“Yang Sedikit Bila Dikongsi, Lebih Membahagiakan..”-Deep Perkongsian Cikgu Fadli Dalam Didik Anak!
Siang malam kita mencari rezeki untuk keluarga dengan harapan anak-anak dapat hidup dalam kecukupan. Kita tidak mahu melihat anak-anak hidup dalam kesusahan, begitulah naluri ibu ayah dalam membesarkan anak-anak. Serba serbi mahu yang terbaik untuk anak-anak tersayang.
Pun begitu, sebagai ibu bapa tidak dinafikan kita turut berasa bimbang tentang perlakuan anak apabila mereka dewasa kelak. Adakah mereka akan menjadi insan yang baik? Bagaimana pula dengan tahap kasih sayang mereka adik beradik?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pelbagai soalan bermain dalam fikiran, tetapi seperkara yang nyata ialah tingkah laku anak kita sebenarnya bergantung kepada cara dia dibesarkan.
Berkongsi berkenaan hal itu, Cikgu Mohd Fadli Salleh berkongsi kisahnya bagaimana dia membesarkan anak-anaknya dengan tidak berlebih-lebih dari pelbagai segi.
“Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.”
Anak-anak dulu demand, kalau makan aiskrim ke, Starbucks ke, nak sorang satu. Kalau nak ke mana-mana nak naik kereta besar.
Selesa duduk satu seat seorang. Makan pun mewah satu sorang tak payah kongsi.
Ads
Tapi aku tak ajar gitu. Kalau beli air ke, aiskrim ke, satu tu kena kongsi dua orang. Kadang kongsi tiga. Biar berebut makan sampai bergaduh tak apa, asal kongsi.
Sama juga nak ke mana-mana, kalau berdekatan, jarak kurang sejam, memang naik Kelisa je lah. Biar berhimpit, biar sampai beriba. Biar sampai gaduh menjerit semua.
Ads
Biar. Biar. Biar.
Kerana yang sedikit bila dikongsi lebih membahagia. Yang sempit bila terhimpit makin gembira.
Terlampau senang dan selesa hanya menjadikan mereka manja.
Kena rasa sedikit susah untuk dikenang di hari muka. Agar ada kenangan berebut airkrim, agar ada memori menangis bertolak dalam kereta kecil.
Ingatlah anak-anak. Kita cuma hamba yang menumpang di bumiNya.
Ads
Siapa pun kalian di suatu masa, jangan sesekali angkuh dan bongkak mendabik dada.
Kerana bumi di bawah ini bukan ibumu yang hamparkan.
Dan langit di atas itu bukan ayahmu yang tongkatkan.
Rakyat Malaysia sekali lagi tarik nafas lega setelah mendengar pengumuman dari Perdana Menteri sebentar tadi tentang pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 untuk pencarum KWSP.
Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan.
Bagaimanapun, penjelasan lanjut tentang pengeluaran KWSP ini akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia nanti.
Pada masa yang sama, beliau berkata keputusan kali ini amat sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat Malaysia. Namun, pengeluaran khas ini merupakan jalan tengah untuk mengimbangi keperluan mendesak sekarang dan penyimpanan pada masa hadapan.
Walaupun kerajaan telah memberikan kebenaran untuk pengeluaran kali ini tetapi beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali apabila berdepan dengan keadaan yang mendesak.
“Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
“Saya berharap para pencarum buat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,” katanya.
Sebelum ini kerajaan telah membenarkan pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 3 kali melalui skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra bermula sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dari tahun 2020 hingga 2021.
Sehubungan itu, tambah Ismail, perincian pengeluaran khas tersebut akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) serta KWSP sendiri nanti.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia ucap rasa syukur berikutan pelbagai urusan yang memerlukan wang masih lagi tertunda akibat ujian yang melanda negara kita baru-baru ini.
Tipulah jika ada pasangan yang tidak pernah bergaduh disepanjang tempoh perkahwinan yang dibina bersama. Berjauh hati, bermasam muka, merajuk, berselisih faham adalah perkara lumrah yang biasa berlaku dalam perkongsian rumah tangga. Ia akan berlaku walaupun untuk sekali sekala.
Pergaduhan antara suami isteri kadangkala berlaku apabila perasaan tidak puas hati wujud, ataupun apabila salah seorang daripada mereka sedang memendam rasa terlalu lama.
Justeru, komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina dengan cinta dan kasih sayang. Namun begitu, pergaduhan antara suami isteri merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan lagi.
Apabila hal ini berlaku, suami isteri dinasihatkan untuk menjaga batas-batas tertentu. Ini kerana pelanggaran “sempadan” tersebut akan menyebabkan pergaduhan menjadi semakin buruk.
1. Jangan menyebut dan melibatkan ibu bapanya
Kita hanya bergaduh dengannya dan bukan dengan ibu bapanya.
Maka jangan sesekali menyebut sesuatu yang boleh menghina ibu bapanya. Ucapan seperti. “Menyesal aku terima pinangan mak ayah hang dulu..” atau “Mak dengan anak serupa sahaja perangainya..” adalah antara ucapan yang sangat ditegah.
Ucapan-ucapan seperti itu adalah suatu penghinaan terhadap pasangan kita dan ibu bapanya.
Melibatkan ibu bapa dalam pergaduhan akan menyebabkan pasangan yang dihina ibu bapanya itu akan menjadi bertambah berang dan perkara yang lebih buruk mungkin terjadi.
Jangan sesekali mengungkit setiap pemberian yang kita berikan.
Pasangan suami isteri yang diikat dengan ikatan pernikahan yang sah dan suci ini biasanya sudah bersatu hati untuk saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.
Antaranya dengan menunjukkan kasih sayang dan memberikan barangan bersifat material kepada pasangan. Ada masanya kita belanja pasangan kita sepasang baju, memberi bunga atau apa-apa sahaja yang menggembirakan hatinya. Jadi jangan ungkit terhadap apa yang kita pernah berikan kepada pasangan.
Jangan sesekali katakan padanya, “saya belikan abang baju yang mahal dulu, itu pun tak reti nak jaga..” atau “Tak kenang budi, orang dah tolong banyak pun dia membebel lagi..”
Perbuatan itu hanya akan mengguris perasaannya dan menunjukkan ketidakikhlasan kita ketika memberikannya dahulu.
Perbuatan mengungkit juga hanya akan merugikan pahala kita.
Jangan sebut kita ingin meninggalkannya.
Gaduh-gaduh pun, janganlah sesekali kita berkata kepadanya bahawa inilah kali terakhir kita berjumpa dengannya dan selepas ini kita tidak mahu menemuinya lagi.
Jangan cakap seperti itu. Ini seolah-olah kita sudah tidak mahukan pasangan kita lagi.
Terguris hati pasangan jika mendengar kata-kata seperti, “kalau abang tahu sayang buat macam tu lagi, sayang tak akan jumpa abang lagi..” atau “Perangai awak ni buat saya nak kawin lagi sorang dengan orang lain tau tak?!..”.
Jangan perbesarkan pergaduhan kita dengan kata-kata seperti ini.
Jangan bertengkar depan anak-anak
Kalau pun kita tengah bergaduh, janganlah bertengkar dihadapan anak-anak. Bimbang ia akan menjadi contoh yang tidak baik kepada mereka.
Ada suami yang mencengkam rambut isteri dihadapan anak-anak. Kemudian kepala isteri digoncang-goncang dan didera dengan pelbagai tindakan lagi.
Jangan lakukan ini dihadapan anak-anak. Tapi tidak bermakna kita boleh lakukan secara sembunyi-sembunyi pula.
Tindakan ini akan dilihat oleh anak-anak sehingga boleh membentuk persepsi dalam minda mereka bahawa semua lelaki itu jahat. Atau bila perempuan buat salah maka lelaki boleh berkasar dengannya.
Bahkan, ia juga boleh mengganggu emosi anak-anak sehingga menyebabkan mereka fobia untuk berumahtangga kelak.
5. Jangan mengangkat tangan atau memegang sebarang objek
Jangan sesekali kita mengangkat tangan untuk tujuan memukul isteri kita. Begitu juga dilarang menggunakan apa-apa objek untuk memukul, ia akan menambah keretakan rumahtangga, malah boleh menjadi kes dera tanpa kita sedar.
Jika seorang suami suka mendera isteri, itu bermaksud dia bukanlah pasangan yang baik. Bahkan dia bukanlah pasangan yang kuat, kerana orang yang kuat adalah orang yang mampu manahan sabar.
Sebagai ketua keluarga, kita kena pandai mengawal keadaan, bukannya menyumbang kepada hubungan yang makin teruk.
Jangan sebut kekurangan pasangan
Janganlah kita menghina isteri atau suami untuk apa tujuan sekalipun ketika bergaduh. Lebih-lebih lagi yang dihina itu adalah bahagiaan anggota tubuh badannya. Ini perkara sensitif buat pasangan.
Sewaktu kita bersetuju bernikah dengannya, bermaksud kita juga setuju untuk menerima kekurangan yang ada pada dirinya.
Walaupun kekurangan itu wujud selepas perkahwinan, kita harus menerima isteri seadaanya. Sentiasa ingatkan diri untuk mengawal lidah sewaktu bergaduh. Bak kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Jangan tinggikan suara sehingga ramai orang dengar
Ketika bergaduh, jangan sesekali meninggikan suara dengan tujuan menengkingnya sehingga ramai yang boleh mendengar.
Perbuatan itu hanya akan memalukan dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Lebih-lebih lagi ditempat awam.
Jagalah maruah pasangan kita. Maruah dia, maruah kita juga. Ia ibarat membuka pekung dan kelemahan kita dalam hidup berumah tangga.
Pasangan yang ditengking itu pasti akan terasa dengan kita. Bahkan akan menjatuhkan dirinya daripada kita.
Jangan bergaduh dalam tempoh yang lama
Jangan memanjang-manjangkan pergaduhan. Jangan lama-lama bertengkar, cukuplah hanya untuk sementara waktu. Sudah habis bergaduh, berdamailah. Kadang-kadang kita perlu buat tidak tahu sahaja yang kita baru bergaduh.
Pujuklah pasangan kita dengan kata-kata yang menyejukkan jiwa. Memanjangkan pergaduhan tidak dapat mengubah keadaan. Sebaliknya dengan bertenang dan berdamai itu lebih baik untuk membaiki hubungan atau masalah yang menimpa pasangan.
Maka, jangan kita sengaja merosakkan rumah tangga yang dibina dengan perbuatan yang melampau ketika bergaduh.
Jangan juga kita hanya bergaduh semata-mata untuk mahukan perhatian daripada pasangan.
Penutup: Wujudkan rumahtangga yang harmoni
Walaupun perkara ini adalah asam garam kehidupan rumah tangga, hendaklah kita mengawal emosi dan amarah kita. Jika kita mahukan anak yang sihat akhlak dan rohaninya, maka perkara ini sebenarnya bermula daripada kita sendiri, ibu bapa. Kerana anak-anak belajar dari pemerhatian kelakuan ibu bapa mereka.
Doa makan antara doa harian yang sedari kecil lagi sudah diajar dan dihafal oleh kita semua. Jadi tidak hairanlah doa ini begitu ‘melekat’ di hati dan lancar sahaja dibaca setiap kali sebelum menikmati hidangan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya doa makan ini tidak terhad boleh dibacakan sebelum makan malah memberi kesan yang besar jika diamalkan dalam kehidupan harian.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Sharifah Nurzehan berkenaan doa makan bukan sekadar doa makan.
Ramai yang ingat doa ini hanyalah dibaca pada waktu makan sahaja. Sebenarnya, doa ini juga boleh dibaca bila-bila masa.
Ramai yang pandang remeh pada *kemujaraban sesuatu doa*. Doa apabila kita yakin dan faham maksudnya, insyaAllah makbul dengan izin Allah.