Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya minggu lalu di St Thomas’ Hospital.
Dalam hantaran terbaru di Instagram, Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Walau baru 4 hari, Amalina kelihatan ceria membawa bayi kesayanganya. Perkongsiannya telah meraih perhatian ramai wargamaya. Ramai yang meluahkan teruja walaupun baru empat hari bersalin dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan teruja melihat Amalina yakin membawa bayinya ketika dalam tempoh pantang baru 4 hari selepas bersalin.
Selepas tiga minggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri kesayangan mereka.
Kamal dan Uqasha mendedahkan nama penuh puteri comel itu menerusi program Oh Baby Kamal & Uqasha pada Sabtu.
Keduanya sepakat memilih nama Hawra Uqaira yang membawa maksud putih, cantik dan bersih.
“Nama Hawra itu saya pilih. Uqasha ambil Uqaira. Kita ambil sorang satu. Adil la, tak payah berebut.
“Hawra maksudnya putih, bersih dan cantik. Kan nampak putih, cantik dan bersih,” kata Kamal lagi.
Manakala nama Uqaira pula membawa maksud kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan selain harum dan wangi.
Kata Kamal lagi, dia tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang bimbang nama itu menyusahkan anaknya kelak bila bersekolah.
“Nanti di sekolah, panjang sangat nak tulis nama dia,” tambah Kamal lagi.
Program yang bersiaran di Astro itu berkongsi kisah kelahiran buah hati pasangan ini. Paling menyentuh hati pastinya ketika momen Kamal mengazan dan qamatkan di telinga kanan anaknya sebelum diserahkan pada Uqasha.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 April lalu.
Sebelum ini muncul gosip mengenai kehamilan pelakon kecil molek ini namun empunya diri menafikan. Rupa-rupanya, gosip tersebut adalah benar apabila pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, mengesahkan yang dia kini hamil empat bulan.
Isteri kepada Nabil Mahir itu memaklumkan perkara berkenaan di majlis berbuka puasa istimewa dianjurkannya hari ini di sebuah hotel terkemuka ibu kota.
Menurut Ayda, dia hampir mengalami keguguran kerana tekanan kerja selain sekeliling saat berita kehamilan diumumkan lebih awal oleh pihak lain.
“Tak saya nafikan stres hingga terlalu banyak berfikir dan kecewa dengan berita kehamilan itu didedahkan bukan daripada saya dan suami.
“Malah saya juga mengalami pendarahan hingga dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun semua kembali terkawal selepas itu,” katanya.
Ayda juga berharap proses kehamilannya akan dipermudahkan hingga sampai hari bersalin.
Pemilik nama penuh, Nor Suhada Jebat itu dijangka melahirkan anak pada bulan Oktober depan.
“Semoga segala galanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini
“Saya percaya usia sekarang tempoh terbaik untuk berkongsi berita ini
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda berkata, keputusan mengumumkan kehamilan saat ini juga kerana terikat dengan komitmen kerja.
“Jadi saya ambil masa untuk umumkan perkara ini dengan jenama yang sudah saya terikat.
“Selain pada masa sama mengatur komitmen dan sesi fotografi dengan jenama berkenaan,” katanya.
Ayda turut mengakui berdepan alahan bau termasuk bau dapur rumah.
“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.
Ketika ini pasangan itu belum bersedia berkongsi jantina dan anak lagi. Ayda dan Nabil melangsungkan pernikahan 1 Januari lalu.
Bahagia rumah tangga itu apabila pasangan saling melengkapi antara satu sama lain. Malah mereka sentiasa menjaga hati pasangan supaya tidak ada yang terasa hati atau berkecil hati.
Bila situasi ini berlaku maka sebuah rumah tangga itu hidup dalam suasana yang tidak telus dan tidak aman.
Buat itu ini ada sahaja yang tidak yang tak kena. Sudah tentu membuatkan perhubungan suami isteri itu tidak bahagia.
Menarik dengan perkongsian saudara Akhtar Syamir mengenai betapa pentingnya menjaga hubungan suami isteri termasuk menjaga perasaan isteri.
Malah dalam Islam juga menyentuh bahawa apabila suami selalu santuni steri dengan layanan baik sudah pastinya rezeki akan melimpah ruah. Jadi jangan buat main-main hal perasaaan isteri ini!
Nak tahu sebab apa yang buat isteri berkecil hati, jom ikuti perkongsian ini.
Isteri Kecil Hati.
Biasa kan berlaku situasi di mana suami terpinga-pinga bila isteri tiba-tiba masam, buat tak tahu, tak mesra, marah dan sebagainya?
Bukan sebab datang bulan ke apa. Ini alasan yang selalu orang guna untuk fikir jalan mudah. Sedangkan bukan sebab ini.
Sebenarnya ada ketikanya isteri kecil hati. Kecil hati ni adik beradik kepada kecewa dan terasa hati. Ambil peduli kenapa isteri kecil hati. Supaya si suami takdelah terkejut tak pasal-pasal si dia diamkan diri, selubung dalam selimut, jadi belut tak boleh pegang dan sebaginya.
Antara sebab kenapa isteri kecil hati.
1. Apabila usahanya tidak dihargai. – Bayangkanlah, si isteri masak siakap tiga rasa, kalah level kayangan kat Langkawi tu. Dengan garingnya, siap ada salad, nenas bagai. Alih-alih suami tak puji pun. Makan biasa macam makan ikan selayang goreng je.
2. Apabila manjanya tidak dipedulikan. – Sifat semulajadi wanita ini manja. Memang ada je yang mengaku brutal dan tak manja, tapi itu sebahagian kecil sahaja. Ada ketikanya mereka nak bermanja dengan suami. Nak peluk, “cuddle”, nak tidur ada dada, dalam ketiak dan lain-lain. Tapi kena tepis, kena marah.
– Nasihat saya, berhenti kejap apa yang kita tengah buat. Bagi apa yang dia nak, layan dia sepenuh hati masa tu. Dia bukan nak lama pun. Cukup dia rasa bahagia bila dapat bermanja, lepas tu kita boleh sambung buat apa kita tengah buat tu.
3. Apabila dia terlalu penat. – Nak konsisten mengemas rumah bukan perkara yang mudah. Kemas kejap, bersepah balik. Suri rumah penat, kena kemas berkali-kali terutamanya yang ada anak kecil. Dari manusia bertukar jadi singa, tukar balik jadi manusia, lepas tu jadi rimau pula. Yang bekerja pun sama penat. Sudahlah seharian di tempat kerja, balik kena kemas rumah lagi dan buat kerja-kerja lain. Memang memenatkan.
– Bila isteri penat dan tak dapat rehat, suami pula tak faham, masih lagi suruh carikan spender, buatkan air dan lain-lain, memang boleh buat kecil hati. “Dia ni tak tahu ke aku penat?” Ayat ni biasa bermain kat minda isteri. Cuma diorang tak luahkan je. Kena ambil peduli. Tengok gerak tubuh dan riak wajah isteri. Bagi diorang rehat yang cukup.
4. Apabila cita-cita dan semangatnya diperlekehkan. – Si isteri bersemangat nak buat dropship, nak berniaga, nak tambah pendapatan. Suami sudahlah tak menyokong, malah merendah-rendahkan kemampuan, kebolehan dan cita-cita isteri.
– “Tak perlulah, you jaga anak je”. Ayat ni mungkin nampak normal, tapi realitinya mereka terasa. Setiap manusia itu ada potensi, ini termasuklah para wanita dan isteri. Sekarang bukan zaman isteri kena duduk kat dapur je. Tak salah pun kalau nak berkejaya walaupun di rumah. Saya jamin, manfaatnya satu keluarga akan dapat.
5. Bila janji tidak ditepati. – Tolong ambil peduli janji yang telah dibuat. Tak kiralah janji jangka masa pendek atau panjang. Isteri tidak akan lupa. Kalau dia lupa, kemungkinan dia sengaja buat-buat lupa sebab dia dah redha, janji tidak dapat ditepati.
– Simpan janji di tempat yang selamat. Buat alarm. Kadang-kadang bila suami ni nakkan sesuatu atau nak lepas dari sesuatu keadaan, mulut mudah berjanji. Jangan buat-buat lupa. Janji yang selalu tidak ditepati akan menjadi ayat yang sia-sia di kemudian hari.
6. Bila isteri lapar dan kita terlupa beli makanan untuk dia. – Ini paling mudah terjadi. Kena selalu jaga makan isteri. Sekali sekala dia nak juga kita bawa balik makanan atau bawa dia keluar makan.
Ini serba sedikit kenapa para isteri boleh kecil hati. Jika kita terlepas pandang, marilah kita betulkan semula. Nasihat ini untuk saya juga.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.