Kali terakhir mendengar cerita Raja Pop Negara, Dato Jamal Abdillah ini adalah selepas menimang cahaya mata kedua. Rupa- rupanya dia kini bergelar usahawan apabila terbabit dengan penternakan ikan arowana.
Segalanya bermula apabila isterinya,Datin Zai Izzati berpantang di banglo milik mereka di Tambun yang dibina sejak lebih tiga tahun lalu selepas melahirkan anak kedua mereka.
Jamal kemudiannya memutuskan untuk terus ‘menetap’ di Ipoh dan kemudian telah membeli tanah seluas 3 1/4 ekar dan membina 20 kolam menternak ikan Arowana. Dalam setiap kolam mempunyai 20 ekor ibu ikan dan kini mempunyai 400 ekor ibu ikan.
Selain menjual anak ikan, kolam ikan milik pelakon filem Azura ini turut menjual telur ikan kepada mereka yang baru mula belajar menternak ikan tersebut dengan harga berbeza dan mampu menjana keuntungan untuk seorang pengusaha baharu.
“Sebenarnya untuk bisnes ni pelaburannya sangat banyak dan saya tidak menduga hobi sembilan tahun lalu kini memberi pendapatan yang cukup baik buat saya dan keluarga.
“Apabila Covid-19 menyerang seluruh dunia, ia memberi kesan buat semua. Begitu juga saya. Tetapi saya bersyukur kerana minat ini membolehkan saya membuka perniagaan sendiri selain menyanyi.
“Mula-mula dahulu saya sekadar melawat seminggu sekali kolam ikan. Tetapi sejak membeli tanah dan mengusahakan kolam ini, saya memang benar-benar serius untuk berjaya demi untuk keluarga,” kata Jamal Abdillah lagi.
Ads
Menurutnya lagi, kebanyakan ikan Arowana dari kolam kini menjadi pilihan para peraih yang mempunyai lesen untuk diekspot ke luar negara.
Menyentuh mengenai penampilannya yang sejak dahulu sentiasa tampil menarik, kemas dan bergaya, namun kini semua itu sudah berubah selepas mengusahakan kolam ikan.
“Sebagai Raja Pop bernama Jamal Abdillah saya sentiasa menjaga penampilan saya ketika di pentas kerana itu adalah kerja saya.
Ads
“Tetapi jangan terkejut kalau anda terserempak saya berkulit sawo matang dengan but kuning setinggi paras lutut seperti yang dipakai oleh pelakon siri komedi ‘Phua Chu Kang’, kerana ini juga kerja saya.
“Saya tidak takut pada matahari yang penting saya tidak lepaskan tanggungjawab itu kepada para pekerja,” kata Jamal Abdillah.
Menurut ayah kepada empat orang cahaya mata ini, semua ini dilakukan kerana tanggungjawab pada keluarga lebih diutamakan.
“Zaman berseronok dan keluar setiap malam telah lama saya tinggalkan. Itu semua menjadi sejarah silam yang saya simpan kemas dalam ingatan saya.
Ads
“Sejak berkahwin dengan Zai Izzati, dia banyak mempengaruhi hidup saya untuk menjadi seorang suami dan ayah yang terbaik untuk anak-anak.
“Kita memang tidak boleh memadam sejarah hidup kita tetapi insyaa-Allah kita mampu membina sebuah keluarga bahagia dengan kasih sayang seorang isteri dan kehadiran anak-anak sebagai lambang kasih sayang.”
Apabila bertanya tentang impiannya, ujar Datuk Jamal Abdillah;
“Jika diizinkan Allah dan ada rezeki saya mahu seorang lagi anak perempuan. Yang pasti nama anak perempuan itu pasti ada nama Yamani kerana ia bagaikan trademark anak-anak Jamal Abdillah.”
Nak feeling ala-ala makan di restoran Korea, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan ni.
Cukup mudah, lain dari yang lain, sedap pula tu. Paling penting dapat eratkan hubungan kekeluargaan. Pasti suasana jadi lebih meriah, sambil makan boleh berborak santai kan. Celup bakar makan,celup bakar makan.Ulang sampai kenyang. Main celup bakar makan ni dah macam kat kedai daging Korea pula dah. Makan panas-panas sodapp.Jimat jauh la buat sendiri. Resepi ada Ben sertakan.Daging ikut bahagian yang disukai.Nak jenis daging atau lemak-lemak sikit. Untuk mudah potong, biarkan dia 20-30% sejuk dan potong nipis.Lagi nipis lagi sedap.
Kuantiti untuk 800 gram – 1kg daging. Sos perapan:
4 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 inci halia muda
2 btg serai kecil
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu makan gula merah
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa Tumbuk pakai lesung je,bila dah hancur kasar sikit,keluarkan letak dalam bekas, tambah 3/4 cawan air sikit-sikit takut cair, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan air lemon 1 sudu makan. Kacau sebati semua. Biar pekat-pekat sikit.
Panaskan pemanggang/non stick pan serta sapu cairkan butter sedikit tuk kali pertama,celup daging dan bakar.
Daging bakar ikut suka nak garing or lembut. Sedap makan sambil bakar Sos Ben guna sambal kicap dan sos manis thai yang dibeli. Untuk sambal kicap :
Sambal Kicap:
1/2 biji tomato
4 tangkai cili padi
1/2 bwg merah besar
Kicap masin
Sedikit Madu
Sedikit Lemon
Potong kecil dan campur semua.Sesuaikan dengan tekak.Nyummmm Follow Ben untuk resepi ringkas tapi sedap kut ?
#resepibensafwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain sup, tomyam antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Tidak pedas malah kaya dengan taburan sayuran yang pelbagai. Tapi bukan hanya anak-anak kita, malah kita orang dewasa juga cukup sukakan makanan yang satu ini kerana rasanya yang hebat.
Tambahkan kepedasan berganda, tomyam jadi lebih umphh dan terangkat. Namun bagaimana nak jadikan ia sedap dan hebat sampai buat orang teringat-ingat.Jom ikut petua dan resipi yang disediakan oleh Puan Afy AL Habibi. Selamat mencuba!
Pekat. Likat. Terangkat.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
Antara pes yang cikgu suka.
Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Rahsia penambah rasa.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Cuba tau kawan-kawan MAHN. Kalau tak rugiiiiii. Boleh kawan dengan cikgu jika suka dengan semua resepi cikgu.
Musim raya begini, pasti anda akan membeli bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan untuk buat stok. lebih-lebih jika anda nak buat rumah terbuka dan sebagainya. Namun, apabila disimpan di dalam peti sejuk, kadangkala ia mengambil masa yang lama untuk kembali lembut.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di