Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Ads
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
Ads
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya. Tapi ada masanya saya akan tegas. Tengok pada situasi, takkan nak manjakan anak selalu. Kalau Zain tengah marahkan anak saya takkan ‘back up’.
Ads
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berkira-kira untuk melancong bersama keluarga pada hujung tahun ini ke luar negara, pastinya akan menjadi momen terindah untuk dicipta. Lazimnya untuk keluar negara, pengangkutan udara menjadi pilihan utama untuk kita sekeluarga sampai ke destinasi dengan cepat dan mudah.
Pun begitu, alangkah bagusnya andai dapat pula menjelajah dari satu lokasi ke satu lokasi seperti apa yang dilakukan oleh keluarga ini ketika bercuti di Turki.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik akaun Facebook Nurul Shida, berkongsi pengalaman menjelajah Turki selama 30 hari ke seluruh Turki bersama keluarga tercinta.
Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki Menaiki Kereta, Siap Dengan Kos
Sebenarnya itinerari ni bukan well planned pun, dah sampai sana baru decide ke mana destinasi nak dituju, abeh tu, beli tiket 3weeks je sebelum bertolak, so redah je lah
Tapi sebelum pergi, seminggu macam tu ku study pasal potential places to visit, so ku dah ada plan dalam kepala la kiranya.
Türkiye ni sebuah negara yang amat besar, pelbagai bentuk mukabumi, pelbagai sejarah & ketamadunan serta pelbagai attractions yang menarik.
Jadi, sebelum decide ke sana, ko kena tahu tujuan ko ke sana untuk apa?
Adakah nak selusuri tinggalan sejarah kesultanan Uthmaniyyah? kerajaan2 purba Rome & lain2? Nak selusuri sirah nabi & kesan peninggalannya? Adakah nak nikmati keindahan alam semulajadi yang sangat mengujakan? Atau nak tengok budaya, makanan & cara hidup orang2 sana?
You decide.
Lepas ko dah decide tujuannya, mudahlah ko nak rancang perjalanan.
Untuk kami, tujuan utama kami ke sana memang ku nak tengok wildflowers , sambil2 tu kami selusuri juga kesan kesultanan Uthmaniyyah, kesan peninggalan nabi Ibrahim as & nabi Ayyub as & melawati beberapa kesan ketamadunan purba.
We REALLY LOVE roadtrip.
Sebab tu, kami decide untuk pusing satu Türkiye dengan kenderaan.
Dapat cover kawasan bandar, tepian laut mediterranean, kawasan kampung pedalaman, hutan gunung ganang, tepian laut black sea & lain2.
Kalau taknak roadtrip naik kereta jauh2, boleh naik domestic flight antara satu negeri ke satu negeri.
Ringkasan perjalanan kami (itinerari):
ISTANBUL – BURSA – ISPARTA – ANTALYA – KONYA – CAPPADOCIA – GAZIANTEP – ŞANLIURFA – ERZURUM – ARTVIN – RIZE – TRABZON – SAMSUN – KASTAMONU – IZMIT – ISTANBUL.
Details perjalanan kami (boleh skip kalau tak larat baca):
16/5: Kuala Lumpur ke Abu Dhabi (transit 11jam).
17/5: sampai Istanbul (2.30pm), check-in AirBnb apartment di Sultanahmet & rehat.
18/5: – dataran Hagia Sophia.
– melawat Blue Mosque
– Topkapi Palace & spend 4jam disana,
Namun, tetap tak dapat habiskan kesemua tempat pameran.
19/5: – jalan2 sekitar Sultanahmet & persisiran laut Bosphorus.
– Bosphorus tour selama 1jam+.
20/5: – melawat Hagia Sophia.
– selepas solat jumaat, terima kereta sewa & mulakan perjalanan ke Bursa.
21/5: – melawat Ulu Camii & Grand Bazaar.
– makam Osmangazi & Orhangazi.
– melawat perkampungan lama yang telah wujud sejak zaman kesultanan
Uthmaniyyah, Cumalikizik.
22/5: – kembali ke Grand Bazaar, last minit shopping (nuts & dried fruits).
– check-in di butik hotel di perkampungan Cumalikizik. Disebabkan kami jatuh cinta pada perkampungan ni, kami berjaya dapatkan sebuah penginapan di sana, walaupun bercakap macam ayam dengan itik
23/5: – round setiap ceruk kampung Cumalikizik & check-out for next destination — Isparta.
24/5: – camping satu malam di Eğirdir lake, Isparta.
– melawat ladang rose serta kilang produk rose, di Keçirbolu, Isparta. Move to next destination — Antalya.
25/5: – menaiki Tünektepe teleferik (cable car), overlooking the breathtaking view of mediterranean sea & mountainous area.
– lower Düden waterfall.
– picnic & mandi manda di Konyaalti beach.
26/5: – check-out & bergerak ke Konya.
– On the way, singgah di the magnificient Manavgat waterfall.
27/5: – Mevlana müzesi (muzium Rumi) & bergerak ke Cappadocia.
– singgah di UNESCO archeological site,
Catalhöyük. This is underrated site that you must visit, if you already in Konya.
28/5: – camping 2 malam di Göreme Panorama
Campsite, it was among the best experience we have so far.
– Lepas subuh, tengok sunrise & HAB (hot air ballon) di lookout point di kawasan campsite.
– melawat Uchisar Castle.
– Derinkuyu Underground City — the deepest underground city in Cappadocia (85m depth!).
29/5: – another HAB viewing.
– Ihlara valley, trekking sejauh 7km+ pergi balik selama 4jam+ (termasuk makan & mandi sungai).
– check-in di My Story Cave Hotel.
30/5: – check-out from this awesome cave hotel.
– Pasabag Fairy Chimney, then terus gerak ke Gaziantep.
– On the way, stop by di Erciyes mount, bagi the kids rasa pegang salji.
31/5: – bergerak ke Şanliurfa, melawat Balıkıgöl (Tasik Ikan) — tempat pembakaran Nabi
Ibrahim as yang gagal, oleh Raja Namrud.
– melawat telaga & gua Nabi Ayyub as.
– Şanliurfa museum (you MUST visit here if you happen to be in Şanliurfa!).
1/6: – melawat Coppersmith bazaar, Gaziantep
(Gaziantep is famous of its finest baklava in Türkiye & delicious food in the country. Barangan copper di sini, mostly are handmade).
– bergerak ke Erzurum sebagai destinasi ‘stop by’ untuk bermalam.
2/6: – check-out & visit Twin Minaret Madrasa & off we go to Artvin.
– Bermalam di Çoruh University atas courtesy from our new friend di Artvin.
4/6: – trekking di hutan pines + araucaria Balık Gölü, jalan2 di perkampungan kaki gunung.
– check-in di cabin house — Disharo Yayla
Evleri. It was among the most memorable moment for us in Türkiye.
5/6: – lepak picnic depan sungai cabin house.
– check-out, off we go to Ayder Yaylasi, Rize.
– Check-in small local apartment in Ayder Yaylasi.
6/6: – check-out, try redah naik keatas hingga kaki
Gunung Kackar — di Kavrun Yaylasi. Pusing di kampung Kavrun Yaylasi, jumpa local cabin house, check-in 1 malam.
7/6: – trekking & picnic di kaki Gunung Kackar & the kids having great time main salji.
– check-out & off we go to Uzungöl, Trabzon.
8/6: – breakfast with view Uzungöl lake.
– then redah naik keatas hingga ke perkampungan atas gunung (1jam+ from
Uzungöl). Cuba untuk ke Seven Lakes tapi jalan di block oleh salji yang belum cair. Patah balik & bermalam di Karester Yaylasi, atas sikit dari Uzungöl lake. This is the most adventurous journey for us but we really enjoy it!
9/6: – picnic & sightseeing sekitar perkampungan Karester Yaylasi.
– turun dari gunung & stop by di bandar
Trabzon (tidur 1 malam).
10/6: – stop by di Samsun — sebuah province di black sea region. Enjoying black sea beach.
11/6: – stop by di Kastamonu, at Küre mountain (Küre Dag Evi), we spent a night there. We fall in love with the cabin house
12/6: – bermalam di bandar berhampiran Istanbul, iaitu Izmit supaya urusan penghantaran kereta smooth keesokan harinya.
13/6: – pulangkan kereta sewa, check-in di AirBnb apartment di Taksim Square.
* makan, estimated RM150 – RM200 per day untuk 5 orang. Termasuk main meal, buah2, makanan ringan, kopi, desserts & lain2.
Note: most of the stories tempat2 yang kami visit dah diceritakan dalam album ni, KECUALI Topkapi Palace, Cumalikizik Village, Cappadocia (Uchisar castle, Derinkuyu underground city & Ihlara valley), Şanliurfa & cerita sesat di pergunungan Trabzon (dan menginap di Karester Yaylasi).
Bila lihat pokok bunga petunia bergantungan di porch kereta dengan sarat berbunga memang nampak begitu cantik ruangan tersebut. Petunia ini hadir dalam pelbagai warna dan jenis yang memukau. Jadi buat anda yang selama ini berangan untuk memiliki pokok petunia bolehlah mencuba untuk membeli sepasu dua di nursery. Kemudian bila pokok yang dijaga semakin subur dan membesar, bolehlah dibiakkan melalui keratan batang.
Pun begitu, untuk menanam dengan keratan batang bukan asal main cucuk sahaja. Ada cara dan tip mudah yang boleh anda lakukan sebagaimana yang dikongsikan oleh Siti Norlinda Supiran. Nak tahu lanjut, jom baca perkongsiannya.
Langkah 1 :
Saya potong pucuk lebih kurang panjang jari kelingking.
Langkah 2 :
Saya buang daun pada bahagian yang nak di rendam pada air, masukan sikit je janji kena air.
Langkah 3 :
Buat lubang kecil pada bekas tertutup tu, tak perlu siram, tak perlu tukar air.
Langkah 4 :
Saya campur sedikit baja ab.. kalau tak campur baja pun akar masih keluar.
Langkah 5 :
Cukup 2 minggu masa untuk pindah ke tanah. Suka cara ni sebab pokok menjadi, kalau cantas keratan pucuk atau batang terus ke tanah, harapan tipis.
Pelbagai cara seorang suami menzahirkan rasa kasih, sayang dan penghargaan kepada isteri tercinta. Tidak hanya dengan dilafazkan dibibir malah dibuktikan dengan tindakan dan perlakuan bagi memastikan pasangan berasa bahagia dan gembira.
Ini samalah kisahnya seperti yang dilaporkan Harian Metro, demi menggembirakan isteri yang disayangi, seorang suami iaitu Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman sanggup menjahit 30 pasang baju raya untuk digayakan oleh isterinya sepanjang Syawal nanti.
Sejak Tahun Pertama Berkahwin Jahitkan Baju Isteri
Syed Muhammad Shah Hasif, 29, atau mesra disapa Syed dari Seri Alam, di sini berkata, rutin itu dilakukan sejak tahun pertama mendirikan rumah tangga lagi.
Menurut Syed, isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 23 tidak pernah meminta namun dia sendiri yang mahu menjahit baju raya berkenaan.
“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana gemar menjahit.
“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.
“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Syed berkata, dia membuat persiapan enam bulan lebih awal untuk menghasilkan semua baju berkenaan.
Katanya, kerja menyiapkan baju itu dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa dan lazimnya ia siap sebelum Ramadan.
“Enam bulan sebelum hari raya, saya akan membeli kain untuk digunakan bagi menjahit baju.
“Bila ada kelapangan, saya akan menjahit baju berkenaan supaya semua 30 pasang baju siap awal dan dapat digayakan isteri sepanjang Syawal,” katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun diberi nama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.
Syed berkata, dia tidak berasa apa yang dilakukannya itu satu pembaziran, sebaliknya mahu baju itu menjadi kenangan buat isterinya seandainya dia tiada suatu hari nanti.
Menurutnya, dia tidak hanya menjahit baju untuk dipakai isterinya ketika hari raya saja.
“Ini kerana saya ada hasilkan baju untuk dipakai isteri ke majlis kenduri dan lain-lain lagi.
“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.
“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.