang memandangkan ruang rahim sempit akibat rahim abnormal.
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana dalam situasi itu, Allah SWT memberinya anugerah terindah apabila disahkan hamil selepas sebulan berkahwin ketika berusia 29 tahun.
“Ketika hamil, memang kena jaga kandungan dengan baik dan selepas saya disahkan memiliki satu buah pinggang, doktor menyarankan saya lebih menjaga pemakanan.
“Saya juga bersyukur kerana suami menerima saya dan selalu memberi sokongan dan semangat. Keluarga juga turut memberi sokongan kepada saya.”
Cekal sungguh wanita ini. Nyata, terbukti, tanpa usaha, rezeki tidak akan datang mengolek. Kepada Nur Fariza, semoga kental setiap cabaran yang mendatang. Selamat berjaya!
Sumber: Instagram Ahmad Faiz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa kata wanita yang menjadi surirumah tangga tidak boleh menjana pendapatan lumayan? Hal ini telah dibuktikan oleh Puan Nurbayah, pemilik inthemix_kitchen. Dengan hanya memasak di rumah, pendapatan yang diterima cukup lumayan.
Bukan sekadar untuk membantu suami meningkatkan pendapatan keluarga, malah dengan memasak ini jugalah membuka mata suaminya untuk turut sama serius menjalankan perniagaan dan mengambil keputusan tidak lagi makan gaji.
Ikuti antara kisahnya yang telah dipaparkan di dalam Majalah Keluarga terbitan Julai 2018.
Mengimbau kembali detik awal berniaga, bagi Baya atau nama sebenarnya Nurbayah, setiap perniagaan itu ada pasang surutnya. Lebih-lebih lagi apabila perniagaannya hanya tertumpu pada jualan biskut semata-mata.
“Apabila di luar musim perayaan nyata pendapatan yang diraih oleh saya berkurangan. Atas alasan ini juga, saya mencari idea untuk memastikan operasi perniagaan dapat terus dilaksanakan dan sekali gus pendapatan boleh dijana walaupun pada luar musim perayaan.
“Saya tercari-cari apa lagi yang boleh saya lakukan dalam meningkatkan pendapatan keluarga. Jadi ramai teman-teman cadangkan kepada saya untuk menawarkan pelbagai jenis masakan kepada pelanggan. Pada pandangan mereka, masakan yang saya sediakan juga mempunyai keenakan rasanya yang tersendiri.
“Tanpa fikir panjang, saya cuba dengan menu pertama saya iaitu shepherd pie sebanyak 2 kg daging. Jualan pertama saya, hanya buat promosi dalam grup WhatsApp kawan-kawan sahaja dan Alhamdulillah 30 paket habis terjual di hari pertama. Semua ini saya masak di dapar rumah sendiri. Begitu juga pada hari kedua, saya buka tempahan untuk 30 paket dan habis semuanya,” ujarnya dengan rasa gembira.
Keseronokan berniaga
Melihat penerimaan yang bagus daripada pelanggan terdekat dan keuntungan yang diraih, ini memberikan keseronokan. Siapa sangka hanya dengan memasak dan berkat usaha berterusan, keuntungan yang diperoleh melebihi daripada makan gaji. Apa yang pasti wanita diluar sana juga boleh berjaya dalam menjana pendapat keluarga dengan cara memasak.
“Makin lama bertambah order, boleh kata semua yang orang nak saya akan buat. Daripada Shepherd pie, kemudian Lasagna, Rissole, Ceaser Salad, Puding Roti, Caremel dan pelbagai menu lainnya.
“Malah kami juga ada menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar lembah Klang dan untuk yang sukakan kejutan untuk insan tersayang kami juga menawarkan ‘Delevery Surpise’. Semua ini saya war-warkan di dalam instagram, dan alhamdulillah media sosial banyak memudahkan lagi untuk saya kembangkan perniagaan ini.
Sumber : Majalah Keluarga isu Julai 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di