Tentu ramai yang gemar makan buah betik. Selain mudah di tanam, buah ni harganya di pasaran tidak terlalu mahal dan mudah didapati di kedai.
Apa yang menarik, buah yang mempunyai rasa manis lemak ini, rupanya mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan kita.
Terbaru, menerusi perkongsian Pakar Otak,  DrRizal Abu Bakar
menjelaskan bahawa buah ini diikhtiraf oleh WHO sebagai raja buah dengan khasiatnya yang banyak.
Seterusnya ikuti perkongsian ini.
Betik raja buah
WHO Nobatkan Betik Raja Buah, Pakar Ini Jelaskan Khasiatnya. Rupanya Memang Hebat!
Betul ke raja buah adalah durian? Ikut WHO raja buah bukan durian. WHO nobatkan BETIK sebagai RAJA BUAH untuk dua tahun berturut turut.

Bagusnya betik, ia bukan buahan musim. Berbuah sepanjang tahun. Harganya pun bukan dalam kategori harga terlondeh seluar macam Musang King. Masih mampu beli.

Betik diangkat sebagai raja buah kerana kandungan nutrisinya yang tinggi.

Antaranya:

1. Kalsium pada betik adalah dua kali ganda tinggi berbanding epal. Lebih bagus dari ambil susu lembu untuk dapatkan kalsium.
.
Kalsium sangat penting untuk manusia. Selain untuk tulang yang kuat, kalsium bolehkah darah membeku, otot mengendur dan jantung kita berdegup.

2. Vitamin C pada betik adalah 13 kali ganda tinggi dari epal, 7 kali tinggi berbanding pisang, 7 kali lebih banyak dari tembikai, 8 kali ekstra dari cherry, dan 1.3 kali power dari nenas.

Vitamin C pula penting untuk kuatkan sistem imun, kesihatan jantung, kulit cantik, tangani stres, dan strok seperti yang dilaporkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

3. Vitamin A 10 kali power dari kiwi, 18 kali lebih tinggi dari epal, 1.5 ekstra berbanding pisang, 1.5 lebih banyak dari tembikai, 15 ganda banyak dari cherry dan 16 lebih power dari nenas.
.
Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem peranakan. Fungsi jantung, paru-paru dan ginjal bergantung kepada vitamin A.
.
Kajian di US seperti yang dilaporkan oleh National Institute of Health dapati kanak-kanak yang kekurangan vitamin A apabila terkena demam campak, keadaan mereka lebih kritikal.
.
4. Vitamin K pula 5 ganda berbanding pisang, 2.5 lebih tinggi berbanding tembikai and 4 kali ganda ekstra dari nenas.
.
Vitamin K bantu bekukan darah. Halang dari pendarahan berterusan. Penting untuk metabolisme tulang, stabilkan tekanan darah dan kesihatan jantung. Kekurangan vitamin K juga dikaitkan dengan osteoporosis.
.
5. Carotenoids yang terdapat betik penting untuk kesihatan mata termasuklah jenis carotenoids seperti lycopene, beta-carotene, lutein dan zeaxanthin. Jumlah terkumpulnya adalah 2000 lebih tinggi dari kiwi, epal, cherry dan nenas. Pisang tidak mengandungi carotenoids.

Ads

Bagusnya carotenoids ini ialah ia bersifat anti kanser. Ia juga bertindak sebagai anti oksida bantu tangani radikal bebas.

6. Selain itu, betik mengandungi zat besi, magnesium, Phosporus, Potassium, zinc, Thiamin, riboflavin, Niacin, Vitamin B6, B12, Folate, dan Vitamin E. Kesuruhan nutrien adalah 33 seperti yang dilaporkan oleh US Department of Agriculture (USDA).

Untuk dapatkan 33 nutrien penting untuk tubuh makanlah betik.

Kalau tidak dapat beli sebiji sekurang-kurangnya jamah sepotong sebelum sarapan, makan tengahari atau makan malam. Masukkan nutrisi penting dalam tubuh.
.
Betik juga snek yang baik untuk minum petang. Jom membetik! Sihat itu jihad! Jom!

Ads
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Ads

WHO Nobatkan Betik Raja Buah, Pakar Ini Jelaskan Khasiatnya. Rupanya Memang Hebat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI