Usah bersedih tidak dapat pulang ke kampung meraikan hari raya bersama ibu ayah tersayang. Lauk pauk raya jangan pula tak masak untuk makan di pagi raya. Salah satu hidangan wajib ada, mestilah pulut kuning. Antara menu yang wajib ada selain ketupat atau lemang.

Sebenarnya bukan nak masak pulut kuning ni kena tahu sukatan yang betul. Salah buat memang  keras jadiya.

Nak buat, jom ikut resipi ni, hanya guna sukatan yang mudah. Cofirm jadi, rasa pun macam hidangan ibu yang dikampung!

Ini resipinya.

Pulut kuning dengan rendang daging, sejak pak mentua ajar cara nk masak pulut kuning, event apa mesti saya masak pulut kuning ni sedap, lembut dan berlemak tambah pulak dengan rendang.

Cara masak pulut kuning:
Bahan:
1kg stgh pulut (pulut susu)
Santan 1 kotak kecik(sy pakai santan kara)
Daun pandan (10 helai)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Caranya:


1 .Rendam dahulu pulut bersama dengan sedikit serbuk kunyit (sy letak 2 sudu) cantik je warnanya.. rendam selama 3,4 jam.
2. Panaskan pengukus. Sambil tu susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning jd lg sedap tau..kemudian masukkan pulut atas daun pandan. Kukus sampai sedikit lembut. Dalam 1 jam mcm tu..
3. Da agak lembut tu, keluarkan letak dalam bekas lain.

IKLAN


4. Kemudian ambil 1 kotak kecil santan td tambah air..kuantiti penuh 1 mangkuk besa selalu anda makan maggie tu..hehe. Lepas tu tambah sedikit garam.


5. Lepas tu gaulkan dgn pulut td, dah rata kukus semula.
Mcm sy, sy suka letak semula daun pandan td.. susun balik dan kukus mcm td, selama 15 ke 30 minit lg.
Dannnnn siap boleh dimakan..

IKLAN

Rendang daging


Bahan2:
1kg stgh daging
2 biji Bunga lawang
2 batang kayu manis
3helai Daun kunyit
2 sudu Serbuk kari (sy pakai serbuk kari daging)
2 bungkus Kerisik
2 kotak santan kecil (sy pakai brand kara)
Garam secukup rasa
Bahan yg dikisar:
15 ulas Bawang merah saiz sederhana besar
10 Ulas Bawang putih
2 inci Lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
5 batang serai saiz besar
20 tangkai Cili kering (ikut pedas yg ibu2 suka)
Caranya:


1. Panaskan minyak, minyak kalau boleh kuantiti yg banyak. Dalam 1 cawan.. sebab mase menumis bahan kisar akan berair. Masukkan bunga lawang dan kayu manis.. kemudian masukkan semua bahan kisar td. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan serbuk kari tadi. Pastikan mase masak sentiasa kacau ya, takut hangus belah bawah nti..
3. Dah pecah minyak masukkan daging td, gaul sebentar kemudian tambahkan air.. dalam 3 cawan,tunggu sehingga daging lembut..selagi belum lembut kalau boleh jgn masukkan santan dulu ya..klu perlu tambah air lg tambah je ye sampai btl2 lembut.
4. Bila daging dah lembut masukkan kerisik, santan dan daun kunyit yg dipotong mayang td.
5. Last sekali letak garam dan rasakan.
**kalau nak pekat masak lama sikit tapi api kecil, kalau nak kuah banyak da boleh matikan api ya.
Boleh hidangkan dan Selamat mencuba.

Kredit: Noor Hamidah via MAHN, Resipi Ibu