Tak dapat bayangkan anak yang dikandung selama 9 bulan dapat ditatap dan disayang selama 15 bulan sahaja sebelum pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya…
Itulah yang berlaku pada pasangan suami isteri yang kehilangan bayi perempuan mereka yang meninggal dunia setelah ditemukan tidak sedarkan diri dengan kepala dan lehernya terjerut pada kain buaian dikatakan sebelum ini tidak pernah tidur dalam buaian di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan di semalam (22 Februari 2022).
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata bayi tersebut, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang oleh doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Sendayan selepas pengasuhnya mendapati dia gagal bernafas.
Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati selepas bayi itu diberikan susu pada pukul 12.30 tengah hari mangsa telah ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik bersama dua kanak-kanak lain.
Pengasuh Sempat Buat PCR Sebelum Ke Klinik
“Selepas itu pengasuh telah keluar dari bilik pada pukul 2 petang untuk tujuan tugasan lain kemudiannya pada 3 petang pengasuh telah masuk semula ke bilik dan mendapati bayi itu dalam keadaan kepala tersangkut pada kain buaian.
“Pengasuh terus mengambil bayi itu dari buaian dan menjalankan ujian proses bantuan pernafasan (CPR), tetapi dia gagal bernafas semula dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Sendayan pada pukul 3.45 petang sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, bapanya, Yuseri Yusoff, 39, berkata, anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa Yuseri, berada dalam keadaan baik sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada pagi hari kejadian semalam.
“Sebelum ini, anak saya tidak pernah tidur dalam buaian tapi ketika kejadian pengasuh letakkan dalam buaian kerana dia susah hendak tidur.
Ujian Buat Mereka Untuk Kali Kedua
Kejadian itu menjadi ujian berganda kepada pasangan berkenaan apabila pernah kehilangan anak kedua mereka ketika masih bayi pada 2020.
Yuseri berkata, dia menghantar anaknya ke pusat jagaan berkenaan sejak setahun lalu malah anak sulung berusia tujuh tahun juga pernah dihantar ke pusat jagaan sama sebelum ini.
“Saya terima kejadian ini kerana perkara sudah berlaku, yang selebihnya saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini dan difahamkan pihak polis ada merakamkan percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak ke pusat jagaan itu,” katanya.
Sumber : Utusan
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
5 Punca Ni Buat Anak Tak Dengar Cakap. Ibu Ayah Kena Alert.
Menjadi ibu bapa ni memang perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak dan tahu cara untuk mengendalikan sikap mereka.
Jika salah didik, segala perbuatan mereka akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.
Oleh sebab itu, jika berlaku, anak ini akan dikatakan tidak beradab, tidak sopan atau menghormati ibu bapa. Mana taknya, bila bercakap atau suruh berbuat sesuatu tidak endahkan.
Menurut saudara Ammar Kamilin jika anak bersikap tidak mendengar kata, mereka perlu 5 perkara dalam diri. Bermakna inilah punca mereka bersikap begitu.
Ikuti perkongsian ini.
“Anak aku, bercakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Apa yang aku ‘suruh’, sikit pun tak bergerak. Berbuih mulut, buat dek je!”
Parents,
Dia bukan tak dengar, cuma dia ‘buat pekak’. Dia bukan tak faham, cuma dia ‘tunjuk berontak’. Dia bukan tak nampak susah payah kita, cuma hati dia ‘tak rasa tertolak’.
Parents,
Saya percaya, antara asas Parenting adalah, ‘memberi perhatian’.
1.Attention.
2.Observe.
3.Caring.
3.Listen.
4.Touch.
5Persuade.
(tidak mengikut susunan)
Semua perbuatan di atas, memerlukan penggunaan deria manusia yang diupayakan sepenuhnya.
Manusia yang normal, memerlukan perhatian. Digelar ‘makhluk sosial’, sukar bagi seseorang untuk melakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan. Apatah lagi, anak-anak yang belum berkemampuan.
Anak-anak yang tidak diberi perhatian penuh, lambat laun akan terdidik sampai dia juga tidak peduli apa berlaku di sekitarnya.
*Attention.*
Dia melompat-lompat atas sofa di ruang tamu. Ini perbuatan kurang adab. Jika tidak ditegur, bagi dia, ini OK.
Panggil dia, beritahu ‘common sense’ mengapa perbuatan itu kurang adab.
Ada orang kata, nama pun sudah ‘common sense’, jadi pandai-pandailah ‘sense’ sendiri.
Eh, ‘sense’ ini perlu diajar dulu. Bukan tiba-tiba kejadiannya. Yang namanya ‘Common sense’, berbeza-beza mengikut adat, budaya, anutan, geografi, latar keluarga dan banyak faktor.
Memegang kepala bagi Pak Arab, mungkin biasa saja. Bagi orang Melayu, pantang besar!
Jadi, mahu didik ‘common sense’, kena beri perhatian (attention) kepada apa yang anak lakukan. Jika, dibiar saja, habislah ruang belajar itu.
*Observe*
Gunakan mata untuk pantau tingkah laku anak. Kalau boleh, mata berpusing 360° melihat setiap sudut. Tapi, memang mustahil.
Jadi, boleh pinjam mata orang lain.
Jiran-jiran. Guru-guru. Kawan anak di sekolah. Kawan perumahan. Saudara mara.
Gunakan mata semua orang.
Maksudnya, apa saja yang mereka ‘report’, tak perlu cepat melompat. Jiwa mau besar. Anak kita memang malaikat di rumah dan dia boleh jadi entiti lain di luar rumah.
Hargai ‘feedback’ orang lain tentang anak kita. Mana yang baik, puji perbuatannya. Mana yang buruk, nasihat dan tunjuk cara sebaiknya.
*Caring*
Ada banyak cara untuk tunjuk kita ambil berat soal anak.
Bagi yang sedang belajar untuk peperiksaan, dibuatkan air oren ais dan diletak di meja study mereka. Fuh, seronok dia.
Yang muka sudah penuh jerawat, berangan mahu meminang anak orang, jika ada sesi ‘pillow talk’ dengan mereka, boleh reda gelojak rasa mereka.
*Listen*
Ini perkara senang yang ramai ibu bapa tak tahan mahu berlama-lama. Mendengar ni, tadah telinga saja, tapi panjangnya cerita anak, sampai menguap seluas tudung saji!
Kebanyakan kita kurang sabar. Cerita belum habis, kita sudah ada skrip nasihat mahu dilontarkan. Anak baru sebut, “Kenapa…”, kita sudah suruh diam. Jangan banyak tanya.
Bagaimana anak mahu belajar jadi pendengar yang baik, jika kita sendiri culas mendengar?
Lepas tu, mahu komplen nasihat kita, anak tak mahu dengar.
*Touch*
Sudah sentuh anak pagi ni?
Cuit-cuit saja?
Peluklah! Ketat-ketat.
Cium, sampai hangat.
Cintakan sesuatu yang perlu sentiasa diperhangat.
Sentuhan adalah medium perantara.
Benda kita suka, mesti mahu sentuh kan?
Benda tak suka yang dikuis-kuis.
Bagi isyarat pada anak, kita suka mereka dengan sentuhan.
*Persuade*
Kebanyakan masa, anak tunggu dipujuk.
Dia buat benda salah, untuk tarik perhatian.
Selepas dapat perhatian, kita marah.
Kena marah, mereka merajuk.
Merajuk, dah kena pujuk.
Pujuk orang kena marah, asbab buat benda salah, ada seni.
Kita taknak pujuk, sampai dia ingat, benda tu tak salah pula.
Kita pujuk, sebab kita mungkin terlebih kata. Benda dia buat salah, tetap salah.
Jadi, jelaskan 2 perkara berbeza ni pada anak.
“Apa awak buat, memang salah. Jangan ulang lagi.
Tapi, maafkan mama, jika kata-kata mama, menyinggung perasaan awak.”
Ada 2 mesej.
1. Dia buat salah, tetap salah.
2. Salah, perlu minta maaf (mama tunjuk melalui cakap dan perbuatan memujuk)
Jadi, dia belajar 2 perkara.
1. Akui kesalahan dan ubah.
2. Rendahkan ego dan minta maaf.
*****
Parents,
Aktifkan panca indera kita untuk memberi sepenuh ‘Perhatian’.
Sama-sama amalkan!
-Ammar Kamilin-
Dah 3 hari tak cium anak. Rasa, lost world.
#ParentThinkStory
Cabaran Meltdown Anak Autisme. Status Pilu Ibu Ini, Undang Simpati Netizen
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak yang sempurna dan cemerlang dalam hidup. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir yang tertulis. Husnuzon setiap apa yang berlaku menjadi penyembuh duka. Begitulah radar hidup puan Mazuelfa Abad setelah anak tunggalnya penghidap autisme atau masalah spekrum autistik (ASD) dan Developmental Delay (GDD) yang membuatkan beliau dan suaminya berdepan dengan pelbagai cabaran berat untuk membentuk anaknya.
Benar kata perpatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Luahan kesedihan ibu ini mengenai anaknya bukan untuk meraih simpati, namun sebuah plot cerita mengisahkan perjalanan dirinya dan suami membesarkan anak yang penuh cabaran. Ia juga memberi pendedahan tentang apa itu autisme dan bagaimana anak-anak ini berkelakuan dalam kehidupan seharian.
Malah perkongsiannya semalam telah mengundang simpati netizen yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat dan nasihat dalam cabaran membesarkan anak-anak istimewa ini.
Mengusik jiwa perkongsian ini dan semoga menjadi iktibar bersama.
__________________________________________________________________
Assalamualaikum. Posting ini agak panjang terlebih dahulu terima kasih kepada yang sudi membaca. Saya dah lama memendam rasa. Cuba bertahan tapi dah tak tertahan. Sebelum ni saya banyak blame keadaan, tekanan keluarga, orang sekekiling dan kesihatan saya. Masih ayat nak menangkan anak. Tapi kali ni saya nk luahkan tentang anak.
Anak sy lelaki, 4 tahun 6 bulan. ASD & GDD. Speech delay dan tidak boleh bertutur. Hanya bercakap bahasa kurang sempurna. Baru nampak perkembangan bahasanya tapi amat tipis buat masa ni. Anak saya obses periuk atau bekas bertutup. Obses perkakasan dapur. Tapi yang sebenar. Mainan tak layan. Selalu tidur dengan barang2 dapur. Kalau saya alihkan dia akan sedar dan mengamuk marah. Jiran2 pun tak selesa dgn ank sy.
Tentang anak..saya mengeluh pada Allah tiap masa..beri anak saya kefahaaman akal agar dia tahu kenapa saya asyik melarang. Agar dia tahu serba sedikit ttg hidup. Nak handle mcm mana dah saya tak tahu. Hanya mampu mengadu pada teacher OT dan alhamdulillah teacher cuba membantu apa yang perlu. Macam2 dah cuba sampai tahap kami hanya mampu nasihat melalui social story. Disiplin dah tinggi kawalan saya..namun masih ada yang kata saya tak disiplinkan anak. Ada yang kata saya terlalu tegas dah kenapa tu kan anak special.
Bila anak mengamuk
Kenapa? Kenapa dgn ank saya? Anak saya kalau nak sesuatu selagi tak dapat mengamuk. Kerap juga saya tegas tak bagi sampai dia tertidur..bangun tidur sambung mengamuk. Kadang saya rasa ego anak ini terlalu tinggi. Lepas mengamuk walaupun dah dapat apa yg dia nak, dia mengamuk cari pasal hal baru pula. Antara yg anak saya nak dan saya tak layan ialah:
-Nak perkakas dapur
-Nak saya pakai baju hanya yg dia pilih. Saya tau…bukan dia. Saya punya pakaian.
-Nak saya tanggalkan cermin mata walaupun pada tahap saya sgt perlukan cermin mata tu. Penglihatan sy makin kabur. Tp sy turutkan juga sbb sy tiada peruntukan sekiranya ank sy pecahkan spec sy.
-Nak lampu terpasang sepanjang malam.
-Nak saya buang air sambil dia tengok
-Nak saya masak dan siap dalam minit yang sama dia nk terus makan.
-Nak saya biarkan shj semua kehendak dituruti.
-Nak saya jerit untuk semua perkara terlarang (dia sengaja provoke sy utk jerit) selagi tak jerit dia buat smpai saya marah tanpa jemu dia usaha.
-Nak perhatian melampau.
-Nak pakai seluar berlapis2 sampai 4 lapis. Tapi tahu pula benda tu tak sepatutnya, bila ada tetamu malu pula cepat2 tanggalkan.
Mahu dilayan setiap masa
Anak saya kalau nak nasi tiba2 saya kena sendukkan saat tu juga. Kalau saya delay seminit jadi huru hara utk 24jam berikutnya. Saya dan teacher OT dah cuba train waiting skills ank. Tapi berkesan bila dgn teacher sahaja. Di rumah sangat lain perangai dia. Sangat memeberontak.
Biasanya bangun tidur semua mesti akan ke tandas dahulu kan? Tapi anak saya (akan sedar dan bangun sebaik sahaja saya bangun) tak bagi saya ke tandas. Kena layan kehendak dia dahulu. Kadang dia minta roti. Tapi nak bersuap padahal boleh makan sendiri. Saya pujuk sy akan suap selepas keluar tandas. Pernah tengok seorang mak minta izin anak utk ke tandas? Tapi ank saya memang tak beri peluang.
Saya kerap alami jangkitan pundi kencing. Rezeki kan..tak kan nak salahkan anak.
Saya juga selalu sembelit sebab menahan..rezeki juga kan.
Saya nak masak…minta izin anak tau nk guna periuk bagai. -fenomena tunduk dengan anak. No. Bukan begitu. Saya nk ada mutual agreement dgn anak. Saya tak suka marah2 gaduh2. Tapi anak saya cakap No! Bila saya berkeras (yg ni pulak ada yang kata hang mana boleh keras dgn ank special ni) lagi dia memberontak tak bagi.
Anak saya nak saya layan dia tiap masa. Selalu menarik jari saya smpai sakit sendi2 kecil di jari. Setiap hari sakit. Hampir tiap malam saya menahan sakit. Nak saya layan itu ini. Lupa nk mention. Ank sy ank tunggal. Adiknya meninggal tahun lepas. Saya nk buang air pun tak boleh..apa lagi nak kemas rumah, masak..?
Pernah ajak dia masak sama2 tapi dia cepat bosan. Dia nk buat semua benda dgn cara dia sendiri. Tak boleh ikut norma yang sedia ada. Nak masak nasi tapi beras kosong paksa saya on suis. Nak masak cawan plastik dia dalam kuali paksa saya on api di dapur gas. Saya risau macam mana dia nak hadap dunia beberapa tahun lagi dia perlu keluar bersosial, belajar, bekerja…Kalau macam ni gelagatnya adakah manusia di dunia nak berkawan dgn dia?
Dah la tak boleh memasak lauk. Nasi pun dah kena beli saya malu sbg surirumah, tiada apapun kerja rumah yang berjaya saya usahakan sampai setel. Malu nasi putih pun nak tapau. Dah kenapa? Dah sebab anak saya main rice cooker tak bagi saya guna. Mengamuk kami berdua berjam2…akhirnya saya hilang suara dan terus teks suami, tolong tapau nasi putih juga. Dan berlarutan selepas itu seakan rutin, tiada masak memasak di rumah melainkan suami cuti, dia yang masak.
Cubaan latih anak urus sendiri tapi…
Saya sedaya upaya latih anak utk urus diri. Saya khuatir hidup saya tak lama dengan kesihatan saya macam ni, andai saya tiada, siapa yang nak jaga anak saya..takat makan minum ada lah. Tapi nak layan semua kerenah, perangai, amukan dan peraturan2 peliknya…siapa???? Tiada siapa kecuali saya dan ayahnya. Saya buat dalam keadaan saya terbatas…menggigil tiap kali kena air, tp saya masih bermain dengan air…nak latih anak urus diri, kononnya cuba mandi sendiri. Semua bagai curah air di daun keladi. Disiplin itu ini…semua bagai sia2..saya nak minta tolong cikgu tadika bab pakaian seragam sekolah. Anak saya sangat rigid bukan dgn pakaian tp dgn kehendaknya. Dia xnak pakai uniform.salah kah saya minta tlg cikgu pujuk pakai? Tapi kat situ saya kelihatan sangat tak pandai didik anak atau lebih tepat saya lepas tangan semua padahal disiplin awal kan dari rumah.
Kalau dengan suami kurang sikit anak buat hal. Tapi tetap mengamuk juga. Saya tak sihat. Saya sering sakit2 dan perlu rehat kadang saya hanya duduk bersandar anak datang menarik2..saya x layan dan dia dtg sakitkan tubuh saya. Bila dia ajak saya bermain, saya ikut tiba2 mengamuk sebab saya main cara salah. Saya dah rasa macam orang sewel saya ni sebab asyik salah dan dah tak larat fikir apa cara yag betul.
Contoh anak saya nak saya baling bantal, saya baling dia mngamuk. Saya ambil semula makin kuat mengamuk. Saya baling semula …dia hentak badan dh kt lantai. Berjam2 dia jerit…last skali saya ambil semula bantal dan baling macam asalnya. Dia cakap ok. Diam terus. Tiap hari mcm ni. Bukan bantal maksud saya tapi tiap hari ada shj perkara yang dia nak saya buat tapi salah dan cara yang betul ialah cara saya yang salah awalnya. Faham tak?? See….saya pun dah naik mereng otak nk faham konsep2, teori2 dan rutin2 anak saya ni.
Hilang punca pendapatan
Saya ada buat kelas tuisyen di rumah sebab kekangan kewangan. Tapi sampai perlu berhenti sebab anak saya ganggu kelas. Budak2 lain terganggu tak dapat belajar.
Bila malam pula tidurnya 3/4pagi. Saya? Tak dibenarkan tidur sebelum itu. Kenapa tunduk dengan kehendak anak? Siapa yang tunduk?? Saya tak layan..saya cuba tidur..direntap rambut saya. Dan mula menyakiti tubuh saya. Tak mungkin saya nk biarkan diri saya disakiti. Saya ni dah la “fragile”..angkat air 1Liter pun sendi siku dah merajuk.
Kadang saya buntu fikir…apa natijah semua ini..Allah kurniakan saya seorang anak autism yang sangat lasak dan keras hatinya, di kala hati saya terlalu rapuh…di kala tubuh saya semakin lemah…semakin kurang performance saya walaupun baru awal 30-an. Sakit lutut saya dah macam mak saya yang hampir 70tahun usianya. Pergerakan saya mengundang padah…tiap malam kena urut. Anak pula makin agresif dan degil. Saya tak jumpa…natijahnya jalan hidup kami ini…saya buntu.
Saya yakin, pasti ada kemanisan. Cuma saya belum jumpa. Bantulah saya cari kemanisan di atas kesakitan tubuh dan jiwa yang saya alami..
Saya kecewa dan sedih. Kerana anak saya, saya tak dapat jana pendapatan. Semua bisnes online saya tak dapat beri komitmen. Sebab anak saya punca saya tak boleh beri komitmen terhadap apa2. Kelas tuisyen dah tak boleh teruskan. Bekerja di luar? Saya dah letih hantar resume yang tak berbalas bertahun2. Mungkin rezeki saya hanya dari rumah. Lagi pula saya tak sesuai bermajikan sebab akan kerap cuti sakit (MC memanjang sape nak).
Bukan raih simpati tapi berkongsi duka
Saya bukan nk raih simpati dengan cerita yang saya tertekan dengan kewangan. Suami saya daripada bekerja di institusi perbankan, sampai mniaga air balang di pasar malam…demi tuntutan komitmen anak yang sentiasa perlu dibawa terapi saya ni tak boleh drive sebab pakej penyakit saya ada panic attack ketika memandu. Sekarang suami hanya pemandu e-hailing. Again, majikan tak semua faham keadaan pekerja yang ada ank autism. Saya tak bekerja. Anda rasa cukupkah kami nak sara diri?
Dengan suami bekerja beberapa jam shj sebab kena balik rumah bila setiap kali anak saya tantrum yang teruk saya pula tak sihat, suami akan balik awal..
Sy bukan nak highlight masalah kewangan. Tapi saya nak highlight apa lagi kekuatan yang saya ada utk besarkan anak saya menjadi orang berguna. Saya tak rela orang cakap anak saya kurang ajar sedangkan sakit dada saya cuba mendidik dia. Saya tak tahu mana nk luah. Manusia mana nk faham kita. Ahli keluarga pun belum tentu memahami. Sebab tu saya luah di sini. Maaf andai tiada unsur aura positif dlm karangan sy di sini. Saya terlalu penat dengan HANYA SEORANG ANAK.
Undang simpatin netizen, sedih dengan perkongsian ini
Admin doakan puan diberi ketabahan dalam mendidik amanah Allah. Sudah pastinya hanya Allah tahu kenapa memilih puan. Moga dipermudahkan urusan puan membesarkan anak. Aminn.
Wanita Ni Kongsi Kisah Di Sebalik Talam Lauk Ayahbonda. Deep Perkongsiannya!
Lumrah kehidupan bila usia semakin tua, ingatan juga tidak setajam usia muda remaja. Pendengaran tidak berapa nyata, pandangan juga semakin kabur.
Ini sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang anak ini yang menjaga orang tuanya yang uzur.
Walau apa dugaannya, tetap sabar menjaga dan melayan orang tuanya dengan baik sekali.
Semoga apa yang tersurat dan tersirat dalam perkongsian ini akan menjadi tauladan buat semua dalam menyantuni orang tua dengan sebaiknya.
Talam Lauk Ayahbonda
Kisah 1:
Tengah hari semalam seorang kakak saya singgah di rumah ayahbonda ketika dalam perjalanan ke kedai.
Tanya kakak saya:
Ada apa2 yang nak dikirim tak?
Lalu jawab ayahanda:
Kalau ada sotong yang elok tolong beli sikit.
Berkerut juga dahi saya mendengar pesanan ayahanda itu. Terfikir juga saya di dalam hati. Sotong? Nak buat apa? Dalam peti ais pun banyak lagi sotong. Lagipun sejak PKP ni sudah beberapa kali saya masak lauk sotong. Saya lihat ayahanda tidak makan sangat pun.
Selepas kakak saya berlalu pergi,
saya pun bertanya Kepada ayahanda,
Sotong tu nak masak apa?
Jawab ayahanda saya dari atas kerusi rodanya, Sotong masak gulai (kari) sedap. Dah lama tak makan.
Lama juga teringin nak makan gulai sotong tapi tak ada siapa buat.
Saya terpinga2..
Baru 3 hari lepas saya masak kari sotong. Saya potong bulat2 sotong tu. Saya lihat ayahanda makan tapi ayahanda asyik mencedok kuahnya sahaja.
Ketika saya mencuci pinggan mangkuk pada malam tersebut, saya juga hairan mengapa kuah kari sahaja yang kering sedangkan sotongnya masih bergelimpangan di dalam mangkuk?
Tapi saya biarkan soalan itu mati di situ sahaja.
Namun persoalan itu terjawab sendiri tatkala saya berkata: kan 3 hari lepas saya baru masak kari sotong?
Jawab ayahanda..
Mana ada kari sotong???
Bapa tak nampak pun…..
Allahhu..
Hati saya meraung….
Kisah 2:
Kisah ini terjadi lebih kurang seminggu lebih yang lalu.
Seorang sahabat saya datang menghantar sebekas kari itik. Kari itik ni boleh dianggap makanan rare di langkawi. Memang susah nak jumpa di sini.
Kebetulan pada hari tersebut bonda berpuasa sunat rejab walaupun keadaan diri sangat uzur. Puas saya menghalang namun bonda tetap berkeras.
Ketika saya menyusun hidangan lauk di dalam talam untuk makan tengah hari, berkali2 bonda memesan kari itik itu simpan sikit untuk mak.
Walaupun saya sudah cakap ya,
bonda masih lagi memesan.
Teringin sungguh agaknya.
Sehinggalah sampai waktu berbuka,
saya gubah talam lauk bonda macam biasa. Biar semua tersusun rapi dalam mangkuk yang serba bersih. Memang itu style saya.
Semua lauk ada termasuk kari itik. kuih-muih pun ada. Air kosong, air manis dan nasi siap saya hidangkan.
Lalu saya minta diri pada bonda untuk bersolat maghrib awal kerana anak2 menanti untuk membaca quran. Maksudnya saya tidak menemani bonda berbuka puasa seperti 2-3 hari yang lalu.
Selepas solat isyak, big boss, ayahanda dan anak2 makan nasi berlaukkan hidangan yang saya sediakan untuk bonda berbuka puasa sebentar tadi.
Setelah selesai saya lihat semua hidangan hampir licin jadi mudahlah untuk saya mengemas.
Namun,
tatkala saya melangkah keluar dari bilik sekitar jam 5 pagi keesokan harinya, saya lihat bonda yang dalam keadaan lemah sedang bertahajjud di tempat solatnya.
Sebaik menyedari kelibat saya lalu bonda berhenti daripada membaca alQuran dan bertanya:
Mana gulai itik yang mak suruh simpan semalam?
Allah..
Terkedu saya seketika..
Mak, saya hidang gulai tu dalam talam. Saya letak betul2 di hadapan pinggan mak.
Mak tak makan ke?
Soal saya dalam nada terkejut!
Jawab bonda sayu….
Mak tak nampak pun gulai tu…….
Allahhuakbar..
Air mata saya berderai di hening subuh itu…
Konklusinya:
Daripada dua kisah ini,
maka ada satu perkara yang saya faham.
Tatkala ayahanda dan bonda sudah berusia maka banyak deria yang mereka miliki Allah telah ambil kembali satu persatu.Pandangan semakin kabur, ingatan semakin kurang, tenaga semakin lemah,
dan deria rasa juga kian terhakis.
Maka tanggungjawab kita bukan sekadar memasak dan bukan juga sekadar menghidangkan cantik2.
Namun kita harus duduk bersama, bercerita tentang setiap hidangan, mencedok, mengupas makanan, membuang tulang atau apa sahaja yang perlu sepertimana apa yang mereka lakukan ketika kita masih kecil.
Maka hari ini,
saya memasak kari sotong lagi. Saya tidak potong sotong itu. Biar besar2 supaya senang ayahanda saya nampak.
Sebelum ini banyak kali saya lihat ayahanda mencedok kuah, namun yang masuk ke pinggan sedikit sahaja.Yang lain semua tumpah ke meja.
Saya terlupa bahawa mata ayahanda sudah kelabu.Aim ayahanda sudah tersasar.Bersalahnya saya..
Jadi..
Hari ini saya cedok banyak2 kari sotong itu ke pinggan ayahanda walaupun ayahanda menolak.
Untuk bonda juga begitu.
Isi ketam saya keluarkan dan saya susun di tepi pinggan ayahanda.
Bonda mahu makan ketam sendiri. Saya biarkan.
Kesimpulannya
kita selalu berusaha untuk berbuat baik kepada ayahbobda. Kita sedih apabila kebaikan itu ada kalanya seolah2 tidak dihargai oleh mereka.
Hakikatnya kita yang terlupa bahawa kebaikan yang kita tabur itu harus seiring dengan usia ayahbonda kita yang kian terhakis ditelan masa.
Hargai Selagi Masih Ada.
Stayathome.
Hikmah dalam duka.
sumber : Busseroa Abd Jalil