“Ya Allah, Saya Tak Terkata.” Siti Nurhaliza & Suami Turun Padang Beri Bantuan, Sebak Lihat Mangsa Banjir

Share

Banjir yang teruk melanda Selangor selepas hujan yang turun tak henti henti menyebabkan beberapa kawasan lumpuh ekoran bencana alam tersebut. Berita tersebut dimuat naik menerusi media sosial oleh orang ramai bersama gambar dan video yang cukup menyayat hati.

Ada yang terperangkap di dalam rumah tak kurang yang terpaksa bermalam di bumbung kediaman akibat tersekat. Harta benda musnah sekelip mata.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi selebriti pertama yang turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Dalam satu perkongsian Di laman Instagramnya, ibu kepada sepasang cahaya mata ini meluahkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti kelihatan sebak tatkala mengharungi kawasan terjejas ketika dalam misi menghantar bantuan.

Pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menerusi perkongsian tersebut dilihat turun padang bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di kawasan Shah Alam.

Ya Allah… Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini Ya Allah.

Tokti juga turut berkongsi ketika dia berada di sebuah gedung pasar raya bagi mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan.

Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin. Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan.

“Terima kasih kepada pihak Mydin USJ kerana telah berusaha bertungkus lumus menyiapkan bungkusan makanan untuk diagihkan seberapa segera.

“Yayasan Nurjiwa berusaha untuk bantuan ini sampai kepada mangsa banjir di kawasan berdekatan seperti Shah Alam.

Sumber: ctdk


 

IKLAN