Tentunya sepanjang bulan Ramadan ini ramai antara kita akan kerap melayari internet untuk melihat pelbagai jenis resipi daripada perkongsian warganet untuk dijadikan panduan dan idea untuk menyediakan juadah untuk keluarga tercinta.

Pastinya juga, perkongsian resipi daripada youtuber Che Nom menjadi antara yang ditunggu-tunggu oleh warganet untuk memperolehi resipi menarik dan pastinya menjadi daripadanya.

Jika sebelum ini Che Nom lebih selesa berkongsi dengan hanya menunjukkan tangannya dengan lontaran suara yang lembut dan tenang, namun baru-baru ini Che Nom ada membuat penampilan istimewa. Selain berkongsi resipi Tepung Pelita , Che Nom turut membuat ucapan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Apa yang menarik perhatian warganet mengenai  kemunculan Che Nom ini, ada yang menyamakan wajahnya seiras Uqasha Senrose. Memang cantik!

Youtuber Che Nom Jarang Tunjuk Muka Ketika Memasak. Sekali Buat Kemunculan, Wajah Persis Uqasha. Ramai Puji Cantik!

 

IKLAN

Menerusi komen di video tersebut, Che Nom telah mendapat banyak pujian dan ramai juga perasan dan mengatakan wajah Che Nom seiras pelakon Uqasha senrose.

Youtuber Che Nom Jarang Tunjuk Muka Ketika Memasak. Sekali Buat Kemunculan, Wajah Persis Uqasha. Ramai Puji Cantik!

Youtuber Che Nom Jarang Tunjuk Muka Ketika Memasak. Sekali Buat Kemunculan, Wajah Persis Uqasha. Ramai Puji Cantik! Youtuber Che Nom Jarang Tunjuk Muka Ketika Memasak. Sekali Buat Kemunculan, Wajah Persis Uqasha. Ramai Puji Cantik!

Untuk anda yang ingin mencuba resipi yang dikongsikan oleh Che Nom di dalam video tersebut, ini resipinya.

IKLAN

RESIPI TEPUNG PELITA

Resepi kali ini ialah resepi Tepung Pelita, antara kuih Melayu yang paling famous di bazar Ramadan. Hi Semua…Dalam video ni Che Nom akan tunjukkan cara untuk membuat acuan tepung pelita menggunakan daun pisang…kalau takda daun pisang, boleh guna bekas plastik aja.

Youtuber Che Nom Jarang Tunjuk Muka Ketika Memasak. Sekali Buat Kemunculan, Wajah Persis Uqasha. Ramai Puji Cantik!
Kuih ni ada 2 lapisan, lapisan hijau atau lapisan pandan dan lapisan putih yang lemak bersantan. Sedap dan lembut sangat bila dimakan.

IKLAN

NOTA PENTING: Masuk tepung dan kacau sekata dulu kemudian baru pasang api dan kacau di atas api perlahan

Bahan-bahan untuk lapisan hijau:
7-8 helai daun pandan
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau
½ sudu kecil gula (kasar atau halus)

Bahan-bahan untuk lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa

Sumber : Che Nom

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI