FB_IMG_1591738769248

Penggemar sambal tumis sotong kering pasti makan berselera bila dapat menggandingkan sotong kering ini dengan menu nasi lemak.

Pun begitu, menyediakan masakan sambal sotong kering ini kena tahu teknik untuk melembutkan sotong tersebut. Jika tidak dibuat, liat dan tidak sedap jadinya masakan kita.

Proses melembutkan sotong kering ini pula, bukan satu petuanya malah ada beberapa cara. Nak tahu detail, di sini dikongsikan untuk manfaat bersama. Jom semak.


 

Tip Melembutkan Sotong Kering

Biasanya kalau buat sambal tumis sotong ni, saya gunakan sotong kembang jer terus.. Kelmarin first time buat sambal gunakan sotong kering ni.

Saya cuma tahu nak lembutkan sotong guna ubat sotong atau air abu jer tapi tak pernah ler buat sendiri.. Tapi kat rumah 2-2 bahan ni tak pernah ade pun.

Puaslah dok menggugel cari cara² nak lembutkan sotong kering.

Rupa²nya ada banyak cara yang korang boleh guna untuk lembutkan sotong kering ni..

Saya buat cara yang ke-6 tu sebab tu jer bahan yang ade. Alang² tu saya sharekan sekali kot orang lain pun boleh manfaatkan gak..

IKLAN

#1 Rendam air paip semalaman

#2 Rendam air in panas semalaman

#3 Rendam air basuhan beras semalaman

Sotong Kering Ni Liatnya Bukan Main Lagi, Nak Lembutkan Boleh Buat Begini!

#4 Rendam sotong kering bersama abu chang. Abu chang juga dikenali sebagai kapur/ubat sotong, ubat mi & dipanggil tawas bagi sesetengah tempat.

Terdapat jenis serbuk & juga
dijual dalam bentuk ketulan kecil.

Pastikan sotong tenggelam dalam air sepenuhnya, tambah abu chang yang dihancurkan jadi ketulan kecil.

IKLAN

Biarkan melarut dalam air, tambah hingga air terasa licin dijari. Rendam semalaman.
Basuh beberapa kali hingga bersih & hilang lendir sebelum dimasak.

Tip: Jangan letak abu chang
berlebihan supaya baunya tak terlalu kuat/tak rasa pahit.

Untuk hasil yang cepat, boleh lebihkan penggunaan abu
chang & rendam 3-4 jam je.

Sotong Kering Ni Liatnya Bukan Main Lagi, Nak Lembutkan Boleh Buat Begini!

#5 Rendam dalam air yang
ditambah air abu soda (lye water). Air abu ni adalah larutan pekat abu chang.

Tambah air abu hingga air rendaman terasa licin dijari.

IKLAN

Sotong Kering Ni Liatnya Bukan Main Lagi, Nak Lembutkan Boleh Buat Begini!

#6: Rendam sotong kering dalam air yang dicampur soda bikarbonat 1-2 sudu kecil (bergantung pada kuantiti
air) selama 2-3 jam atau sehingga sotong kembang. Rendam semalaman untuk hasil yang lebih baik. Dengan menggunakan cara ini, air rendaman sotong kurang berlenfir & berbuih.

Sotong Kering Ni Liatnya Bukan Main Lagi, Nak Lembutkan Boleh Buat Begini!

#7 Rendam dalam air yang
dicampur 1-2 sudu kecil kapur makan bergantung pada sukatan air. Biarkan sotong kering terendam semalaman sebelum cuci.

Sotong Kering Ni Liatnya Bukan Main Lagi, Nak Lembutkan Boleh Buat Begini!

#8: Masak dalam pressure cooker. Tak kisahlah jenis periuk yang perlu dimasak atas dapur ataupun electric pressure cooker, dua-dua tetap akan hasilkan sotong yang lembut.

P/s:
Pastikan sotong terendam sepenuhnya & sukatan air mestilah banyak supaya sotong dapat mengembang dengan elok.

Sebaik²nya lepas rendam & bersihkan sotong, rebus sekejap 4-5 minit jer untuk buang segala bahan kimia/pengawet yang digunakan (*optional)

sumber : Yatie Eimra

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI