Biarpun tular di media sosial kononnya hubungan kedua pemimpin ini kembali panas, namun semalam mereka dilihat berbuka puasa bersama di kediaman perdana menteri
Ini adalah majlis peribadi atas permintaan Dr Mahathir yang menghantar jemputan kepada pemimpin PKR itu secara terus tanpa menggunakan orang tengah iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan siteri, Datuk Seri Wan Azizah sempat meluangkan masa berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Turut serta adalah Tun Dr Siti Hasmah. Momen tersebut dikongsikan oleh Datuk Seri Anwar menerusi laman instagramnya.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif dengan lebih 28,000 tanda suka lebih 500 komen. Rata-rata memuji dan mahukan hubungan tersebut baik dan terus utuh antara kedua-dua pemimpin bagi memimpin dan membina Malaysia baharu ke arah yang lebih baik.
Bahkan ada juga komen di dalam status berkenaan memuji Tun Siti Hasmah yang cantik berkerudung litup rona gelap.
Ads
“Bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai tetamu mereka selesai berbuka.
Ads
Baru-baru ini juga penyokong @BebasAnwar turut memuatnaik satu video Datuk Seri Anwar sedang mengaji al-Quran sambil diperhatikan oleh Ustaz Badrul Amin. Video yang tersebar di laman twitter itu tular dan rata-rata memberi komen yang cukup postif.
Bukan sekadar itu sahaja, ada juga yang memberi komen bahawa Datuk Seri Anwar juga sering menjadi imam solat sewaktu di penjara selain bergaul mesra tanpa membezakan pangkat seseorang
Sumber: Oh My Media
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencipta pengalaman yang istimewa untuk keluarga bercuti selain memilih lokasi menarik, apa kata kali ini kita sekeluarga merasai sendiri menariknya travel dengan menaiki keretapi.
Ini sebagaimana yang telah dilalui oleh keluarga Izni Arshad, meluangkan masa bersama melalui tempoh perjalanan yang panjang namun cukup selesa daripada Kelantan ke Johor dengan menaiki keretapi.
Turut dikongsi beberap tip dan info berguna untuk dimanfaatkan oleh keluarga lain andai teringin melalui pengalaman melancong dengan menaiki keretapi. Jom ikuti perkongsiannya.
Pengalaman travel KELANTAN-JOHOR dengan Train KTM
WARNING: perjalanan ni bukan untuk orang yang cerewet serta kejar masa. Sesuai untuk orang yang boleh survive dengan sedikit kesukaran serta ada masa lapang.
1)Tiket:
1 hala Tanah Merah-JB Sentral
Dewasa Rm53(Katil Bawah)
Dewasa Rm47(Katil Atas)
Kanak-kanak Rm37(Katil Bawah)
Harap maklum, harga tiket untuk katil atas lebih murah dari bawah ya. Harga tiket berbeza ikut stesen yang korang naik dan turun.
Tiket return kami harga sama sebab kami ambil option yang sama.
Oleh sebab kami dari Terengganu,so kena bertolak awal ke Tanah Merah. Tiket pukul 7.49malam. Harap maklum, train tak akan tunggu kita lama so bila train sampai, kena cepat-cepat naik.
2) Kereta kami tinggal dekat stesen. Alhamdulillah selamat dijaga selama 3 hari.
By the way boleh je naik dekat stesen lain yang korang suka. Kami pilih Tanah Merah sebab dekat dengan bandar so macam selamat dan mudah nak beli pape.
3) Kafe.
Dalam train ada kafe ya. Ada jual makanan,minuman panas dan sejuk serta jajan. Makanan panas terhad tak banyak choice. Tapi yang kami selalu order nasi goreng+telur mata, bihun goreng, meggi goreng dan roti bakar. Ada kerusi meja disediakan.
Boleh jugak bawa bekal sendiri ya. Dorang tak marah pun korang makan dalam gerabak masing-masing tapi jangan la bawak makanan bau kuat macam petai jering, durian dan lain-lain.
4) Powerbank.
Penting ya. Sebab dalam train tak ada plug khas untuk cas gadget anda. Kalau perjalanan sekejap tu tak apa. Tapi kami punya almost 17jam dalam train. Reput la kalau bateri handphone habis. Nanti nak pakai handphone untuk book hotel, grabcar dan kecemasan kan susah.
5) Tandas.
Setiap gerabak ada 2 tandas cangkung dan duduk. Tapi tak semua bersih. Yang dekat kafe tu macam bersih dan baru. Btw tandas sempit je. If nak mandikan anak boleh je tapi kalau orang dewasa nak mandi tu agak susah la sebab dia takde lubang lantai untuk keluarkan air.
Spare slipper untuk ke tandas lagi bagus.
Yang ada anak kecil tolong standby plastik untuk buang pampers ya. Jangan buang slumber je dekat katil. (Dkt katil-katil akan disediakan plastik sampah tapi bukan untuk pampers la habis semerbak baunya)
6) Solat.
Malangnya takde surau disediakan. So pandai-pandai la korang solat sambil duduk atas katil. Sambil train goyang goyang. Jangan lupa install apps untuk cari kiblat.
Kain sembahyang dan sejadah mini kena bawak ya.
7) Hati hati.
Nak gerak dari gerabak ke gerabak lain tu kena hati hati la. Sebab dia punya sambungan tu macam tak kemas.
Barang berharga kena bawak sentiasa dalam beg galas. Dompet/hp. Yang lain tk apa nak tinggal dekat tepi katil. So far Alhamdulillah takde hilang pape.
Kesimpulan:
Overall, kami enjoy perjalanan yang pertama. Sebab takde pape masalah. Sampai pun agak tepat pada masanya. 7.50 pm naik train, pastu rehat,makan, solat dan tidur. Bangun solat subuh, pastu ngantuk tidur lagi. Tup tup sampai JB tengahari.
Cuma, otw balik tu dilanda musibah sikit. Train terlanggar lembu time subuh. So 6-7 jam jugak la train takleh gerak. Kami terdampar dekat ladang kelapa sawit dan perjalanan delay. Sepatutnya kami sampai Tanah Merah pukul 11 pagi, tapi pukul 10 malam baru berjaya tiba. Pengalaman.
Terima kasih yang sudi baca Travelog sis yang tak seberapa. Plan nak buat ringkas tapi rasa kena share juga input-input penting. Oh ye, sis pakai tudung sarung je sepanjang dalam train. Mudah urus. Kalau belit shawl dan bawal segala, habis kedut
Penyanyi lagu Lui, Aizat Amdan sah bergelar suami kepada Elyssa dengan sekali lafaz. Beliau menjalinkan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin sehidup semati bersama.
Difahamkan Aizat dan isterinya berbeza umur jarak setahun. Aizat 33 tahun manakala isterinya 34 tahun. Namun bagi aizat itu bukan lah masalah yang besar baginya kerana jodoh itu ketentuanNya.
Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300
Apabila ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, mereka memilih Mexico sebagai destinasi impian bersama untuk berbulan madu.
“Saya bersyukur dapat buat majlis ni, dan dapat kongsi kebahagiaan saya dan isteri kepada semua orang yang turut meraikan majlis kami.” Katanya
Semoga perkahwinan yang dibina ini membawa kebahagiaan buat Aizat dan Elyssa dunia akhirat, bahagia ke anak cucu.
sumber : Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Katanya orang lelaki ini ada 3 masa gemuruh dan degupan jantungnya berdebar yang teramat sangat. Pertama ketika waktu hendak berkhatan, kedua ketika ingin melafazkan akad nikah dan ketiga adalah semasa menanti isteri melahirkan anak sulung.
Bercerita tentang detik gemuruh ketika akad nikah diakui memang macam-macam kisahnya dan ada yang lucu dan tak masuk akal pun boleh berlaku.
Dan terbaharu viral di media sosial berkenaan video yang dikongsikan memperlihatkan bakal suami tersebut tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM 500 juta.
Memetik kisah pasangan pengantin tersebut di myMetro, difahamkan pengantin baharu itu yang dikenali sebagai Sameer Danial Nordin ada berkongsi cerita lanjut mengenai hal itu.
“Malam sebelum akad nikah, keluarga minta saya berlatih tetapi saya ‘angkuh’… saya tidak buat. Keesokannya saya tersasul hingga tiga kali akad,” kata Sameer Danial Nordin, 30.
Pengantin baharu itu berkongsi kisah dia gugup semasa berjabat tangan dengan kadi ketika akad nikah dengan pasangannya, Nurul Nadia Johari, 29, di Gurun, Kedah, Jumaat lalu.
Kisah jejaka berasal dari Shah Alam, Selangor itu tular di media sosial selepas adik perempuannya memuat naik video akad nikah itu di TikTok.
Dalam video itu, Sameer Danial tersasul menyebut mas kahwin sebanyak RM500 juta, sedangkan mas kahwin sebenar adalah RM500.
Sameer Danial mengaku video itu adalah akad keduanya selepas kali pertama tersasul menyebut nama sendiri, berbanding nama isteri.
“Video tular merupakan lafaz kedua yang saya ucapkan, itu pun saya sedar tersasul apabila ditegur oleh bapa saudara yang duduk di belakang.
“Memang kelakar apabila saya melihat balik video tersebut. Saya tidak sangka perasaan gugup menyelubungi diri hingga terpaksa lafaz akad sebanyak tiga kali.
“Saya kira (anggap) itu adalah kifarah, supaya jangan bersikap angkuh dan tidak mendengar nasihat yang meminta supaya berlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sameer Danial berkata, dia sangat gementar ketika hari pernikahan itu kerana diadakan di pekarangan masjid dan disaksikan ramai ahli keluarga dan saudara mara.
“Ketika itu, tok kadi dan imam juga menyuruh saya untuk beristighfar kerana kemungkinan terdapat ‘gangguan’.
“Saya bersyukur kerana pada akad kali ketiga, semuanya berjalan lancar dan saya sah menjadi suami kepada Nurul Nadia,” katanya yang menyifatkan insiden itu sebagai kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Mengenai videonya tular di media sosial, Sameer Danial berkata, meskipun malu, dia tidak mengambil hati komen warganet terhadap kisah dirinya.
Katanya, dia juga tidak menyangka adiknya merakam video itu dan berkongsi di TikTok hingga mendapat perhatian orang ramai.
“Isteri saya pun tidak henti menonton video itu dan sempat ‘membahan’ kerana kesilapan yang saya lakukan,” katanya
Sumber : myMetro
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.