Kala umat Islam bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi, tragedi menyayat hati yang menimpa sebuah keluarga ini pada 13 April yang lalu begitu meruntun jiwa. Laporan portal dan berita melaporkan bahawa bayi 10 Bulan maut dan ibu bapa parah selepas selepas kereta Perodua Kenari yang dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Terbaru melalui perkongsian adik kandung mangsa kemalangan Mohamad Nirzuannudin Anuar  meluahkan isi hatinya mengenai tragedi yang menimpa ahli keluarga.

“Ya Allah Sungguh Berat Dugaan Yang Kamu Terima Kak.” Sungguh Meruntun Jiwa Luahan  Hati Bapa Saudara Bayi 10 Bulan Maut Nahas Kemalangan Ini

Saya sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yg terlibat dalam kemalangan semalam ingin mewakili untuk meminta maaf sekira nya diantara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda,dan jikalaw diantara mereka ada hutang yg blum dilunas kan. Boleh memberi tahu kami / sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan iktiar untuk selesai kan. InshaAllah.

Abang Bertarung nyawa 

“Ya Allah Sungguh Berat Dugaan Yang Kamu Terima Kak.” Sungguh Meruntun Jiwa Luahan  Hati Bapa Saudara Bayi 10 Bulan Maut Nahas Kemalangan Ini

Kerana kami sekeluarga tidak sanggop melihat mohamad Nirzaudy Haiqal (abg saya) bertarung nyawa di zon kritikal dan telah berhenti dugupan jantung nya beberapa saat .lalu doc tpaksa mengguna kan mesin penafasan untuk membantu beliau supaya terus bertahan. kini ditukar kan ke wat ICU (KRITICAL) sehingga kini masih koma dan tidak sedar kan diri. Dia Seolah-olah sedang berperang menentukan hidup dan mati.

Kakak ipar terus tanya suami dan anak-anak

IKLAN

Begitu jga dengan akak ipar saya Wan Nur izzaty bertarung nyawa di wat ICU koma kerana pendarahan terlalu teruk. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi kerana akak ipar saya sudah sedar kan diri hari ini. Tetapi yg membuatkan kami tidak sanggop melihat apa bila sejurus beliau sedar kan diri . Terus membukak telapak tangan kiri dan cuba menyampai kan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat lalu tangan kanan seperti pen untuk menulis

‘Didi’ (sisuami) dimana?. Kemudian ‘Loya’ (anak sulung nya) Dimana? Dan ‘inara’ (anak kedua) dimana?

 

Kami sekeluarga terus tunduk lalu berdiam kan diri sambil air mata tidak mampu berenti membasahi pipi. YaAllah sungguh berat dugaan yang kamu terima kak.

Loya Al-hamdulillah selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi. Akibat kaki nya yang dihempap kereta.

Inara!!! Tunggu pak ude dekat syurga ye sayang. 

IKLAN

Tunggu pak ude dekat sana ya syg. Trima kasih yg bnyak mendoa kan. Bagi semangat kepada keluarga kami. Semoga Allah membalas budi baik kalian. Amin.

Posted by Mohamad Nirzuannudin Anuar on Monday, 15 April 2019

Pak ude tak kan lupa kan senyuman anak syurga. Belum sempat naufal na bermain lari2 dengan awak. Awak dah tinggal kan kami semua. Inara meninggal ditempat kejadian akibat pendarahan dikepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover .

Kesedihan kami sekeluarga

Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagai kan menatang minyak yg penuh. Bukan kata jentik. Malah nyamok yg cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambil bukan tepuk sepaya arwah tidak terkejut ataw sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta!!! .

Sungguh kejam!! LIHAT LAH PEMBUNUH INARA. Kerana mengguna kan kenderaan import. Rasa hebat . Rasa gagah. memecut laju tanpa menghirau kan pengguna jalan raya yg lain. Hingga melibat kan KEMATIAN anak kecil yg tidak bersalah dan tidah tahu apa2. SUNGGUH KEJAM. Anda melihat kereta abg saya yg di langga. Abg saya memandu sekitar 80kmh.

IKLAN

Berapa laju SIPEMBUNUH ini memandu lalu merempuh kereta abg saya? Sehingga arwah terpelanting dari dalam kereta lalu jatuh ke pembahagi jalan sebelah ( bawah flyover)?. 
Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga. Allahu .

Terima kasih kepada membantu 

Dan dalam masa yang sama. Saya dan keluarga ingin ucapkan ribuan trima kasih kepada hero dan heroin yg telah membantu menganbil arwah inara ditengah jalan lalu hantar ke HSA mengguna kan kenderaan sendiri. Dan yg telah menyelamat kan loya dari tersepit dihempap kereta. Hanya Allah dapat membalas budi dan jasa baik hero dan heroin loya dan arwah inara. Semoga ada sejuta kebaikan untuk kalian amin. 

Semoga abg saya cepat sedar dan sihat seperti sedia kala. Begitu juga dengan akak ipar saya. Amin ya robbal alamin. Loya cepat sihat ya. Nanti boleh main gelongsor dengan naufal dekat rumah pak ude. Jom ramai sedekah kan Al-fatihah untuk anak syurga inara.

*SEMOGA PEMBUNUH ARWAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN . SUPAYA TIADA LAGI MANGSA JALAN RAYA LAIN TERBUNUH!!*

“Ya Allah Sungguh Berat Dugaan Yang Kamu Terima Kak.” Sungguh Meruntun Jiwa Luahan  Hati Bapa Saudara Bayi 10 Bulan Maut Nahas Kemalangan Ini “Ya Allah Sungguh Berat Dugaan Yang Kamu Terima Kak.” Sungguh Meruntun Jiwa Luahan  Hati Bapa Saudara Bayi 10 Bulan Maut Nahas Kemalangan Ini

Keluarga:Takziah kepada ahli keluarga dan semoga diberikan kesihatan seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan didunia dan diakhirat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI