Sebut sahaja mengenai pengurusan harta, pasti ramai yang berfikir dan pelbagai pertanyaan bermain di fikiran. Sebagai contoh, cukup ke harta yang hendak ditinggalkan, kepada siapa hendak dibahagikan harta tersebut, perlu ke buat wasiat, apa akan terjadi sekiranya berlaku kematian secara tiba – tiba?

Untuk pengetahuan semua, ramai yang bercakap mengenai konsep hibah untuk meninggalkan harta kepada waris. Yang paling popular dalam kalangan orang Islam Malaysia adalah hibah takaful yang diambil oleh suami untuk isterinya.

Walaupun hibah ini sering disebut, tetapi masih ramai yang masih tidak berapa tahu apa itu hibah dan fungsi hibah ini. Hibah bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk barangan yang nyata atau tidak. Hibah juga boleh memberi erti sebagai hadiah ataupun sedekah.

Kalau dilihat dari pandangan syarak Islam pula, hibah adalah satu kaedah perancangan pengagihan atau pemberian harta secara sah. Islam menggalakkan penganutnya menggunakan kaedah ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin terjadi antara keluarga, saudara mara dan pewaris apabila berlakunya kematian.

Baru – baru ini, usahawan terkenal Noor Hayati Kamarzaman atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Yatie, berkongsi sedikit kepentingan dalam melakukan hibah ke atas ahli keluarga terutama untuk anak – anak perempuan.

“Yang Ada Waris Anak Perempuan Elok Sangatlah Buat Hibah” Perkongsian Hibah Yatie Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Perempuan

IKLAN

“Bergambar kenangan depan Mahkamah Syariah. Risau je masuk dengan @mohamad.zaidi.aziz. Selepas 20tahun alhamdulillah merasa jejak ke sini tapi atas tujuan hibah harta lah. Bukan atas sebab lain”. Kata beliau melalui postingnya di Instagram.

Beliau juga menambah bahawa fokus mereka suami isteri hanyalah untuk bina kerjaya, mencari pengalaman dan pengetahuan. Mereka tidak fikir untuk memberikan sesuatu kepada anak – anak mereka selain daripada menjalankan tanggungjawab seadanya, hantar anak belajar, beri makan dan pakaian yang semampunya.

“Slide belakang tu masa kami di awal kahwin, anak pun baru usia dalam 1-2 thn. Baru habis kerja, ada shooting @sendayu.tinggi_hq yang kami sendiri buat. Kami la photographer, Kak Yatie lah mua, fokus kami untuk bina kerjaya, gain experiences dan knowledge. Masa ni tak fikir pun ada sesuatu yang boleh diberi pada anak – anak selain menjalankan responsible seadanya, hantar mereka study, beri makan, pakai yang mampu, sampai lah kami berdua own @the_hijab.co & @_theskin.co.

IKLAN

“Korang yang ada waris anak perempuan je elok sangat lah tu buat hibah. Tak boleh dicabar tau. Kalau wasiat masih boleh dicabar di court. Even ada lelaki atau perempuan yang ramai pun elok juga lah dah siap – siap agih. Bukan apa, tanah sepasu pun blh putus hubungan anak beranak. Makan masa bertahun – tahun nak setel. End up jadi harta tak dituntut. Korang tau tak, wang yg tak dituntut je hampir 11.2billion yg mana majoriti adalah bumiputera. Non bumi siap – siap dah buat will spy tak jadi isu mcm ni la.” Kata Kak Yatie.

Kak Yatie juga menasihatkan para ibu bapa agar membuat hibah untuk anak – anak agar dapat digunakan dan memudahkan pada masa akan datang jika berlaku sebarang kesusahan atau kematian.

Untuk rekod, Kak Yatie merupakan anak kepada Bonda Rozita dan kakak kepada Dato’ Aliff Syukri. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

IKLAN

Sumber: Instagram Noor Hayati Kamarzaman

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Yang Ada Waris Anak Perempuan Elok Sangatlah Buat Hibah” Perkongsian Hibah Yatie Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Perempuan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI