Kisah pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad suatu ketika dahulu pernah mendapat perhatian umum hatta hingga keperingkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Kini , pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu, adik beradik kembar ini sudah pun berusia 21 tahun dan kini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Mengetahui lanjut kisah adik beradik kembar ini, ianya telah dikongsikan di page KampusUols.
Sambung pengajian
Ahmad Rosli dan Muhammad Rosli, 21 tahun kini menyambung pengajian di Management and Science University (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016.
Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
“Adik saya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sedangkan saya masih di peringkat diploma. Saya tak sempat habiskan pengajian diploma kerana sebelum ini saya berhadapan dengan masalah kesihatan dan memaksa saya untuk membuat perubahan jadual. Jadi ia memakan masa untuk menguruskannya,” kata Ahmad ketika dihubungi wartawan Kampus Uols.
Ads
“Alhamdulillah, sepanjang belajar kami tidak berhadapan dengan kesukaran kerana di MSU ada menyediakan kemudahan untuk golongan OKU. Nak ke kelas mudah kerana ada disediakan lif untuk OKU, tandas juga mesra OKU, termasuklah surau dan kafeteria. Malah untuk pergerakan ke kelas atau kuliah juga kami tidak perlu jauh kerana kedudukan bangunan saling berdekatan.
“Dulu, kononnya nak ambil jurusan seni halus, namun di MSU tak ada jurusan tersebut. Kalau nak kena ambil di universiti lain, tapi tak ada disediakan kemudahan OKU pula. Selepas berfikir, saya buat keputusan untuk menerima tawaran belajar di MSU,” katanya.
Akui Ahmad walaupun ketika bercakap menampakkan dia seorang peramah namun realiti sebenar dia seorang yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kampus. Namun berbeza dengan Muhammad, dia seorang yang peramah dan mempunyai ramai kawan baik.
“Kami memang serasi untuk bersama dan boleh dikatakan Muhammad ibarat kawan baik saya. Pergi ke mana-mana berdua. Buat keputusan pun bersama,” katanya.
Ads
Kekurangan bukan halangan Pasangan yang mendapat tajaan dari Lembaga Zakat Selangor ini juga bersyukur kerana dihadiahkan dua kerusi roda hasil sumbangan pihak tertentu untuk memudahkan pergerakan mereka.
“Sejak ada kerusi roda ini, kami dah tak pakai tongkat. Kerusi roda manual ini sangat membantu dalam memudahkan pergerakan kami dengan lebih cepat. Kalau sebelum ini kami guna kerusi roda jenis hospital, susah nak tolak sebab besar dan tangan jadi cepat melecet,” katanya.
Bercerita tentang waktu kuliah, jelas Ahmad, disebabkan mereka berlainan jurusan, maka waktu kelas juga kadang-kadang berbeza. Ada masanya kelas Ahmad pada sesi pagi dan Muhammad sesi petang atau sebaliknya.
Ads
“Kami akan datang ke kelas setiap pagi meskipun salah seorang dari kami ada kelas petang. Biasanya Muhammad mula kelas 8 pagi manakala saya ada kelas jam 4 petang. Kami akan tunggu sampai masing-masing tamat kelas dan barulah kami balik ke rumah.
“Memang lama juga nak tunggu sampai waktu kelas tamat, tapi kami tak nak susahkan ayah, Rosli Abdul Rahim, 48, dan ibu tiri, Junaidah Awang, 43, untuk kerap hantar dan ambil kami ke kelas, lagipun mereka juga perlu hantar dan ambil adik-adik dari sekolah, yang berumur 17,14,11 dan 6 tahun.
Hasil lukisan Ahmad memotret wajah Muhammad.
“Dalam tempoh menunggu tu, saya banyak habiskan masa dengan melukis. Saya suka melukis potret dan yang selalu jadi mangsa adalah Muhammad. Saya akan ke surau untuk melukis kerana di situ saya boleh meniarap. Tambahan pula saya dan Muhammad tak boleh duduk terlalu lama sebab daging pinggul tak ada, jadi cepat lenguh apabila duduk,” katanya lagi.
Selaku anak sulung dalam keluarga, Ahmad mahupun Muhammad sebolehnya mahu menjadi contoh dan teladan yang baik buat adik-adiknya dan tidak menjadikan ‘kekurangan’ sebagai halangan untuk melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
“Insya ALLAH mungkin selepas tamat diploma ni saya akan cari kerja atau berkhidmat sebagai pereka grafik bebas. Bukannya saya tak mahu sambung belajar ke peringkat ijazah, tapi tahap kesihatan yang tidak menentu tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Manakala Muhammad katanya, dia mahu bekerja atau sambung ke peringkat Master,” kata pasangan ini yang pernah menjalani latihan praktikal di SIRIM.
sumber : Kampus Uols.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam kehidupan anak-anak, semestinya restu ibu bapa itu penting agar lebih rasa tenang dan ada keberkatan dalam usaha yang dibuat.
Begitulah yang diamalkan oleh pengacara, Hawa Rizwana yang mendedahkan dia telah meminta restu daripada bapanya terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan tawaran untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos baharu program MeleTOP.
Jelasnya, dia sama sekali tidak menyangka dengan keputusan bapanya yang membenarkan dia untuk mengemudi program berkenaan.
“Ada satu malam, saya tanya pandangan ayah, sebab keputusan untuk menjadi hos perlu restu daripadanya.
“Hawa tanya ayah ok ke kalau saya buat program MeleTOP? Ayah kata boleh, go for it. Itu adalah jawapan yang saya betul-betul tak sangka datang daripada ayah.
“Kenapa saya tak sangka, sebab saya tahu ayah dan mak sangat-sangat tegas, kalau nak keluar rumah mereka akan tanya apa yang saya buat dari pagi sampai malam.
“Jadi bila dapat restu daripada ayah untuk buat MeleTOP ,saya harap akan ada perkara yang indah hasilnya nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hawa akui gembira selepas menerima restu daripada bapanya.
“Satu perkara tentang ayah dan ibu, mereka akan lihat hasil kerja saya dan mereka akan komen selepas itu jika ada yang tak kena atau sebagainya.
“Ada kalanya ayah akan beri doa untuk saya baca, jika dia lihat saya macam dalam keadaan yang gelabah.
“Apa-apa yang saya buat adalah untuk mereka, walaupun saya tahu diri ini tidak lah sebaik mana.
“Bila dapat restu itu buat saya gembira, kerana dia sahaja yang tahu apa yang saya lalui selama ini. Dia juga tahu bila saya sedih bila saya suka,” tambahnya.
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang kelihatan normal, namun disahkan oleh doktor sebagai anak istimewa.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh bapa ini di laman facebooknya, Amri Abdul Rahim sungguh motivasi buat mereka yang mempunyai anak istimewa.
Beliau yang berkongsi kisah apabila menafikan anaknya yang diagnos sebagai Autism Spectrum Disorder ASD plus High Functional akhirnya redha dengan ketentuan buat anaknya.
Namun, beliau dan isteri tidak berpeluk tubuh sebaliknya berusaha memberikan bimbangan yang betul kepada anaknya. Kini walaupun anak mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi dengan cemerlang.
Katanya, sebagai ibu bapa, untuk mempunyai anak sebegini adalah, “kata kunci ialah SABAR dan REDHA tu paling penting”. Motivasi sunguh perkongsiannya.
Iyer. Anak abam yang seorang ni lebih kurang 4 tahun sudah doktor diagnos Autism Spectrum Disorder ASD plus High Functional. Mula-mula abam deny.
Masa tu kat Abu Dhabi doc ni biar betul. Pastu abam ngn wife start buat case study pasal ASD. Asal ada bahan bacaan yg berkaitan kami baca.
How to encounter how to handle & mcm2 ‘how’ lg la. Utk pengetahuan sepanjang di Abu Dhabi anak abam ni xpenah dpt formal education.
Hantar play school pon paling lama 2 mggu je pastu cikgu complain ssh nk handle bdk mcm ni. 11 sekolah di Abu Dhabi kami gi sume reject dia masa tu mmg down la.
Mmg ada sekolah yg bole accept bdk2 special needs ni tp yuran ni puluh2 ribu satu term mmg kami xmampu. Kebetulan tahun lepas arwah mentua pon sakit so wife abam decide xnk balik Abu Dhabi sbb nk jaga arwah mak so abam rasa mungkin ada hikmah nya kat sini.
Dpt la wife abam berbakti jaga arwah mak sampai akhir hayat mak mentua abam tu. Hidup ni kene sacrifice bro kadang2 sbb itu yg buat kan you jadi kuat.
Hantar anak ke tadika, tapi tak bertahan lama. So kami hantar anak kami ni ke pre school masa umur dia 6 tahun di ampang. Pon sama gak 2 mggu je kt skolah tu. Mula2 kata bole handle la bole itu la bole ini la.
Last2 surrender gak cikgu kt situ. Denngg nak buat camna ni sbb umo 7 tahun nnt nk masuk sekolah rendah dah.
Mohon Program Pendidikan Khas
Baca punya baca rupanya ada sekolah kt msia ni yg ada Program Pendidikan Khas Integrasi. Ok la kami pon apply &;alhamdulillah dpt kt sekolah jln semarak nun. Tahun ni tahun ke 2 dia di PPKI darjah 2.
Ujian pentaksiran darjah satu tahun lepas sume dia tapau. Syukur alhamdulillah. Abam terkejut gak la biar btol budak ni.
Cadangan masuk aliran perdana
So tahun ni cikgu dia suggest utk masuk mainstream. Jadi utk mak bapak yg ada anak-anak mcm ni jgn la down ye. Dorg ni bukan biasa2.
Dorg ni anak2 luar biasa. Anak2 syurga. Einstain Picaso Tom Cruise Michel Phelps sume tu ada spectrum disorder. Even Steve Job pon aspeger.
So pesan abam kita kena bangga ada anak2 mcm ni. Satu lagi kata kunci ialah SABAR dan REDHA tu paling penting
Sumber: Asnawati Awang
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...