Dengan hastag countingdays dan baby girl, perkongsian pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil yang menghitung hari kehadiran cucu pertamanya telah mendapat perhatian pengikut di instagramnya. Beliau juga telah memaparkan beberapa gambar majlis doa selamat dan baby shower bagi meraikan kelahiran bakal cucu sulungnya oleh anaknya, Dr. Puteri Julia Nabilah.
Famili Johan Raja Lawak sememangnya sentiasa menjadi perhatian netizen. Keletah anak-anak mereka sentiasa mencuri tumpuan.
Malah, setiap kali isterinya, Ozlynn Wati memuat naik perkongsian, pasti ada sahaja yang mendapat perhatian dan komen dari netizen.
Terbaru, Ozlyn berkongsi kisah anak-anak yang menjadi ‘penghalang’ setiap kali dia dan Johan ingin berdua-duaan. Ada sahaja karenah mereka termasuklah mengetuk pintu bilik.
“Bila ko nak melepak berdua kat umah.. takkan berjaya sebab hanya 5 minit saja ko akan merasa.. selebihnyaaaaaaaaaaaaaaa sume akan menempel? nape eh..
“Anak-anak korang pon sama ke akan selit bila tengok kita somi isteri duk sebelah2…? Normal kan?? Baru masuk bilik terus datang ketuk.. papaaaaaaa oo papaaa.. boleh masok?? ?
Sudah pastinya ketika ini ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir. Ia termasuk mencuci rumah mangsa yang dipenuhi lumpur.
Menerusi perkongsian salah seorang sukarelawan, berkongsi pengalaman di facebook miliknya.
Katanya, sebak dan kagum melihat ketabahan mangsa banjir yang redha dengan situasi yang dialami.
Dalam pada itu, beliau juga memohon orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan boleh berbuat demikian untuk membantu lebih ramai lagi keluarga.
Hari ini tak sempat nak update misi cuci-cuci. Terlalu banyak kerja pembersihan yang perlu diselesaikan hingga tak sempat buka FB.
Ini kisah hari kedua. Sebelum jam 2 petang, siap cuci sebuah rumah. Atas bantuan lori Air Selangor, dapat kami gunakan water jet berkuasa kuda bagi membersihkan siling, dinding, dan lantai yang penuh lumpur.
Kali ini satu pasukan ada 13 sukarelawan, menjadikan kerja-kerja pembersihan lebih cepat banding semalam.
Terima kasih kepada semua yang berusaha walaupun ada insiden tak berapa best. *sabar*
Selepas zohor, saya ikut pasukan lain masuk ke kawasan yang lebih ceruk. Ya Allah, sangka rumah-rumah sebelum ini dah cukup teruk. Rupa-rupanya kali ini lebih hebat ujiannya.
Cuci tiga hari lumpur masih tebal
Lumpur paras lutut, yuolls.Tenggelam terus 1/4 badan hakak. Itu pun kata tuan rumah, mereka dah mula cuci rumah sejak tiga hari lalu.
TIGA HARI, GUYS. Tapi selut masih tebal hingga susah nak bergerak.
Dapatlah tolong kemas apa yang patut sebelum bergerak pulang. Tiada gambar sebelum – selepas kerana selepasnya tu belum benar-benar siap. . Dalam pada sibuk membersihkan rumah dan berhadapan insiden tak berapa best, saya kagum lihat salah seorang sukarelawan yang hadir bersama 4 anak yang masih kecil. Paling kecil berusia 5 tahun, sama dengan Safa. Oow.
Anak-anaknya pandai bawa diri; ambil penyapu dan tolak air serta lumpur. Sedikit pun tak dengar anak-anaknya merungut, samalah seperti ayahnya yang kami panggil “Cikgu”. Waktu perlu kembali ke Kompleks Penghulu, saya dan 2 sukarelawan tumpang kereta Cikgu. Allahuakbar, jauhnya parkir di hujung kampung. Ada dalam 500 meter perjalanan dari rumah yang kami bantu.
Bayangkan anak-anak ikut berjalan sejauh itu dengan keadaan berselut. Tapi masa mereka sampai, semua muka steady. Masya-Allah. Hebat keluarga ini.
Kata Cikgu, dia dah biasakan anak-anak turun membantu sejak anak yang sulung. Maka adik-adik di bawah pun mudah mengikut. Kata Cikgu lagi, “Kalau anak-anak tak ikut, dah tak ada kesinambungan. Kita buat, anak-anak tak buat.” Aduh, idola sungguh! Rasa terpujuk melihat keperibadian orang baik-baik.
Antara sebab saya usaha turun padang. Bukan kerana saya baik, tapi saya seronok ditemukan dengan lebih ramai orang baik-baik dan belajar daripada kehidupan orang lain. Supaya saya belajar menjadi hamba yang lebih bersyukur, supaya saya belajar menjadi manusia yang fokus pada penyelesaian masalah banding menjadi manusia perungut. Jauh lagi perjalanan saya. Semoga Allah lorongkan ke jalan yang benar. Amin.
So! Esok buat apa? Sekiranya tiada aral, insya-Allah saya turun lagi ke Kompleks Penghulu Mukim Batu 10, Cheras. Kali ini bukan lagi sebagai mak cik cleaner, tetapi kita akan memegang peranan sebagai acik bundle. Tiber. Esok kami perlu asingkan pakaian-pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai ikut kategori kerana dah bertimbun. Sesiapa yang nak jadi sukarelawan esok, ya masih dialu-alukan. Boleh lihat info di ruang komen.
Makan minum disediakan, ada surau untuk perempuan lengkap dengan tandas, kadang-kadang ada kuih dan biskut orang hantar. Kucing pun ada, boleh buat belai-belai.
Hamil 28 Minggu, Wanita Ini Tawan Acara Lasak ‘Spartan Race’. Inspirasi!
Siapa sangka ibu hamil pun mampu menawan acara lasak. Lazimnya ketika ini keadaan ibu hamil pergerakannya terbatas, namun bebeza dengan wanita ini.
Tular kehebatan ibu ini yang hamil 28 minggu telah menamatkan acara Spartan Race yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada pagi 24 September yang lalu.
Difahamkan bahawa ibu hebat ini berjaya menamatkan acara tersebut dengan catatan masa yang mengagumkan iaitu, 1 jam 10 minit 38 saat.
Menerusi perkongsianya instagram miliknya @kamahaidir telah meraih perhatian para pengikutnya sehingga menjadi tular di platform media sosial yang lain.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Puan Kama, peserta bagi acara tersebut perlu berlari sepanjang lima kilometer berserta 20 halangan dan ia bukan satu perkara yang mudah baginya yang sedang berbadan dua 28 minggu.
Namun, semua cabaran itu berjaya dihadapinya selepas menjalani latihan kecergasan selain mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada barisan jurulatih kecergasan di gymnasium yang dikunjunginya.
BAYI KEKAL SIHAT
Menurut Puan Kama, dia ingin memaklumkan bahawa dirinya bersama bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan menjalankan pemeriksaan rutin dengan pegawai perubatan bertauliah di Klinik Kesihatan.
Menyentuh mengenai rahsia kecergasan, Puan Kama mendedahkan dia mengamalkan gaya hidup aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Pada masa yang sama juga, tugasnya sebagai freelance instructor turut memberikan kelebihan kepada dirinya kerana mempunyai ilmu mengenai senaman yang sesuai dengan wanita mengandung.
Kongsinya lebih lanjut, dia mengambil makanan dua jam lebih awal sebelum bersenam selain mengambil beberapa supplemen untuk memastikan dirinya kekal cergas dan bayi membesar dengan sihat.
Dia juga menasihati golongan ibu-ibu untuk terus kekal aktif, kerana jika si ibu sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat. Namun, semua aktiviti kecergasan yang dibuat perlu bersesuaian dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada kandungan. Paling utama, jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, lebih selamat jika mendapatkan nasihat daripada jurulatih kecergasan yang berpengalaman dan bertauliah.
Akhir sekali, dia sangat menyokong aktiviti senaman ketika hamil kerana memberi manfaat kepada perkembangan bayi dan membantu para ibu mengurangkan kadar tekanan semasa mengandung, mencegah diabetes, meningkatkan stamina dan kesihatan jantung serta banyak lagi. Sungguh inspirasi kisah ibu ini!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.