Nak Elak Nasi Cepat Basi, Kena Cuba 7 Petua Ini. Cukup Mudah dan Pasti Berkesan!
Nasi adalah makanan ruji masyarakat kita. Ada yang tidak boleh andai seharian tidak mengambilnya. Namun, adakalanya nasi yang dimasak tidak bertahan lama dan basi.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Ads
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
Ads
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Ads
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekiranya berhasrat untuk membeli ketam kenalah tahu serba sedikit tips untuk mendapatkan ketam yang betul-betul elok dan padat isinya, barulah puas hati makan. Lagi-lagi kalau dapat ketam yang bertelur, memang bertuah sangat sebab bukan selalu dapat. Lagi pun maklumlah harga ketam bukannya murah, kalau terbeli yang tiada isi mesti akan kecewa jadinya bukan?
Oleh itu bagi yang belum tahu cara nak pilih ketam, bolehlah jadikan perkongsian fb Siti Aminah Yousoff. Katanya, “Adalah sikit-sikit saya tahu berkenaan ikan, udang dan ketam ni. Mungkin ada lagi yang lebih arif. Ayah saya yang bagitahu semua tu.. Kalau logik kita simpan jadi ilmu”
CARA PILIH KETAM
1 : Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat, kecil tak apa yang penting berat
2 : Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar.. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina. Ketam betina isi lebih manis dan sedap. Saya kalau tak ada ketam betina memang saya tak beli.
3 : Lihat tempat bertanda tu..pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan. Maksudnya dalam tu memang ada telur dan isi memang padu.
4 : Saya beli 4 ekor ketam tadi, nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.. tak sabar nak masak untuk berbuka nanti.
5 : Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya, Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak
6 : Ini la hasil nya, ke 4 ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna boleh la try nanti, Alhamdulillah.
Telur dadar RM13, biar betul?! Haaa ini la yang tular baru-baru ini dan menjadi sebutan hingga menimbulkan tanda tanya dan perbalahan.
Untuk siapa yang belum mengetahui, telur dadar Thai ini sememangnya sudah wujud sejak dulu dan rupanya ramai dalam kalangan kita baru tahu bahawa cara masak dan makan telur dadar Thai ini sedikit berbeza macam kita masak selalu tu dek kerana ada tambahan lain dari segi bahan-bahannya.
Mungkin ada yang pernah mencuba beberapa kali untuk buat telur begini selepas tular tapi tidak menjadi seperti apa yang diinginkan. Jangan risau! Apa kata anda cuba resepi hasil perkongsian dari rakan kita ini. Letsss try!
CARA BUAT TELUR DADAR THAI VIRAL, KALI INI PASTI MENJADI!
Masih viral THAI OMELETTE jadi kita try buat. Kena try baru tahu sedap atau tak.
Bahan-bahannya:
-3 biji telur A
-7 ekor udang cuci bersih
-Segenggam daun thai basil *
-Daun bawang *
-Cili padi Hijau *
-Cili padi merah *
-Bawang rose hiris (Bawang lain tak mau)
–Sos ikan brand Tiparos
-Garam (saya tak letak)
-Serbuk perasa 2 jenis (make sure pakai yang ada brand)
-Gula perang jangan gula putih
Cara-caranya:
1.Hiris semua bahan bertanda * masukkan dalam telur dan campur kesemua bahan lain pukul hingga rata dan sebati.
2.Goreng menggunakan minyak baru. Wajib minyak baru setiap omelette. Dah siap , dressingkan dengan taugeh.
Cara buat PRIK NAM PLA
1. Cincang bawang putih 5 ulas dan cili mengikut kepedasan masing-masing.
2. Sos ikan (agak-agak tenggelamkan bahan cincang)
3. Sedikit sos golden mountain
4. Perah asam limau
5. Gula thai/ gula somtam satu sudu, kacau-kacau, SIAP!
*Sedapnya dimakan bersama nasi putih panas atau hanya diratah begitu sahaja bukan? Untuk anda yang nak mencuba, jangan lupa untuk guna taugeh dari negeri masing-masing ya! Kalau nak berjimat, tak perlulah letak udang tersebut…
Antara menu popular dan mudah dibuat adalah resepi tempe ikan bilis goreng. Ia menjadi menu pembuka selera, Ikan bilis yang di goreng rangup dan tempe segar menjadi hidangan sampingan bersama lauk lain. Bertambah sedap apabila di makan dengan nasi panas.
Melalui perkongsian oleh Puan Nora Mohd boleh ikuti resipinya
BEGINI CARA NAK BUAT
Fav suami saya, buat stock untuk dia. Senang kadang time balik kerja tengah malam saya dah tidur dia lapar ke apa tinggal goreng telur je settle masalah.
Kalau beli yang ready made kat kedai tu selalunya dorang guna ikan bilis yang kasar hitam tu, dia punya masin Allahu. Hahahaha. Buat je sendiri ranggup + manis + pedas sesedap rasa. Sesuai juga untuk bawa travel obersi ke mana kan. Saya edit resepi kat bawah ye.
BAHAN BAHAN
Ikan bilis (saya guna ikan bilis yang putih, dah siap kupas)
Tempe
*Cili kering *Bawang besar Gula & perasa (maggi cukup rasa) Kicap manis Sos cili
CARA CARANYA
Potong nipis tempe ikutlah nak banyak mana, ikan bilis cuci toskan. Panaskan minyak goreng garing ikan bilis & tempe. Blender bahan bertanda *.
Tumiskan bahan blender tersebut, sampai garing + gula lebih pun takpe nanti boleh adjust rasa, masukkan sos cili dalam 2sudu untuk memekatkan tumisan, renjiskan kicap sikit untuk warna yang menarik.
Tak perlu letak garam cukup adjust rasa dengan serbuk maggi sedap sedap rasa tu je. Dah memekat berkilat sambal tu tutup api masukkan bilis + tempe ranggup tadi gaul sebati.
Biarkan sejuk baru masuk dalam bekas kedap udara simpanlah tahan seminggu lebih kot kalau tak habis la kan. Hahaha. Selamat mencuba.